Ori Padi Port

  • Home
  • Ori Padi Port

Ori Padi Port � Gerai Char Kuey Teow Rasa Utara
� Resipi asli, rasa padu!
� Gelang Patah, Johor
� Dibuka 6-12pm

Naikkan harga? Hahaha wehh... Sejujurnya, bukan sorang dua yang suruh kami naikkan harga. Lebih 10 orang dah cakap, "Ban...
27/07/2026

Naikkan harga? Hahaha wehh...

Sejujurnya, bukan sorang dua yang suruh kami naikkan harga. Lebih 10 orang dah cakap, "Bang, harga ni murah sangat."

Tapi... kami tak sampai hati.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, kami tahu bukan semua keluarga selesa nak makan di luar. Sebab tu Team Ori Padi akan sedaya upaya kekalkan harga serendah yang kami mampu, supaya semua golongan masih boleh menikmati Char Kuey Teow yang PADU tanpa perlu fikir dua kali.

Walaupun harga kami kekal mesra poket, satu benda kami takkan kompromi... kualiti. Bahan tetap premium, rasa tetap padu, portion tetap puas.

Sokongan korang itulah yang buat kami terus kuat bertahan.

Master Chef kami tersandar... 😅🔥Semalam memang luar biasa. Dari mula kuali naik atas dapur, tak berhenti-henti customer ...
23/07/2026

Master Chef kami tersandar... 😅🔥

Semalam memang luar biasa. Dari mula kuali naik atas dapur, tak berhenti-henti customer datang menyerbu Ori Padi Port Gelang Patah. Satu demi satu order masuk sampai stok pun habis.

Habis saja operasi, Master Chef kami terus... tersandar! 😂 Penat memang penat, terpaksalah saya buatkan air kegemaran beliau untuk bagi tenaga balik.

Tapi itulah penat yang paling berbaloi. Bila tengok satu keluarga demi satu keluarga menikmati Char Kuey Teow kami dengan senyuman, semua rasa penat terus hilang.

Yang paling seronok bila ramai datang cakap,
"PADU bangggg! Memang lain macam!" ❤️

Terima kasih kepada semua yang datang semalam. Maaf kepada yang kami tak sempat layan atau terpaksa kami tolak sebab stok dah habis.

Insya-Allah kami akan buat yang terbaik supaya lebih ramai dapat merasa Char Kuey Teow Ori Padi. Jumpa lagi malam ni! 🔥🍤

CANTIK CUACA HARINI
20/07/2026

CANTIK CUACA HARINI

Semalam kami ingin memohon maaf kepada semua pelanggan yang datang mencari Char Kuey Teow Udang Ori Padi, tetapi kami te...
18/07/2026

Semalam kami ingin memohon maaf kepada semua pelanggan yang datang mencari Char Kuey Teow Udang Ori Padi, tetapi kami terpaksa menolak beberapa pesanan kerana stok udang habis lebih awal daripada yang dijangka.

Sejujurnya, semalam kami sangka hari akan berjalan seperti biasa. Kami sediakan stok mengikut anggaran, tetapi langsung tak sangka tiba-tiba gerai diserbu pelanggan. Lebih mengharukan, ramai yang datang bukan kali pertama, tetapi regular customer yang sanggup datang semula hanya untuk menikmati Char Kuey Teow Ori Padi.

Antara ayat yang paling buat kami tersenyum ialah:

"Bang... Char Kuey Teow Ori Padi memang paduuuu!"

Ada yang datang terus order, ada yang bawa keluarga, ada yang datang semata-mata sebab teringat rasa semalam. Bila dengar sendiri pelanggan puji macam tu, segala penat berdiri depan kuali, berpanas dan berpeluh terasa sangat berbaloi.

Tapi dalam masa yang sama, hati kami tetap tak sedap sebab ada pelanggan yang terpaksa kami tolak apabila stok udang habis. Kami benar-benar minta maaf. Bukan kami sengaja nak menghampakan, cuma kami tak sangka sambutan semalam luar biasa.

Insya-Allah, kami akan tambah stok supaya lebih ramai dapat merasa dan tiada lagi yang p**ang dengan hampa.

Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong, repeat order, dan sentiasa memperkenalkan Ori Padi kepada kawan-kawan serta keluarga. Sokongan anda semua yang buat kami terus bersemangat untuk bagi yang terbaik setiap hari.

Jumpa kami hari ini. Kali ini kami dah bersedia dengan stok yang lebih banyak. Semoga semua yang datang dapat merasa sendiri kenapa ramai cakap...

"Char Kuey Teow Ori Padi memang paduuuu!"

15/07/2026

Hujan pon buka...
Kalau takde idea nak makan apa malam ni boleh datang sini....

Dah lipat banner, dah basuh kuali, ingatkan malam dah tamat.Tiba-tiba ada suara dari belakang..."Banggg... order Char Ku...
15/07/2026

Dah lipat banner, dah basuh kuali, ingatkan malam dah tamat.

Tiba-tiba ada suara dari belakang...

"Banggg... order Char Kuey Teow 2!"

Saya terus pusing, lepas tu cakap,
"Eh, abang yang bungkus semalam kan?"

Dia senyum sambil jawab,
"Ya bang. Hari ni saya repeat order. Saya ni jenis, kalau makanan tu sedap memang saya datang lagi. Kalau tak sedap, sekali je saya makan."

Ayat tu memang buat penat seharian terus hilang.

Tanpa fikir panjang, saya keluarkan semula kuali yang dah siap dibasuh. Walaupun dah nak tutup gerai, saya tak sanggup hampakan pelanggan yang sanggup datang semula.

Bagi kami, pelanggan yang repeat order bukan sekadar beli Char Kuey Teow. Mereka sedang beri kepercayaan. Dan kepercayaan itulah yang kami akan jaga sebaik mungkin. ❤️

Tadi ada sepasang suami isteri datang bersama anak kecil mereka yang comel.Mula-mula si suami order 1 Char Kuey Teow Ker...
14/07/2026

Tadi ada sepasang suami isteri datang bersama anak kecil mereka yang comel.

Mula-mula si suami order 1 Char Kuey Teow Kerang je. Katanya nak rasa dulu.

Belum habis beberapa suapan, tiba-tiba dia panggil dari meja...

"Bang, tambah satu lagi!"

Saya pun senyum sambil tanya, "Tambah satu apa bang?"

Dia terus jawab, "Tambah Char Kuey Teow Kerang satu lagi."

Masa tu saya tengok air muka dia, tak payah cakap banyak dah. Senyuman dengan cara dia makan tu dah cukup bagi tahu semuanya.

Bila pelanggan datang nak cuba, tapi akhirnya tambah lagi satu sebelum habis yang pertama... itulah kepuasan paling besar buat kami di Ori Padi Port.

Terima kasih sebab sudi singgah. Semoga lepas ni jadi port tetap bila teringin Char Kuey Teow.

13/07/2026

Semalam jadi satu detik yang kami memang takkan lupa.

Tengah sibuk memasak, tiba-tiba dari jauh kedengaran suara customer menjerit…

“Abangggg… tambah Char Kuey Teow Special lagi 2!!!” 🔥

Jantung terus berdegup. Ingatkan ada apa tadi.

Rupanya lepas seorang rasa, terus tambah order untuk orang lain p**a.

Ramai yang datang cakap, “Memang kena dengan tekak!” dan ada yang mengaku tak pernah rasa Char Kuey Teow macam ni sebelum ni.

Bila customer sanggup jerit dari jauh semata-mata nak tambah order, itu lebih bermakna daripada seribu pujian.

Terima kasih semua yang dah singgah dan support Ori Padi Port. Insya-Allah kami akan terus jaga rasa, kualiti dan portion supaya setiap pinggan yang keluar memang puas hati. ❤️🍳🦐

� Gerai Char Kuey Teow Rasa Utara
� Resipi asli, rasa padu!
� Gelang Patah, Johor
� Dibuka 6-12pm

Jadiiii
12/07/2026

Jadiiii

Semalam, ramai yang datang bertanya, "Tak ada jual nasi ke?"Soalan yang nampak ringkas itu sebenarnya saya bawa balik da...
12/07/2026

Semalam, ramai yang datang bertanya, "Tak ada jual nasi ke?"

Soalan yang nampak ringkas itu sebenarnya saya bawa balik dan fikir sampai malam.

Saya sedar, setiap pertanyaan daripada pelanggan bukan sekadar soalan, tapi satu harapan.

Sebab itu, hari ini lahirlah Nasi Goreng Ori Padi.

Bukan sekadar tambah menu, tetapi tanda bahawa kami sentiasa mendengar apa yang pelanggan mahukan. Insya-Allah, kami akan terus berusaha mengekalkan rasa, kualiti dan harga yang berpatutan.

Terima kasih kerana terus menyokong Ori Padi. Semoga menu baharu ini menjadi kegemaran anda p**a.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ori Padi Port posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service?

Share