07/08/2024
Lama tinggal, malam ni kita OT siapkan tempahan. Huhu
Ramai duk tanya, bila nak buat Popia lagi. Selagi penyakit M A L A S duk berkampung dalam kepala memang dok akan berjalan lah projek ni. π
Kali ni memang buang jauh dah penyakit tu, sebab sian kat regular cust. Setia wuuu dari tahun 2017 start beli dengan cikqah. Sampai lah cikqah stop buat pon masih duk tanya tanya tanya. Dan yg kali ni cikqah tak boleh nak tolak, sian dia kang kempunan π
Saja nak share sini kot korang ade berimpian nak buat Popia gunting, cari brand PERTAMA tak kisah plastik warna hijau atau warna biru. Cuma saiz je berbeza. Kualiti cantik β¨
Brand PERTAMA ni cantik kalau nak buat popia basah, popia goreng, kerepek popia. Sebab dia jenis tak meresap banyak sangat minyak, lepas goreng sejat tunggu sejuk nampak kering je. Pegang pon tak rasa berminyak. Tapi tak sesuai kalau nak buat Popia simpul yang ada sambal @ serunding. Sebab kulit die tak βnyunyutβ π susah nak simpul dan kadang akan crack terus buang je nanti π€£
Tips untuk popia gunting nampak bentuk gunting, tak hancur lepas goreng atau lepas di gaul dengan serbuk perasa, gunting 6 atau 7 kali sahaja dalam satu batang. Kalau korang gunting lebih, nanti jadi kecik dan masa goreng dalam kuali awal2 dah terburai, bila gaul kompen hancus dah tak nampak seketul2 π¬
Dan cara cikqah nak elak terburai masa menggoreng, siap gunting gini masuk peti dulu. Nak bagi dia keras semula. Biasa buat malam, esok baru goreng sebab penyakit malas kan π tapi korang boleh je biar dulu dalam peti beberape jam agak dia dah keras boleh lah goreng. Sebab masa kite duk guling tu kan die lembik. Takut terburai dalam kuali dah buruk rupa dia π
Sekian coretan dan tips untuk korang yang sudi baca sampai habis π kalau nak hoderrrrr boleh piem tepi masuk list, takde urgent naaaa. Ikut turn π
Cikqah ada 7 perasa popia gunting. Boleh jenguk fb @ ig krispy_kreations . Insyallah harga mampu milik. π«°π»