JomMogo

JomMogo We’re selling kimchi and will deliver it to you.. Kami menjual kimchi dan menghantarnya ke tempat anda..

08/11/2021
Merry Christmas everyone🎅🏻⛄️🎄🎄❄️❄️
25/12/2020

Merry Christmas everyone🎅🏻⛄️🎄🎄❄️❄️

Ready for delivery..yummy kimchi
11/06/2020

Ready for delivery..yummy kimchi

🙋🏻‍♀️Hai semua...“Annyeonghaseyo”😊😊DI SINI KAMI MEMBEKAL DAN MENJUAL KIMCHI YANG DI JAMIN RASANYA YANG SEDAP SEHINGGA NO...
08/06/2020

🙋🏻‍♀️Hai semua...
“Annyeonghaseyo”😊😊

DI SINI KAMI MEMBEKAL DAN MENJUAL KIMCHI YANG DI JAMIN RASANYA YANG SEDAP SEHINGGA NON STOP MERATAH🤗.

✅ KIMCHI DI IKTIRAF SEBAGAI SALAH SATU MAKANAN BERKHASIAT DI DUNIA.
✅ RASA KIMCHI YANG MASAM DAN PEDAS MAMPU MEMBUKA SELERA
✅ BOLEH DI MAKAN BEGITU SAHAJA, BERSAMA NASI ATAU MEE, BOLEH DIJADIKAN SUP ATAU DICAMPUR PADA NASI GORENG.
✅ SESUAI DENGAN TEKAK ORANG MALAYSIA.

🔥500g - RM13 SAHAJA🔥
🔥1kg - RM25 SAHAJA🔥

http://www.wasap.my/60128830562/SayaNakKimchi
http://www.wasap.my/60128830562/SayaNakKimchi

05/06/2020

Ketahui 9 Khasiat Hebat Kimchi Untuk Kesihatan

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang popular di seluruh dunia. Makanan ini dihasilkan dengan mencampurkan kobis dengan bahan seperti garam, lobak putih, bawang putih, halia, serbuk cili dan daun bawang sebelum disimpan di dalam balang untuk dijadikan jeruk.

Tahukah anda bahawa kimchi adalah baik untuk kesihatan? Berikut adalah 9 khasiat hebat kimchi yang harus anda tahu.

1. Mengandungi probiotik
Seperti dadih, kimchi yang dijeruk mengandungi bakteria baik atau probiotik yang membantu pencernaan. Selain itu, probiotik juga berfungsi melawan pelbagai jangkitan penyakit.

2. Menurunkan kolestrol
Bawang putih dalam kimchi mengandungi allicin dan selenium yang berkesan membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan juga membantu menurunkan risiko penyakit angin ahmar dan penyakit kardiovaskular lain. Ini adalah kerana allicin dan selenium berfungsi menghalang mendapan plak pada dinding arteri.

3. Memastikan tumbesaran yang sihat dan penglihatan yang baik
Kaya dengan vitamin A sebagai antioksidan, kimchi boleh membantu menyingkirkan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Selain itu, vitamin A juga baik untuk tumbesaran embrio dan membantu mengekalkan penglihatan yang jelas dan sihat.

4. Memberi kulit wajah yang berseri dan rambut yang bersinar
Kimchi bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman, malah baik untuk kulit wajah. Selenium dalam bawang putih dalam kimchi membantu menyihatkan kulit dan rambut, serta mengurangkan kedut wajah pada jangka masa panjang. Selenium juga adalah sebahagian daripada glutathione, bahan yang mengekalkan vitamin C, seterusnya membuatkannya lebih kuat dan efektif.

5. Menghindar kanser perut
Professor Miri Kim daripada Bahagian Nutrisi Makanan di Chungnam National University mendapati bahawa kobis China dan lobak putih dalam kimchi mengandungi bahan bio-kimia seperti isocyanate and sulfide, baik untuk menyingkirkan logam berat dalam hati, usus kecil, dan buah pinggang. Isocyanate juga telah terbukti boleh menghindar kanser perut.

6. Melambatkan penuaan
Tidak hairanlah jika orang Korea memiliki kulit yang cantik dan kelihatan muda. Kimchi yang telah dijeruk selama 2 minggu mengandungi antioksidan yang mampu menurunkan kadar penuaan pada kulit, selain boleh mengurangkan oksidasi sel. Ini menjadikan anda kelihatan ceria dan tenang walaupun mengalami tekanan.

7. Membantu penurunan berat badan
150 gram kimchi cuma mengandungi 40 kalori. Selain itu, kimchi juga boleh menggalakkan metabolisma karbohidrat dan membantu menurunkan berat badan. Capsaicin yang terdapat dalam cili dalam kimchi meningkatkan kadar metabolisma, menyebabkan anda menggunakan lebihan tenaga dalam badan, seterusnya meningkatkan kadar penurunan berat badan.

8. Menghalang ulser peptik
Ulser peptik secara umumnya berpunca daripada Helicobacter pylori, sejenis bakteria yang ada dalam perut. Kimchi mengandungi leuconostoc mensenteroides yang menghasilkan dextrin, bahan penting yang menghentikan pertumbuhan bakteria Helicobacter pylori dalam badan.

9. Meningkatkan daya tahan badan
Professor Rina Yu daripada Bahagian Makanan dan Nutrisi di University of Ulsan mendapati bahawa kimchi menyebabkan sel-sel sistem imun menjadi lebih aktif dan menghasilkan lebih banyak antibodi. Diet tinggi kolestrol dengan kimchi menghasilkan 75% aktiviti sel imun, berbanding cuma 55% untuk diet tinggi kolestrol dan 68% untuk diet biasa.

Tahukah anda? Kimchi dimakan setiap hari oleh orang Korea, sehingga lebih 20 kilogram setahun setiap seorang, dan apabila orang Korea bergambar atau berselfie, mereka menyebut "Kimcheeee!" dan bukan "Cheese!" seperti di barat?

Fried Kimchi😋
05/06/2020

Fried Kimchi😋

Address

Donggongon

Telephone

+60128830562

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JomMogo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share