Nasi Arab Pakistan HQ official

Nasi Arab Pakistan HQ official HQ rasmi bagi pengurusan jenama NASI ARAB PAKISTAN.

๐Ÿ“ข LOKASI BARU โ€“ Nasi Arab Pakistan Dโ€™SimpangBismillahirrahmanirrahim...Dengan izin Allah, kami akan membuka cawangan ter...
18/08/2025

๐Ÿ“ข LOKASI BARU โ€“ Nasi Arab Pakistan Dโ€™Simpang

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan izin Allah, kami akan membuka cawangan terbaru di:

๐Ÿ“ Simpang Renggam, Johor

Kini kami sedang mencari calon pembantu operasi yang bersedia berkhidmat di bawah jenama Nasi Arab Pakistan โ€“ sebuah perniagaan berkonsepkan Islamik, beretika dan penuh hikmah.

Jika anda (atau kenalan anda) sedang mencari peluang kerja dalam suasana yang diberkati, sila mohon segera.

๐Ÿ› ๏ธ Kedai kini dalam proses persiapan.
Tarikh pembukaan rasmi akan diumumkan tidak lama lagi, insyaAllah.

Mohon doakan agar segala urusan dipermudahkan dan cawangan ini menjadi wasilah rezeki yang halal & berkat buat semua. ๐Ÿคฒ





25/06/2025

๐Ÿ”ด KENYATAAN RASMI HQ NASI ARAB PAKISTAN ๐Ÿ”ด
Berhubung Pengkhianatan dan Penyalahgunaan Nama Jenama

Pihak HQ dengan ini ingin memaklumkan bahawa kami mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengkhianatan amanah yang berlaku dalam kerjasama cawangan-cawangan kami sebelum ini. Beberapa pihak telah mengambil kesempatan atas nama Nasi Arab Pakistan untuk kepentingan sendiri, termasuk:

โœ… Menamatkan operasi secara mengejut tanpa notis atau perbincangan rasmi dengan HQ
โœ… Menggunakan semula resipi, dekorasi, nama produk, dan struktur menu yang diasaskan oleh HQ
โœ… Membuka operasi baharu dengan elemen yang menyerupai konsep dan jenama asal Nasi Arab Pakistan
โœ… Menipu pelanggan dengan memberi gambaran bahawa mereka masih beroperasi di bawah naungan HQ

โ€ผ๏ธ Perbuatan ini merupakan satu bentuk pengkhianatan amanah, pelanggaran adab muamalat Islam dan melanggar hak milik jenama. HQ menegaskan bahawa:

๐Ÿšซ Kami tidak mengiktiraf mana-mana operasi baharu yang cuba mengaitkan diri mereka dengan jenama kami
๐Ÿšซ Segala penggunaan nama, logo, menu, konsep dan visual yang menyerupai Nasi Arab Pakistan adalah TIDAK SAH
๐Ÿšซ Sebarang kerugian, salah faham, atau kekeliruan pelanggan yang berlaku selepas tarikh penamatan adalah bukan di bawah tanggungjawab HQ

Kami menyeru orang ramai agar berhati-hati dan menyemak semula kesahihan sesebuah premis yang mendakwa masih berkaitan dengan jenama Nasi Arab Pakistan.

๐Ÿ‘‰ Hanya cawangan yang sah diiktiraf oleh HQ akan diumumkan melalui saluran rasmi kami.

Terima kasih atas sokongan anda. Kami akan terus kekal teguh mempertahankan jenama ini dengan amanah dan integriti.

โ€“ HQ NASI ARAB PAKISTAN โ€“
25 jun 2025

14/06/2025

โš ๏ธ KENYATAAN RASMI HQ NASI ARAB PAKISTAN โš ๏ธ

Pihak HQ dengan ini memaklumkan bahawa:

โœ… Cawangan Benut & Bachang telah menamatkan operasi mereka sepenuhnya bermula 8 Jun 2025.

โœ… Pihak HQ TIDAK PERNAH melantik mana-mana pihak untuk meneruskan operasi, melakukan rebranding, penukaran nama, atau mengaitkan mana-mana operasi baharu dengan jenama Nasi Arab Pakistan selepas penamatan rasmi cawangan tersebut.

โœ… Segala penggunaan nama, logo, dekorasi, menu atau sebarang elemen yang menyerupai jenama Nasi Arab Pakistan selepas penamatan adalah TIDAK SAH dan TIDAK DIIKTIRAF oleh HQ.

โœ… Semua urusan, transaksi, penjualan atau aktiviti yang berlaku selepas tarikh penutupan bukan lagi di bawah pengurusan rasmi HQ.

โœ… Sebarang kenyataan rasmi HQ hanya akan dikeluarkan melalui page rasmi ini:
๐Ÿ‘‰ Nasi Arab Pakistan HQ Official

๐Ÿ“Œ Kenyataan ini dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan pelanggan setia Nasi Arab Pakistan serta sebagai pelindungan hak jenama di bawah pengurusan rasmi HQ.

๐Ÿ™๐Ÿผ Terima kasih atas kepercayaan & sokongan semua pelanggan yang terus setia bersama kami.

14/06/2025

๐ŸŒŸ Selamat Datang ke Laman Rasmi HQ Nasi Arab Pakistan ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, HQ Nasi Arab Pakistan kini secara rasmi hadir di platform ini bagi urusan pengurusan jenama, perkongsian info & maklumat rasmi HQ.

Kami akan sentiasa berkongsi sebarang info berkaitan pengurusan jenama, sistem cawangan berlesen & aktiviti HQ dari semasa ke semasa.

Terima kasih atas sokongan semua pelanggan & penyokong Nasi Arab Pakistan selama ini ๐Ÿ™๐Ÿผ

Address

Raja Alias
Bahau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Arab Pakistan HQ official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category