20/06/2025
RESIPI BARU !!!!
Udang Masak Merah Sedap dan Mudah😋
Bahan-bahan asas:
• 1 pek Pes Masak Merah DHUHA
• 300–500g udang
• ½ cawan air (ikut citarasa jika mahu cairkan kuah)
• 2–3 sudu besar susu cair / santan (jika mahu versi masak ros)
• 1 biji bawang Holland (hiris)
• Daun ketumbar / daun sup (untuk hiasan)
• Garam & gula (jika perlu adjust rasa)
🔥 Langkah-langkah:
1. Masukkan pes ke dalam kuali.
2. Panaskan dengan api sederhana.
3. Setelah mendidih, tambahkan sedikit air jika mahu mencairkan kuah — ikut citarasa.
4. Rasakan kuah dan sesuaikan rasa dengan garam atau gula jika perlu.
📝 Nota: Untuk versi masak ros, boleh tambah susu cair atau santan.
5. Masukkan udang dan bawang Holland ke dalam kuah.
6. Setelah udang masak sempurna, tutup api dan hiaskan dengan daun ketumbar.
7. Siap untuk dihidang dan dinikmati panas-panas! 🍤🍽️
📝 Tips:
• Kalau nak lebih pedas 🌶️, boleh tambah cili padi masa tumis
SELAMAT MENCUBA👨🍳
💬 Jangan lupa follow dan like page kami untuk tidak terlepas perkongsian resipi masakan yg akan datang✨