RUMAH 104

RUMAH 104 Rumah 104 | Food Port Dungun

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَRUMAH 104 ingin merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah...
17/08/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

RUMAH 104 ingin merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Wan Nor Azlina Wan Ali, pemilik Rezto Cafe, yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 Ogos 2026.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, melimpahkan rahmat serta kasih sayang-Nya, dan menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga, sahabat serta insan-insan yang menyayangi Allahyarhamah diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah. 🤲

Daripada seluruh warga RUMAH 104.

19/07/2026

Alhamdulillah, tamat sudah malam penuh debaran!

Tahniah kepada Sepanyol yang berjaya muncul juara selepas menewaskan Argentina 1-0 dalam satu perlawanan akhir yang cukup epik dan mendebarkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir memeriahkan program tayangan bersama di RUMAH 104. Kehadiran anda semua benar-benar menghidupkan suasana dan menjadikan suasana ini lebih bermakna.

Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Pemuda PAS DUN Sura & DACS. Alhamdulillah, para pengunjung turut menikmati makanan dan minuman percuma, di samping sesi cabutan bertuah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Lebih indah, selepas tamat perlawanan kita sama-sama menunaikan solat subuh berjemaah di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin sebagai penutup program yang penuh keberkatan.

Insya-Allah, jika diberi kesempatan, kami akan terus menganjurkan program-program seperti ini pada masa akan datang. Terima kasih atas sokongan semua. Jumpa lagi di program seterusnya!

15/07/2026

England VS Argentina
Cuba teka keputusan malam ni! 😎

Siapa teka tepat, boleh mari claim AIR FREE!
10 yang orang pertama yang betul.

Pagi nanti jangan tidur awal weh! Mari layan bola ramai-ramai di RUMAH 104.

3:00 PAGI
Rumah 104, Menara Jam Dungun

Ajak kawan, mari pakat layan Piala Dunia di Rumah 104

07/07/2026

PORT TENGOK WORLD CUP DI DUNGUN

07/07/2026

🔥 MALAM NI JANGAN BIAR FOMO! 🔥

Kalau anda peminat bola sepak, ini perlawanan yang wajib ditonton! 🇦🇷🔥🇪🇬

ARGENTINA 🆚 MESIR
Aksi hidup mati di Pusingan 16 Piala Dunia 2026! Satu pasukan akan mara, satu lagi akan p**ang. Tiada ruang untuk silap!

Bayangkan sorakan bergema, debaran setiap serangan, dan detik gol yang buat semua orang melompat dari kerusi. Memang lain feel bila tengok ramai-ramai!

📺 SAKSIKAN LIVE di SCREEN BESAR RUMAH104
Bukan sekadar tengok bola, tapi rasai suasana macam berada dalam stadium!

🍔 Makan sambil layan bola.
☕ Lepak dengan geng sampai pagi.
⚽ Sorak tanpa had bersama penyokong lain.

🕛 12.00 Tengah Malam (8 Julai)
📍 RUMAH104

⚠️ Datang awal untuk dapat tempat terbaik! Biasanya bila perlawanan besar macam ni, kerusi cepat penuh.

Tag geng kaki bola anda sekarang!
Jangan nanti esok semua orang sembang pasal perlawanan ni, anda p**a cuma tengok highlight. 😎

Jumpa anda malam ni di RUMAH104!

Sebenarnya banyak menu di RUMAH104 ni. Meh tengok menu apa yang awak semua nak makan.
23/06/2026

Sebenarnya banyak menu di RUMAH104 ni.
Meh tengok menu apa yang awak semua nak makan.

17/06/2026

Update menu Rumah 104

Kini kami tampil dengan pilihan menu terbaru hasil kerjasama bersama vendor-vendor terbaik kami. Banyak pilihan menarik, dari makanan berat, kudapan hingga minuman yang pasti buat anda terliur!

Jom slide gambar/menu yang kami kongsikan dan pilih mana yang berkenan di hati.

📍Rumah 104 Menu baharu, lebih banyak pilihan, Sesuai untuk lepak bersama keluarga dan kawan-kawan
Jom datang rasa sendiri!

MEE KARI ABG PIE kini berada di RUMAH 104! Kalau anda tengah cari mee kari yang kuah pekat, rasa padu kaw dan sambal ker...
08/05/2026

MEE KARI ABG PIE kini berada di RUMAH 104!

Kalau anda tengah cari mee kari yang kuah pekat, rasa padu kaw dan sambal kerang kaw, jangan lupa singgah.

Mee Kari Abg Pie @ RUMAH 104
Kuah kaw, bahan fresh, puas hati setiap suapan! Ada pilihan add on sambal kerang yang memang padu, sesuai lepak santai bersama family & kawan-kawan

Jom singgah & rasa sendiri!
“Ingat Mee Kari, Ingat Abg Pie!”

23/04/2026

RABU JE TUTUP. HARI LAIN JUM LEPAK

Suasana Rumah 104 Malam Ni.
17/04/2026

Suasana Rumah 104 Malam Ni.

Address

Lot 104
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 18:00 - 03:00
Tuesday 18:00 - 03:00
Thursday 18:00 - 15:00
Friday 18:00 - 03:00
Saturday 18:00 - 03:00
Sunday 18:00 - 03:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RUMAH 104 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share