Chef Olie by Olie's kitchen

Chef Olie by Olie's kitchen hai...nama saya chef rosli...disini saya akan berkongsi pengalaman..tips memasak dan resepi.

Penyedian makanan.Perkara paling susah dalam penyediaan makanan ialah KEBERSIHAN.Bermula dari dalam hati, minda sampaila...
11/11/2025

Penyedian makanan.

Perkara paling susah dalam penyediaan makanan ialah KEBERSIHAN.

Bermula dari dalam hati, minda sampailah kefizikal luaran si tukang masak MESTILAH BERSIH. Jika sekadar hanya fizikal luaran je yang bersih paati hasil makanan yang dimasak jadi tak sedap. Tak percaya? Cubalah masak dalam keadaan MARAH... 🤭 Senang cerita bila nak memasak dan membuat penyediaan makanan tu 'mood' kau mesti nak setiasa eloklah,ceria dan BEST.

Cabaran kedua dalam penyediaan makanan adalah KEBERSIHAN tempat masak. 360° mesti sentiasa dalam keadaan bersih. Jika mata kita sendiri pun tengok tempat tu kotor maka risiko jangkitan kuman dan bakteria sangat tinggi dan. Dari sebilah pisau, papan landas hinggalah ke dapur memasak mesti sentiasa bersih. Sebelum, semasa dan sesudah memasak pastikan dapur kita sentiasa bersih.

Cabaran ketiga ialah cabaran paling kuat dalam penyediaan makanan iaitu 'bahan nak masak tak cukup'.. Jangan jadi chef chicago (masak asal boleh hentam kromo je).. Asal ada warna dan nmpak ada rupa je kira siap.. Hemm..

Korang kene jaga kualiti bahan2 masakan korang supaya hasil masakan tu sedap supaya bila orang makan rasa sedap orang akan memuji, memuja dan mencari lagi rasa makanan tu.

Pendek kata buatlah sesuatu pekerjaan itu kerana Allah serta ikhlas.
Next kita sembang lain pulak ye..

Address

1-0 B TAMAN UTARA 2
Arau
02600

Telephone

+60195653129

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chef Olie by Olie's kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Chef Olie by Olie's kitchen:

Share