04/09/2026
Salam Jumaat semua ni Suami Aisha.
Ramai rakan dan followers yang bertanyakan tentang keadaan Aisha baru-baru ini.
Seperti yang ramai sedia maklum, Aisha telah menjalani pembedahan hempedu yang kami jangkakan sebagai satu prosedur biasa.
Tapi Aisha telah mengalami komplikasi yang sangat serius dan rumit selepas pembedahan dan setelah melalui tempoh yang sangat s**ar dan kritikal,
Alhamdulillah, dia kini berada dalam keadaan lebih baik dan dibenarkan untuk balik ke rumah.
Tapi ini tidak bermakna dia dah sembuh sepenuhnya. Disebabkan keadaan yang kompleks tu dia perlu memakai drain bag atleast sebulan dua untuk observation sementara menunggu fasa rawatan dan operation seterusnya.
Sebagai content creator masakan Aisha kini langsung tidak dapat memasak atau melakukan sebarang tugasan kerja.
Buat masa ini, saya akan mengambil alih tanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Aisha serta Hannah, dan memikul tugas menguruskan keluarga.
Terima kasih atas segala doa, kasih sayang dan keprihatinan anda semua. Mohon berikan dia ruang untuk berehat dan pulih. Sebarang kemas kini atau perkembangan terkini akan disampaikan oleh kami buat sementara waktu.
Doakan kami supaya dapat ‘comeback stronger’