Tummy&Treats

Tummy&Treats Yummy treats for your tummy

RESEPI AGAR-AGAR LAPIS MILOResepi agar-agar lapis milo yang sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut. Hindangan yang ses...
01/03/2023

RESEPI AGAR-AGAR LAPIS MILO
Resepi agar-agar lapis milo yang sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut. Hindangan yang sesuai untuk berbuka puasa. Amat mudah untuk disediakan, pasti menjadi kegemaran keluarga.

BAHAN-BAHAN:
* 1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
* 6 cawan atau 1200ml air
* 1 tin susu cair
* 1 1/4 cawan gula pasir (ATAU 1 cawan jika anda s**a kurang manis)
* 1/3 cawan serbuk milo
* 2 sudu besar serbuk koko
* 1/2 sudu teh garam halus
* 2 helai daun pandan

CARA-CARA:
1. Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5 minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.
2. Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.
3. Bahagikan cecair agar-agar kepada nisbah 3 bahagian untuk perasa milo dan 1 bahagian perasa susu.
4. Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan whisk sehingga sebati. Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar milo di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.
5. Untuk bahagian susu, masukkan garam dan kacau sebati.
6. Cakar bahagian permukaan agar-agar milo supaya lapisan atas melekat. Tuang bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan kembali di dalam peti ais.
7. Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik

RESEPI PUDING ROTI COKLATResepi Puding Roti Coklat menggunakan lebihan kepingan roti putih yang sudah disimpan beberapa ...
01/03/2023

RESEPI PUDING ROTI COKLAT
Resepi Puding Roti Coklat menggunakan lebihan kepingan roti putih yang sudah disimpan beberapa hari. Maksudnya roti yang bukan lagi baru atau fresh. Resepi ini mudah dan sangat sedap.

BAHAN-BAHAN:
* 6-7 keping roti
* 2 cawan susu Full Cream
* 3 biji telur, saiz sederhana
* 1/3 cawan gula perang (boleh digantikan dengan gula putih)
* 2 sudu besar serbuk koko
* 2 sudu besar bancuhan kopi espresso
* sedikit butter
* secubit garam
* 3/4 cawan coklat chip
* sedikit white coklat chip untuk hiasan
* Bahan-bahan untuk sos:
* 200 gram coklat bar
* 1/2 cawan susu
* 2 sudu besar butter

CARA-CARA:

1. Potong roti kepada potongan kiub.
2. Griskan bekas caserolle atau baking pan dengan butter. Masukkan potongan kiub roti tadi dan taburkan coklat chip di dalam susunan roti dengan sekata.
3. Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, serbuk koko, air bancuhan kopi, gula dan secubit garam. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan susu ke dalam dulang yang berisi roti tadi. Tekan-tekan sedikit roti supaya tenggelam. Rehatkan selama 15 minit supaya roti menyerap cecair adunan.
5. Bakar selama 40-50 minit.
7. Angkat dan hiaskan dengan coklat sos.

Cara-cara untuk coklat sos:
1. Satukan coklat, susu dan butter di dalam mangkuk dan panaskan menggunakan kaedah bain marie atau double boiler. Kacau sebati.
2. Boleh juga gunakan microwave. Panaskan semua bahan di dalam microwave sehingga coklat cair dan kacau sebati.

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik

Ais Krim Vanila DietBahan-bahan :* 2 kotak santan kelapa* 2 cawan krim berat @ heavy cream* ¼ cawan confectioners sweete...
28/02/2023

Ais Krim Vanila Diet

Bahan-bahan :
* 2 kotak santan kelapa
* 2 cawan krim berat @ heavy cream
* ¼ cawan confectioners sweetener
* 1 sudu teh ekstrak vanila
* Secubit garam
Cara-caranya :
1. Sejukkan santan kelapa di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku semalaman.
2. Sediakan mangkuk. Masukkan santan beku tadi ke dalam mangkuk dan pukul menggunakan mixer. Pukul sehingga teksturnya berkrim.
3. Sediakan satu lagi mangkuk. Campurkan krim berat confectioners sweetener dan vanila. Pukul sehingga kembang.
4. Kemudian campurkan kedua-dua bahan santan dan krim bersatu dalam mangkuk yang sama. Adunkan ke dalam bekas aiskrim yang sesuai untuk dibekukan.
5. Sejukkan dalam peti ais selama kira-kira 5 jam
6. Sedia untuk dinikmati.

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menari

Aiskrim AvokadoBahan-Bahan :* 3 biji buah avokado* ⅓ cawan jus limau* 3 sudu teh Stevia* ¾ cawan santan kelapa* 1 sudu t...
28/02/2023

Aiskrim Avokado

Bahan-Bahan :
* 3 biji buah avokado
* ⅓ cawan jus limau
* 3 sudu teh Stevia
* ¾ cawan santan kelapa
* 1 sudu teh minyak kelapa
* 2 cawan coklat chip yang dicairkan
Cara-caranya :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk dikisar dalam bekas pengisar kecuali coklat chip cair dan minyak kelapa
2. Tuangkan ke dalam bekas popsikel aiskrim. Letakkan batang aiskrim. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman
3. Sediakan mangkuk campuran coklat chip cair dan minyak kelapa. Panaskan dalam mikrowave.
4. Keluarkan aiskrim dari bekas popsikel. Celupkan separuh aiskrim dalam coklat cair tadi. Letakkan terlebih dahulu aiskrim dalam dulang. Simpan dalam peti sejuk supaya coklat dapat dibekukan.
5. Siap untuk dinikmati pada hari panas.

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik
-cream

Bahan-bahan :* 1 sudu besar tepung gandum,* 1 sudu besar tepung jagung,* 1 sudu besar tepung ubi kayu,* 1 sudu besar tep...
28/02/2023

Bahan-bahan :
* 1 sudu besar tepung gandum,
* 1 sudu besar tepung jagung,
* 1 sudu besar tepung ubi kayu,
* 1 sudu besar tepung ubi kentang,
* 1 sudu besar tepung kastard,
* Sedikit garam,
* 2 sudu besar gula icing,
* 2 biji telur saiz A,
* 1 sudu besar minyak masak,
* 1/2 cawan air,
* 1/2 cawan susu cair,
* Sedikit esen vanila,
* Beberapa titik pewarna kuning.
* Isi durian yang dihancurkan
* 500 gm whipping cream,
* 2 sudu besar gula icing.
Cara Membuat Kulit Crepe :
1. Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu dan masukkan ke dalam satu bekas.
2. Masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati dan masukkan air, susu segar serta pewarna kuning. Blenderkan. Kemudian tapis.
3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17 cm diameter tapak) api sederhana. Sapu kuali dengan sedikit minyak. (Oles guna tisu).
4. Apabila kuali dah panas, angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali sehingga adunan rata dan nipis. Pastikan crepe tadi memenuhi permukaan kuali.
5. Letak kembali kuali di atas dapur untuk seketika dan kemudian angkat. Jangan lama sebab nanti crepe akan hangit. Crepe ini tidak perlu diterbalikkan kerana ia nipis dan mudah masak.
6. Ulangi langkah sehingga habis. Boleh ditindih bertindan sebab tidak melekat.
Cara Membuat Inti Durian dan Whipp Cream :
1. Dalam bekas lain, masukkan isi durian dihancurkan. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya tidak cair.
2. Untuk whipp cream p**a, dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500 gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing.
3. Kemudian pukul whipping cream sehingga soft
4. Seterusnya, paipkan whipp cream, isi durian ditengah dan paipkan lagi whipp cream.
5. Balut. Ulangi langkah untuk crepe yang berikutnya.
6. Sejukkan sebelum dinikmati.

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik

Resepi Rainbow RubiesBahan-bahan :* Sengkuang cina (saya guna sengkuang biasa).* Pewarna makanan,* Tepung ubi,* Air mend...
28/02/2023

Resepi Rainbow Rubies

Bahan-bahan :
* Sengkuang cina (saya guna sengkuang biasa).
* Pewarna makanan,
* Tepung ubi,
* Air mendidih,
* Santan,
* Daun pandan,
* Gula garam,
* Sedikit bancuhan tepung jagung,
* Ais
* Hirisan nangka.
Cara-cara :
1. Potong dadu sengkuang cina (boleh guna sengkuang biasa).
2. Masukkan pewarna dengan sedikit air kedalam potongan sengkuang tadi. Gaul rata dan biarkan sekejap.
3. Tos sengkuang cina yang telah direndam dengan pewarna dan gaulkan dengan tepung ubi sampai semua potongan sengkuang bersalut rata dengan tepung ubi.
4. Toskan sengkuang yang sudah bersalut tepung ubi untuk buang tepung-tepung berlebihan.
5. Masukkan sengkuang tadi kedalam air mendidih dan angkat bila masak (tanda masak -sengkuang terapung dalam air).
6. Masukkan sengkuang yang sudah masak tadi kedalam air sejuk berisi ais dan biarkan.
7. Masak santan dengan daun pandan, gula dan sedikit garam (buat manis sedikit sebab nanti makan dengan ais).
8. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Masak sebentar sehingga kuah pekat.
9.
10. Toskan sengkuang tadi dan masukkan santan bila mahu makan. Tambah ais dan hirisan nangka. Siap untuk dimakan.

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik

Resepi Puding TruffleBahan-bahan :* 2 Swiss roll perasa pandan,* 1 tin fruit cocktail (asingkan air dan buah),* 2 kotak ...
28/02/2023

Resepi Puding Truffle

Bahan-bahan :
* 2 Swiss roll perasa pandan,
* 1 tin fruit cocktail (asingkan air dan buah),
* 2 kotak kristal jelly cap Nona,
* 1 tin susu cair,
* 1 tin air,
* 7 sudu gula pasir,
* 4 sudu besar tepung kastad – s**atan membukit.

Cara-cara :
Lapisan 1 :
1. Potong Swiss roll anggaran 1.5 cm tebal, susunkan dalam acuan pilihan. Padatkan agar tidak ada ruang.
2. Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu. (Air fruit coktail mungkin berbaki, tidak perlu habiskan).
Lapisan 2 :
* 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api. Tunggu sekejap.
* Sambil tunggu susu mendidih, bancuhkan 4 sudu tepung kastard dengan ½ tin air.
* Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.
Lapisan 3 :
1. Buah koktail tadi ditabur ke atas lapisan 2 (kastard). Ketepikan sekejap.
Lapisan 4 :
1. Masak air panas mengikut s**atan pada kotak jelly hingga mendidih.
2. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik

4 Tips memilih buah mangga yang matang1. Cek batang manggaSebaiknya pilih buah mangga yang batangnya tidak terlihat “dig...
28/02/2023

4 Tips memilih buah mangga yang matang

1. Cek batang mangga
Sebaiknya pilih buah mangga yang batangnya tidak terlihat “digunting”. Cirinya adalah: bekas lubang batang terlihat dalam, tidak ada sisa batang yang masih melekat. Artinya mangga matang di pohon dan tidak di gunting saat dipetik.

2. Lihat bentuknya
Mangga yang bulat di bagian atas (bagian dekat batang) biasanya lebih manis dibandingkan mangga yang bentuknya gepeng dan lancip.

3. Cek kulit mangga
Pilih mangga yang kulitnya tipis. Mangga yang masih muda, kulitnya cenderung lebih tebal. Mangga matang, kulitnya juga sering terlihat bercak getah kehitaman di dekat batangnya.
Namun hati-hati, bercak hitam yang terlalu banyak menandakan mangga mulai busuk, apalagi jika terasa lembek saat dipegang.

4. Cium aromanya
Mangga matang, aromanya lebih kuat. Jika Bunda memilih mangga di dalam satu keranjang, baiknya kenali mangga yang aromanya lebih kuat di banding mangga lainnya.

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik

Resepi Pumpkin Bua LoyBahan-Bahan:* 1 1/2 cawan labu yang telah direbus dan dilecek* 3 cawan tepung pulut (boleh campur ...
28/02/2023

Resepi Pumpkin Bua Loy

Bahan-Bahan:
* 1 1/2 cawan labu yang telah direbus dan dilecek
* 3 cawan tepung pulut (boleh campur sedikit tepung gandum jika tak nak liat)
* Pewarna oren dan hijau
* 2 cawan santan pekat
* 2 cawan air
* 1 cawan gula @ ikut s**a manis
* 1/2 sudu teh garam
* 2 helai daun pandan – disimpul
* Sedikit sagu yang telah dimasak

Cara Penyediaan:
1. Satukan labu dan tepung pulut.
2. Gaul hingga jadi doh.
3. Asingkan dalam 2 sudu besar campur dengan pewarna hijau untuk dijadikan tangkai labu.
4. Doh selebihnya campur dengan pewarna oren.
5. Ambil sedikit doh oren, gentel bulat. Tekan gariskan dari atas ke bawah dengan pencungkil gigi untuk buat corak labu.
6. Buat lubang di tengah-tengahnya.
7. Kemudian, ambik doh hjau gentel panjang. Cucuk pada lubang tadi kemaskan. Buat sampai habis adunan.
9. Dalam periuk, didihkan air dan masukkan bebola labu. Bila ia sudah timbul, angkat dan toskan.
10. Masukkan ke dalam air sejuk supaya ia tak melekat antara satu sama lain.
11. Masak santan bersama air, gula, garam dan daun pandan. Bila sudah hampir mendidih, masukkan bebola labu & sagu. Kacau rata
12. Siap untuk dihidangkan.

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik

Resepi Seafood Tomyam QuicheBahan Doh :* 220 g tepung gandum* 125 g mentega sejuk, didadu kecil* 1 camca besar gula aisi...
28/02/2023

Resepi Seafood Tomyam Quiche

Bahan Doh :
* 220 g tepung gandum
* 125 g mentega sejuk, didadu kecil
* 1 camca besar gula aising
* Garam secukup rasa
* Satu biji telur, dipukul
* 1 tsp mix herbs
* Mould : ikut s**a
Cara-cara :
1. Campur semua buat macam kulit tart.
2. Bakar suhu 160 ‘C hingga half bake.
3. Keluarkan.
Bahan Inti :
* Bawang besar didadu
* Udang
* Kiub tomyam
Cara Membuat Inti :
1. Tumis bawang masukkan udang dan kiub tomyam.
2. Perasakan dengan garam.
3. Masak hingga udang masak ketepikan.
4. Ambil 1 biji Telur dan 150ml whipping cream kacau rata.
5. Amik pastry masukkan inti tadi.
6. Kemudian tuang bahan nombor 4, bakar hingga masak.

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik

Resepi Dessert Nutella BitesBahan-bahan :* 1 paket roti paratha (5 keping)* NutellaCara-cara:1. Gunakan cawan untuk teka...
28/02/2023

Resepi Dessert Nutella Bites

Bahan-bahan :
* 1 paket roti paratha (5 keping)
* Nutella
Cara-cara:
1. Gunakan cawan untuk tekap bulatan pada setiap paratha dan potong dua jadikan separuh bulatan.
2. Sudukan sedikit nutella di tengah-tengah dan picitkan paratha di bahagian yang lurus sampai tertutup.
3. Biarkan bahagian melengkung terbuka nampakkan isi nutella.
4. Susunkan rapat-rapat setiap paratha berisi nutella membentuk seperti jambangan bunga.
5.
6. Bakar pada suhu 180 ‘C api atas bawah, rak oven bawah sekali selama 30-40 minit atau sehingga paratha masak.

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik
lover

Resepi Chocolate LasagnaBahan Adunan A :* 2 bungkus oreo = 30 keping oreo,* 5 sudu besar butter dicairkan.Cara-cara :1. ...
28/02/2023

Resepi Chocolate Lasagna

Bahan Adunan A :
* 2 bungkus oreo = 30 keping oreo,
* 5 sudu besar butter dicairkan.
Cara-cara :
1. Kisar biskut oreo dengan krimnya sekali dan butter ,cara manual pakai tangan pun boleh. Ramas-ramas biskut dan gaulkan dengan butter cair. Biar bersatu.
2. Masukkan dalam bekas
Adunan B (Chocolate Coconut Pudding) :
* ¼ cawan tepung jagung (50 ml),
* ½ cawan gula kastor (80 ml),
* Secubit garam,
* 1 ½ cawan susu segar (300 ml),
* 1 ½ cawan santan kotak (300ml),
* 200 gram dark coklat,
* 1 penutup penuh esen vanilla,
* 1 sudu besar serbuk koko.
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Masak secara double boil guna api sederhana besar.
2. Kacau bahan-bahan di atas sampai jadi likat macam jem Nutella.
Adunan C :
* 250 gram cream cheese,
* 2 sudu besar susu segar,
* 100 gram gula aising,
* 300 ml non dairy whipping cream.
Cara-cara :
1. masukkan cream cheese yang sudah dibiarkan dalam suhu bilik. Putar guna mixer sehingga lembut.
2. Kemudian campurkan 2 sudu besar susu dan gula aising. Putar lagi hingga sebati, ketepikan.
3. Dalam bekas lain p**a, putar non dairy whipping cream secara berasingan.
4. Pastikan whipping cream ini diputar ketika baru dikeluarkan dari peti ais.
5. Putar sampai menjadi kental.
6. Kemudian barulah adunan cream cheese tadi dituang ke dalam adunan whipping cream.
7. Gaul kedua-dua bahan secara kaedah kaup balik.
8. Kemudian boleh tuang adunan C ke dalam adunan A. Tuang separuh adunan saja.
9. Seterusnya baru tuang adunan B
10. Akhir sekali masukkan baki adunan C.
11. Hias ikut kreativiti masing-masing.
12. Kemudian sejukkan di bahagian chiller. Dessert ini dimakan sejuk baru

Like fb page tummy and treats
https:m.facebook.com/profile.php?id=100088918930264&mibextid=LQQJ4d

And follow our ig

https://instagram.com/tummyandtreats

untuk mengetahui pelbagai info yang menarik

Address

Kpm Beranang
Beranang
23333

Telephone

+601111974652

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tummy&Treats posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share