ZAMAN VIBEZ

ZAMAN VIBEZ ZAMAN VIBEZ

TRUMP YANG MULAKAN, KENAPA NATO P**A YANG PERLU DIHERET BERSAMA ‼️1.Isu Selat Hormuz kembali menjadi tumpuan dunia apabi...
16/03/2026

TRUMP YANG MULAKAN, KENAPA NATO P**A YANG PERLU DIHERET BERSAMA ‼️

1.Isu Selat Hormuz kembali menjadi tumpuan dunia apabila Donald Trump, dalam satu kenyataan rasmi di atas pesawat Air Force One pada 15 Mac 2026, secara terbuka mendesak sekutu antarabangsa untuk mengambil tanggungjawab lebih besar.

2.Beliau mengesahkan bahawa pentadbirannya sedang berunding dengan tujuh buah negara yang kebanyakannya bergantung sepenuhnya kepada bekalan minyak dari rantau itu—untuk membentuk sebuah gabungan maritim bagi mengawal selat yang kini disifatkan sebagai zon merah.

3. Secara faktanya, Selat Hormuz adalah laluan maritim yang sangat kritikal kerana hampir 20% daripada bekalan minyak dunia melaluinya setiap hari. Trump menggunakan fakta ini sebagai hujah utama dengan menyatakan bahawa negara-negara tersebut perlu melindungi wilayah (ekonomi) mereka sendiri kerana Amerika Syarikat kini mempunyai sumber tenaga sendiri dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada minyak dari Timur Tengah.

4. Antara negara yang secara spesifik disebut atau dikaitkan dalam siri tuntutan beliau termasuklah Britain, Perancis, Jepun, Korea Selatan, dan juga China. Ketegangan ini bukan sekadar retorik, tetapi berlaku di tengah-tengah konflik bersenjata yang sedang memuncak antara AS-Israel dan Iran.

5. Trump malah memberikan amaran keras kepada anggota NATO, dengan menyatakan bahawa masa depan pakatan itu akan menjadi "sangat buruk" jika mereka gagal menghulurkan bantuan ketenteraan untuk membuka semula laluan tersebut yang kini disekat oleh Iran.

6. Walaupun Trump mendakwa rundingan sedang berjalan positif, realitinya setakat ini beberapa negara seperti Jepun dan Australia masih kekal dengan pendirian berhati-hati dan belum memberikan komitmen rasmi untuk menghantar aset kapal perang mereka ke sana.

7. Para penganalisis geopolitik mengatakan rancangan untuk heret Nato dalam konflik ini adalah tidak logik. Pertama AS dan Isewel lah yang perlu bertanggungjawab atas konflik perang ini. Jika AS menyatakan negara-negara yang mempunyai kepentingan di negara-negara teluk harus bertindak atas alasan AS kini sudah mempunyai sumber tenaga sendiri, Mengapa di Amerika juga rakyatnya sedang bising atas kenaikan harga Minyak?

8. Trump sedang menggunakan Kad beliau sebagai kuasa besar untuk menekan Nato. Sedangkan tindakan Trump tersebut boleh mempersulitkan lagi konflik di selat hormuz.

9. Adakah dengan tindakan trump ini sekutu Iran seperti China dan Russia akan diamkan diri sekiranya 7 negara nato ikut dalam konflik yang dimulakan sendiri oleh AS-Isewel? Ini boleh memicu kepada perang dunia ketiga.

Sekitar 6 hari lepas sebelum Setanyahu keluarkan video yang menjadi tumpuan spekulasi. ‼️1. 6 hari lepas Setanyahu telah...
16/03/2026

Sekitar 6 hari lepas sebelum Setanyahu keluarkan video yang menjadi tumpuan spekulasi. ‼️

1. 6 hari lepas Setanyahu telah memunggah video ke akaun Instagram miliknya berdurasi hampir seminit ( gambar bawah sebelah kiri) , kelihatan muka yang kusam, ada kedutan pada wajah, dan tona bawah mata sedikit menghitam.

2. 3 hari kemudian selepas Iran dan beberapa media memainkan isu bahawa Setanyahu telah keok, untuk melawan naratif yang berlegar-legar, pihak Isewel telah mengeluarkan live rakaman video bahawa Setanyahu masih hidup.

3. Dalam video tersebut banyak kecacatan, sebelah pihak mengatakan bibir setan ini herot lah, ada yang kata jari sampai 6-7.. ada p**ak pihak yang mengatakan resolusi semasa tontonan memainkan peranan sebab video boleh pecah dan tidak jelas.

4. Tapi perbezaan gambar 6 hari lepas dan semasa video tersebut dimuatnaik banyak perbezaan yang ketara.

5. Persoalannya, bila ramai yang kecam video tersebut, mengapa p**a pihak media Isewel bersungguh-sungguh memuatnaik video terbaru kononnya sedang menikmati coffee dekat sebuah cafe.

6. Ironinya, video tersebut juga telah ditelanjangkan oleh netizen sebagai video lama tahun 2024. Dan cuma telah diedit balik untuk melawan persepsi masyarakat dunia.

China Beri Amaran Keras kepada Donald Trump dengan Menolak Permintaan Washington untuk Sertai Gabungan Tentera Laut di T...
16/03/2026

China Beri Amaran Keras kepada Donald Trump dengan Menolak Permintaan Washington untuk Sertai Gabungan Tentera Laut di Timur Tengah.

1. China telah memberikan "amaran keras" (shut up call) kepada Donald Trump dengan menolak tegas permintaan Washington untuk menyertai gabungan tentera laut pelbagai negara di Timur Tengah. Beijing menegaskan bahawa Selat Hormuz berada di bawah hak kedaulatan Iran dan menekankan bahawa krisis tersebut harus diselesaikan melalui diplomasi, bukannya tindakan ketenteraan.

2. Keputusan ini telah merumitkan strategi Trump yang dikenali sebagai "Operation Epic Fury", sebuah strategi yang bertujuan membentuk barisan global yang bersatu untuk memecahkan sekatan di koridor minyak yang sangat penting itu. Walaupun Amerika Syarikat kekal menjadi sasaran utama sekatan semasa, laporan mencadangkan bahawa China secara diam-diam telah menjamin laluan selamat bagi kapal tangki minyaknya sendiri menerusi rundingan saluran belakang dengan Tehran.

3. Pendirian Beijing ini selaras dengan polisi lamanya yang menentang campur tangan ketenteraan tanpa kebenaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada masa yang sama, "rakan strategik" dengan Iran membolehkan China meletakkan dirinya sebagai pengantara berpotensi dalam krisis ini sesuatu yang mengecewakan usaha Washington untuk mengawal laluan air tersebut melalui tekanan ketenteraan.

4. Di Washington, pegawai-pegawai menyatakan kekecewaan yang nyata. Amerika Syarikat sebelum ini berharap agar pengimport tenaga utama dapat membantu memikul beban dalam melindungi laluan perdagangan maritim. Dengan harga minyak yang melonjak akibat gangguan tersebut, perselisihan ini mendedahkan jurang yang semakin membesar dalam kalangan kuasa global tentang bagaimana untuk menguruskan kejutan bekalan yang sedang berlaku.

5. Kini memasuki hari ke-17, kebuntuan ini mungkin memaksa Amerika Syarikat untuk bergerak sendirian dengan operasi pengiringan kapal tangki dalam usaha menstabilkan pasaran global. Sementara itu, dunia sedang memerhati rapat sama ada negara lain yang didekati Washington seperti Jepun dan Korea Selatan akan mengikut jejak langkah berhati-hati China atau menyertai usaha Amerika Syarikat.

TERKINI ‼️1. Pesawat pengganas Israel melancarkan tiga serangan udara di bandar sempadan Al-Khiyam di selatan Lubnan.2.A...
16/03/2026

TERKINI ‼️

1. Pesawat pengganas Israel melancarkan tiga serangan udara di bandar sempadan Al-Khiyam di selatan Lubnan.

2.Arab Saudi, "Pangkalan Brigadier Khalid", Sayap Tentera Pasukan Keselamatan Khas. Maklumat menunjukkan kehadiran pegawai musuh Amerika di lokasi tersebut, bersama ahli pasukan elit "Delta", dalam koordinat yang ditentukan.

3. 9 Pegawai polis 🍉 yang syahid dalam serangan udara oleh tentera pengganas Isewel di tengah G4z4 awal hari ini.

4. Sekurang-kurangnya 4 orang Amerika ditahan di Penjara Evin, adakah mereka selamat?Menteri Luar Iran Araghchi berkata, jika AS dan Israel tidak menyerang penjara-penjara kami, saya rasa mereka selamat.

5. Kami menyasarkan sekump**an askar tentera Isewel berhampiran dengan Stadium Khayam dengan serangan roket.Pejuang kami menyasarkan sebuah kereta kebal Merkava di utara kawasan penahanan Khiam dengan roket berpandu dan berjaya mengenainya secara langsung. - Hezbollah

6. Kami telah menangkap 500 ejen yang menghantar maklumat kepada musuh dan media yang bermusuhan terhadap Iran, 250 daripada mereka memberikan maklumat kepada musuh untuk tujuan tertentu dan berhubungan dengan kump**an pembangkang dan cuba mengganggu ketenteraman awam – Ketua Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri Iran

7. Kemunculan Benjamin Setanyahu di publik menimbulkan persoalan adakah dakwaan kematiannya itu hanya semata-mata propaganda perang? – penganalisis Politik . Beliau muncul di sebuah kafe selepas catatan media sosial mendakwa beliau terbunuh dalam serangan Iran.

8. Tentera Israel meminta kerajaan untuk menyetujui perekrutan 450,000 tentera daripada pasukan simpanan sebagai persediaan untuk memperluas operasi darat di Lebanon bersempena dengan berterusannya perang terhadap Iran. – Saluran Khan Hebrew.

9. Kami menyerang 4 pangkalan Amerika di Emirat Arab Bersatu, Bahrain dan Kuwait dengan roket dan drone. – Pengawal Revolusi Iran.

10. Agensi Berita Fars Iran melaporkan bahawa 223 wanita telah terbunuh dalam serangan sejak permulaan perang, termasuk tiga wanita hamil. Selain itu, 202 kanak-kanak telah terbunuh dalam serangan, dengan 12 daripada mereka berusia di bawah lima tahun. Ia juga menambah bahawa 153 pusat perubatan di seluruh Iran telah rosak dan tiga pekerja kesihatan terbunuh sejak permulaan perang.

11. Pengarah Majlis Keselamatan Negara Iran, Ali Larijani menyatakan bahawa US merancang hendak membuat satu lagi Tragedi 9/11 dan menuduh Iran melakukannya Ali menegaskan yang Iran tidak berniat untuk berperang dengan rakyat US. Hanya tentera sahaja

Address

PEOPLES PARK
Ipoh
30000

Opening Hours

Tuesday 19:00 - 23:00
Wednesday 19:00 - 23:00
Thursday 19:00 - 23:00
Friday 07:00 - 23:00
Saturday 19:00 - 23:00
Sunday 19:00 - 23:00

Telephone

+601155087736

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ZAMAN VIBEZ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ZAMAN VIBEZ:

Share