Al Qawiy

Al Qawiy Alqawiy merupakan jenama milik Faridah Enterprise sebuah perusahaan IKS di daerah Beaufort, Sabah.

Address

Beaufort

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Qawiy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Al Qawiy

Al Qawiy jenama yang diusahakan dan dimiliki oleh Faridah Enterprise. Faridah Enterprise merupakan sebuah syarikat yang didaftarkan di daerah Beaufort, Sabah dan diuruskan secara berkeluarga oleh Puan Faridah Kimboi selaku Pengurus. Menjadikan sektor pembuatan makanan ringan sebagai produk, perusahaan ini sebenarnya telah beroperasi lebih daripada 10 tahun dengan pelbagai produk lain termasuk pembuatan kuih-muih semasa musim perayaan.

Bermula tahun 2015, perniagaan mula bergerak secara teratur dan tersusun seiring keperluan untuk mengembangkan lagi produk keluaran Faridah Enterprise termasuk menggunakan jenama AlQawiy sebagai platform perniagaan. Pada mulanya jenama Al Qawiy lebih sinonim dengan menu Nasi Kukus Ayam Berempah yang cukup terkenal di Kinarut, Cyber City, Sembulan (Grace), Lido dan juga Beaufort sendiri. Namun hasil perbincangan bersama, AlQawiy digunakan sebagai satu jenama untuk perniagaan berasaskan makanan.

Mengambil kesempatan terhadap kepesatan periklanan secara digital, AlQawiy berharap pemasaran dengan kaedah ini mampu melonjak nama AlQawiy itu sendiri. Visi adalah untuk menjadi antara pemain industri dalam bidang pembuatan makanan khusus daripada kalangan Bumiputera. Berkonsepkan kekeluargaan dan pembangunan komuniti serta ekonomi setempat, syarikat juga berharap perkembangan perniagaan ini tidak hanya memfokuskan kepada keuntungan semata malah dapat membantu komuniti setempat dengan memberi peluang pekerjaan kepada mereka.