Norzack Catering

Norzack Catering Menyediakan makanan & minuman utk majlis keramaian seperti kenduri,majlis perkahwinan,mesyuarat,seminar dll mengikut kemahuan anda dgn perkhidmatan terbaik

Jangan Lupa Singgah Makan Di NORZACK CAFELEBIH 30 MENU DISEDIAKAN 😍📍 Norzack Cafe (Dibelakang BANGGUNAN KEPERTAMA UNIVER...
23/06/2026

Jangan Lupa Singgah Makan Di

NORZACK CAFE

LEBIH 30 MENU DISEDIAKAN 😍

📍 Norzack Cafe (Dibelakang BANGGUNAN KEPERTAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA)

LEBIH 30 MENU ADA DI NORZACK CAFE 🥰eh mari lah 🤣🤣🤣jangan tengok je meh pilih meh 😍😍😍
16/06/2026

LEBIH 30 MENU ADA DI NORZACK CAFE 🥰

eh mari lah 🤣🤣🤣

jangan tengok je meh pilih meh 😍😍😍

CATERING DI SCAM ‼️‼️‼️biasa kita dengar pihak catering scam orang nak buat majlis, harini kami pihak catering di scam.....
06/10/2024

CATERING DI SCAM ‼️‼️‼️

biasa kita dengar pihak catering scam orang nak buat majlis, harini kami pihak catering di scam..

Allahuakbar sesak dada tak tahu mana nak mula, harap jadi pengajaran buat semua dan saya juga.. Tak pernah terlintas diri sendiri akan discam sebab sebelum ni ramai je, yang call dr insuran lah dr pihak polis lah, dr pekerja bank.. Semua kita aware dan tak mudah percaya..

Kalini bukan rezeki saya, discam dengan cara kerja kita sendiri, kerja kita mencari rezeki 😢 Sejujurnya rasa bersalah dalam hati tak tahu lah sampai bile bole berhenti.. Kita bisnes keluarga setiap orang berperanan mencari rezeki, penat lelah mereka semua kat sini, bile kita orang yang bertanggungjawab menghabiskan duit yg selama mereka cari, wallahi rasa bersalah menyelubungi diri 😢 Doakan kami semua ❤️

Kalau nak dicerita dari awal, segalanya smooth and clean.. Orang yang buat order seakan dah tahu selok belok katering.. dari cara order, pilih menu, perlukan meja kerusi atau tidak.. sehinggakan surat menyurat untuk pembayaran semuanya lengkap.. berlogo dari jabatan kerajaan.. Sangat smooth..

Hari berganti hari sehingga hari majlis.. Majlis dia malam lepas maghrib, pagi2 wassup untuk belikan doorgift dan absorb bayaran dalam bill kita nanty.. Dalam kepala ni takda lain, niat nak membantu dan memudahkan majlis dia, sebab risau barang x sampai gift xde.. so lillahitaala mmg nak permudahkan majlis dia..

Tak sangka dalam kita memudahkan hidup orang, kita p**a diambil mudah 😢 Make it short, segala transaction bayaran gift telah dibuat, pukul 6.30 petang staff sampai di tempat tapi semuanya kosong, kata guard takda majlis pun disitu.. Masatu Allah je tahu perasaan, no dah diblock.. Rupanya supplier gift dan orang yg order adalah topeng yang sama 😢

Report polis telah dibuat, jumlah kerugian juga agak besar bagi kami orang yang berniaga.. Mengharapkan ada rezeki lain yang lebih baik, dan Allah ampunkan dosa2 aku, pandanglah aku Ya Allah, kesian kan aku 😢

Sakit pedih serba salah semua ada sekarang, doakan kami diberikan kekuatan..

PENGAJARAN KAT SINI untuk saya juga dan rakan niaga yang lain‼️‼️‼️

Sentiasa berhati-hati dengan tawaran katering untuk KERAJAAN, JABATAN KERAJAAN, SWASTA, SEKOLAH, UNIVERSITI, apa-apa pun selidik dulu dengan main office sifulan2 ni ada berkerja atau pun tidak.. jangan mudah percaya WALAUPUN ADA SURAT RASMI BERLOGO DAN BERCOP KERAJAAN, SISTEM PEMBAYARAN SECARA PO LO EFT DAN SEBAGAINYA..

mesti dalam kepala semua tertanya2 dan banyak soalan yang boleh ditanya dan meragui, tapi yang hani boleh cakap segalanya cepat dan smooth, segala persoalaan yang diragukan juga hani dah tanya semua nampak clean.. Bukan hari hani..

Sebab scammer kalini lebih bijak dah tahu selok belok servis kita.. Selepas ni sesiapa sahaja yang order akan lebih banyak ditapis..

Maafkan kami dan doakan kami 🌸

Address

Taman Sri Kenari
Bandar Baru Bangi
43000 SELANGOR

Telephone

+60122003307

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Norzack Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Norzack Catering:

Shortcuts

Share

Category