MISI Desaru-Bandar Penawar

MISI Desaru-Bandar Penawar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MISI Desaru-Bandar Penawar, Food Delivery Service, Desaru Utama, Bandar Penawar.

17/01/2024

Assalamualaikum Orang Bandar Penawar - Desaru korang berniaga apa?
Jom Daftar MISI

05/01/2024
Terima Kasih Untuk Abang2 Rider diluar SanaTerima ksih Juga kepada Rakyat yang support
01/12/2023

Terima Kasih Untuk Abang2 Rider diluar Sana
Terima ksih Juga kepada Rakyat yang support


Cendol Padu !!!🤤 Mne lagi kalau bukan dekat cendol ibnu khair 🔥
28/11/2023

Cendol Padu !!!🤤
Mne lagi kalau bukan dekat cendol ibnu khair 🔥

28/11/2023
28/11/2023

TERPAKSA JAWAB SECARA TERBUKA

1. Kenapa perlu ada Kuota Rider?
2. Kena Minta izin dengan abg Long?
3. Kenapa tak open macam app lain?
4. Nak kerja kena cium tangan ke?

Semua tanggapan di atas adalah tidak benar kerana anda samakan Misi dengan Grab dan Panda.
Grab dan Panda ada pelabur.. duit berjuta
Misi p**a tiada pelabur, tiada pinjaman, tiada kewangan yang besar untuk naik sekelip mata.
Kenapa tiada, kerana saya tidak mahu Misi menjadi company yang ke arah capital..
Tapi tidak bermaksud Misi akan jadi app yang biasa-biasa yang bersaing di level bawahan..
Kehadiran Misi dalam pasaran Food Delivery sangat menguji untuk semua app gergasi.. sebab banyak faktor yang tidak dapat ditawarkan oleh app lain..
Saya tak perlu ceritakan semua kelebihan, sebab semua dah tahu apa yg ditawarkan Misi.. secara ringkasnya, harga kedai, banyak promosi, profit vendor dan rider 100% dan pasif income seumur hidup untuk semua.
Senang cakap, Misi buat semua ni tak nak untung. Cuma nak semua vendor, rider dan customer membentuk satu ekonomi lokal baru yang akan ganti ekonomi negara sedia ada yang penuh bisnes gergasi luar negara.
So saya nak jawab soalan di atas
1. KENAPA PERLU ADA KUOTA RIDER?
Saya rasa ampa sebagai rider tahu benda ni.. ampa setuju ke jika Misi open kemasukkan rider secara berlebihan? Apa akan jadi? Masing2 rider dapat sorang 5 job.. akhirnya Misi hanya jadi side Job sahaja.
Kuota Rider 30 Max adalah standard untuk semua kawasan.. supaya kita dapat agihkan job sekitar 30 order seorang minimum.. Apabila job dah mula tak terkawal.. barulah kita akan buka kuota lagi..
2. KENA MINTA IZIN DENGAN ABG LONG?
Sebenarnya tak begitu.. Admin perlu confirmkan siapa yang akan bertugas.. sebab sebelum ni ada yg sekejap ada dan sekejap takde.. Akhirnya customer kecewa
Ampa tak boleh salahkan Team Misi dalam Kawasan. Sebab depa yang selama ni usaha naikkan MISI dalam kawasan secara terancang dan kerjasama semua admin dan Rider.
Jadi, setiap kawasan ada Disiplin dan SOP berbeza yang ditetapkan oleh team management masing2 supaya sesuai dengan cabaran dalam kawasan..
Depa tak ada gaji, dan tak buat untuk duit sama seperti saya.. kami ada VISION yang sama untuk ekonomi baru..
Depa semua bersusah payah nak yakinkan rider sebelum ini untuk join.. even ampa sendiri pernah diajak pada peringkat awal misi belum naik.. Tapi ramai tunggu Misi naik dulu..
Akhirnya Misi dah jadi semakin besar.. ampa kena faham susah payah depa dulu.. sebab tu sy tolong ceritakan disini..
3. KENAPA TAK OPEN MACAM APP LAIN?
Seperti yg diterangkan di atas.. jika open, semua rider yang bersusah payah dari awal hanya akan dapat 5 job sahaja..
Takkan ampa tak setuju untuk kita jaga Official Rider Misi yang naikkan Misi walaupun order waktu awal haritu sorang 3 - 5 job sahaja? Skrg ni barulah terbalas susah payah depa.. baru dapat merasa 20 - 30 job sehari..
Kalau ampa yg bersusah payah, mestilah ampa nak dijaga kan?
4. NAK KERJA KENA CIUM TANGAN KE?
Tak pernah dan tak ada keadaan begini dimana-mana.. Kita utamakan adab dalam kerjasama.. Perlu fikirkan semua, jangan hanya disebabkan ampa tak dapat join sekarang.. ampa nak labelkan macam2 pada Team kawasan..
Saya dah cakap pada semua.. suatu hari nanti, kita akan semakin besar dan pasti akan ada ruang untuk rider2 baru.. sebab kita akan terus growing..
Suatu hari nanti, app kita akan dibangunkan secara proper dan lebih advance setanding app global dan akan tembus ke luar negara..
Kita akan ada team developer juga suatu hari nanti.. Grab dan Panda juga pernah lalui proses yg sama..
Cuma sy tak akan ada pelabur.. saya bina Misi untuk rakyat bekerjasama buat perubahan.. Ini yg paling ditakuti oleh mana2 company yg berasaskan capital..
Mereka bersaing dengan duit tetapi kita naik bersama.
Install App MISI dan try first order malam ni

16/11/2023

Hi Salam semua Peniaga.. anggap saya hadir di kedai ampa dan explain face to face ya. Post ni untuk semua peniaga Join berniaga di Misi ya..
Daftar berniaga disini :
https://misirakyat.com/daftar/bisnes
Berniaga perlukan pelanggan betul tak? Dimana ada ramai orang, disitulah kita berniaga kan..
So seperti yg semua tahu, sekarang ni sangat ramai orang masuk berbelanja di App MISI. Jual Beli di MISI sudah mula cecah setengah JUTA RINGGIT setiap hari.
Semua Peniaga untung 100% sales.. So ampa diwajib kekalkan harga kedai. Ini sebab UTAMA orang ramai install App MISI untuk order food delivery.
Malah peniaga daftar percuma dan guna percuma seumur hidup. Kami mahu semua peniaga maju untuk Negara. Think Bigger this time..
Kali ni jangan lagi berniaga bersendirian.. tapi berniaga sebagai sebuah komuniti yang saling naik bersama..
Kekuatan perniagaan yg sedang monopoli ekonomi harini sebab depa saling jaga networking dan jaga kepentingan depa..
Ini masanya kita semua naik sebagai satu networking baru yang monopoli ekonomi negara..
Akan tiba masanya nanti, Misi Farms mula berfungsi untuk supply direct dari ladang terus kepada networking peniaga.. Mustahil tak? Tak mustahil langsung dan pasti kita berjaya insyaAllah.
Berikut adalah diantara Tools Strategy yang saya sediakan di Misi untuk Peniaga.
1. Loyalty Stamp untuk buatkan orang repeat order
2. Free Delivery untuk buatkan org belanja besar
3. Diskaun untuk buatkan org berbelanja pd anda
4. Bisnes Page menarik untuk org senang order
5. Boleh Payout sales hari-hari
6. Set masa order supaya tidak sidai rider
7. Boleh refund on the spot pd cust
Dan banyak lagi saya sedang bangunkan untuk perniagaan ampa semua.. suatu hari nanti.. jual barang dan Service pun akan ada di MISI..
Jom semua peniaga dan Customer
Install APP MISI test order malam ni

Insya-Allah Misi di Desaru mesti boleh
12/11/2023

Insya-Allah Misi di Desaru mesti boleh

Order-order Misi sekarang ni di banyak kawasan. Berlambak-lambak. Peniaga tak expect Misi boleh banyak order macam ni. Bagi diorang, memang best giler sebab sales 100% milik peniaga..
Install App MISI
Gambar di Pasir Gudang..
kawasan ranking no 1 di Misi.
Ni ranking Top 20 seluruh Malaysia :
1. Pasir Gudang
2. Puchong
3. Dungun
4. Shah Alam
5. Kulim
6. Sungai Petani
7. Pulau Indah
8. Tawau
9. Kuantan
10. Putrajaya
11. Melaka Tengah
12. Banting
13. Sepang
14. Tanjung Malim
15. Batu Caves
16. Muar
17. Johor Bharu
18. Ampang
19. Kluang
20. Manjung

Kawasan lain sedang
berlumba naik ke top 20
Jom naikkan order kawasan masing2. Komen sat ampa kawasan apa..

12/11/2023

Admin, Vendor & Rider kalau nak join MISI kene pilih salah satu je ke?? Jawapannya tidak!
boleh daftar semua👍

Address

Desaru Utama
Bandar Penawar
81930

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MISI Desaru-Bandar Penawar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share