Diann Goetz

Website

Diann Goetz Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Diann Goetz, Grocers, NO 94 LALUAN JATI 2 TAMAN SRI MERU, Ipoh.

Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) mencatatkan kerugian bersih tinggi sebanyak RM246.42 juta pada suku ketiga berakh...
09/11/2024

Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) mencatatkan kerugian bersih tinggi sebanyak RM246.42 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2024 berbanding kerugian bersih RM55.58 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Perolehan turut menurun kepada RM1.94 bilion pada suku ketiga daripada RM1.96 bilion tahun lalu susulan peningkatan kerugian daripada pertukaran asing dan kerugian lebih tinggi daripada anak syarikatnya, Lotte Chemical USA Corp (LCUSA), kata LCT dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2024, kump**an itu mencatatkan rugi bersih lebih tinggi sebanyak RM673.33 juta berbanding RM593.81 juta tahun lalu, manakala perolehan turut menurun kepada RM5.64 bilion berbanding RM5.79 bilion sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LCT, Park Hyun Chul, berkata kump**an itu berusaha bersungguh-sungguh bagi mengharungi keadaan tidak menentu dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

"Ketika purata harga jualan menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun lalu, industri masih dibebani dengan keadaan pasaran yang tidak menentu dan lebihan bekalan produk petrokimia dari China, yang menjejaskan dinamik bekalan dan permintaan," katanya.

Menurut Park, Projek Lotte Chemical Indonesia New Ethylene (LINE) di Merak, Indonesia kini hampir siap dan dijangka selesai sepenuhnya pada 2025.

"Sebaik sahaja siap, Projek LINE akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kump**an sebanyak 65 peratus," katanya.

CIMB Securities Sdn Bhd menyatakan bahawa Gamuda Bhd dijangka menggantikan Genting Malaysia Bhd dalam FTSE Bursa Malaysi...
09/11/2024

CIMB Securities Sdn Bhd menyatakan bahawa Gamuda Bhd dijangka menggantikan Genting Malaysia Bhd dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dalam semakan indeks akan datang, bulan depan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikan hari ini berkata, keputusan semakan separuh tahunan untuk saham komponen FBM KLCI dijadualkan pada 5 Disember dengan menggunakan data harga saham pada penutupan dari 25 November.

CIMB Securities berkata ia menjalankan analisis awal berdasarkan harga saham setakat 5 November.

"Penemuan kami menunjukkan Gamuda boleh menggantikan Genting Malaysia dalam FBM KLCI kerana permodalan pasaran Gamuda telah meningkat ke kedudukan ke-18 dalam kalangan sekuriti yang layak, melepasi ambang kelayakan kedudukan ke-25," katanya.

Ketika ini, permodalan pasaran Gamuda adalah 19 peratus lebih tinggi daripada PPB Group Bhd yang menduduki tempat ke-26.

"Sekiranya Gamuda disenaraikan disenaraikan sebagai satu daripada konstituen di FBM KLCI, kami menjangkakan Genting Malaysia yang kini mempunyai permodalan pasaran terendah dalam kalangan konstituen KLCI, ia mungkin akan dikeluarkan daripada indeks," kata CIMB Securities.

Pada peringkat ini, CIMB Securities mengunjurkan bahawa Gamuda boleh memperoleh wajaran 4.2 peratus dalam KLCI berbanding wajaran semasa Genting Malaysia sebanyak 1.5 peratus.

Setakat 30 September 2024, sektor perbankan memegang bahagian terbesar wajaran KLCI pada 41.2 peratus, diikuti oleh sektor utiliti pada 17.6 peratus dan sektor telekomunikasi pada 9.8 peratus.

FTSE dan Bursa Malaysia dijangka mengeluarkan keputusan semakan awal dan akhir dari 4 hingga 5 Disember dengan sebarang pelarasan kepada konstituen indeks berkuat kuasa pada 23 Disember.

Pada 5 petang, harga saham Gamuda ditutup pada RM8.95, naik 26 sen ketika ditutup semalam dengan 5.32 juta saham diniagakan.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mengakhiri kenaikan dua hari berturut-turutnya a...
09/11/2024

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mengakhiri kenaikan dua hari berturut-turutnya apabila keputusan Pilihan Raya AS mula diperoleh, kata pakar ekonomi.

Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata calon Republikan, Donald Trump dilihat mendahului persaingan sebagai bakal presiden dan ini menyemarakkan lagi pandangan kemungkinan tarif yang lebih tinggi dan dasar fiskal pengembangan yang bakal membentuk ekonomi AS pada 2025.

"Ketidakpastian adalah bagaimana Rizab Persekutuan (Fed) akan bertindak balas terhadap maklumat terkini -- sebagai contoh, keputusan pilihan raya-- walaupun perubahan dasar sebenar atau semakan semula akan mengambil sedikit masa.

"Kami percaya Fed mungkin mahu menurunkan lagi Kadar Dana Persekutuan minggu ini dan barangkali pada Disember," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata, tahun depan bank pusat AS itu mungkin mengambil pendekatan berhati-hati terhadap risiko inflasi yang lebih tinggi berikutan antara lainnya kemungkinan perubahan dalam dasar utama, iaitu mengenai tarif, pengusiran beramai-ramai pendatang tanpa izin dan langkah pengurangan cukai kekal (langkah yang digubal pada 2017).

"Buat masa ini, ketidakpastian bermakna permintaan terhadap dolar AS dan oleh itu, kita akan melihat ringgit diniagakan dalam dagangan berhati-hati," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata Trump kemungkinan besar bakal menduduki kembali Rumah Putih susulan sokongan besar dari Pennsylvania.

"Apabila Associated Press mengunjurkan Trump bakal menang, ringgit jatuh serta-merta, turun 1.3 peratus untuk didagangkan pada 4.40, dengan potensi penurunan yang lebih besar sekiranya Trump meneruskan janjinya untuk mengenakan kadar tarif 60 peratus ke atas (barangan dari) China.

Menurut Innes, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS hanya meningkat sebanyak 11 mata asas, dengan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan masih mengharapkan penurunan kadar Fed esok, yang boleh mengehadkan pergerakan dolar minggu ini.

Pada penutup dagangan, ringgit ditutup rendah berbanding kump**an mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding pound kepada 5.6751/6841 daripada paras penutup 5.6361/6478 pada Selasa, turun berbanding yen kepada 2.8558/8606 daripada 2.8525/8586 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7313/7388 daripada 4.7283/7381.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3073/3128 daripada 3.2953/3023 pada Selasa, turun berbanding rupiah Indonesia kepada 277.8/278.4 daripada 275.6/276.3 sebelumnya dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.50/7.51 daripada 7.44/7.46.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding baht Thai kepada 12.8768/9048 daripada 12.9165/9491 pada Selasa.

Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh dasar ekonomi tempatan yang menggalakkan, sentimen positif daripad...
09/11/2024

Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh dasar ekonomi tempatan yang menggalakkan, sentimen positif daripada pendapatan saham teknologi yang kukuh dan prospek pasaran Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Selain itu, keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dijangka menggalakkan perbelanjaan domestik dan pelaburan.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 13.47 mata atau 0.83 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi harian sebanyak 1,634.17 berbanding 1,620.70 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 3.71 mata lebih tinggi kepada 1,624.41 dan seterusnya mencatat paras terendah 1,623.52 dalam dagangan awal sebelum meningkat menjelang sesi akhir dagangan.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 849 berbanding 352 manakala 428 kaunter tidak berubah, 765 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.39 bilion unit bernilai RM2.92 bilion berbanding 2.58 bilion unit bernilai RM2.47 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, berkata sentimen positif di bursa tempatan turut dipacu oleh minat belian yang berterusan di seluruh sektor terutama dalam sektor teknologi.

"Momentum positif ini didorong oleh keputusan pendapatan Palantir Tech yang lebih kukuh berbanding jangkaan, menunjukkan pertumbuhan yang besar dalam pendapatan, didorong oleh kecerdasan buatan dan meningkatkan sentimen terhadap saham teknologi di pasaran tempatan," katanya kepada Bernama.

Antara saham yang meneraju kenaikan hari ini dalam kalangan komponen FBM KLCI adalah saham berkaitan projek pusat data, terutama dalam sektor pembinaan, logam, dan utiliti," katanya.

Mohd Sedek berkata, daya tahan ekonomi AS di samping pendirian akomodatif Rizab Persekutuan (Fed) memberikan keyakinan berterusan kepada pelabur, menyokong kestabilan pasaran tanpa mengambil kira hasil politik di AS.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks petunjuk pasaran terus memperlihatkan aliran menaik berikutan peningkatan sentimen pelabur meskipun prestasi pasaran serantau bercampur-campur.

Selain itu, langkah BNM mengekalkan OPR pada 3.0 peratus memberikan situasi yang jelas terhadap landskap pasaran tempatan.

"Bagaimanapun kami mengekalkan pendekatan berhati-hati berikutan keputusan pilihan raya presiden AS yang mungkin mengubah senario geopolitik global," katanya.

"Berdasarkan sentimen pasaran tempatan yang semakin baik, kami menyemak semula julat sasaran FBM KLCI mingguan kepada antara 1,610 dan 1,640," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional meningkat 30.0 sen kepada RM14.38, CIMB Group naik 8.0 sen kepada RM8.20, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah 6.0 sen kepada RM10.60 dan RM4.49 manakala IHH Healthcare susut 5.0 sen kepada RM7.26.

Antara saham aktif, 3Ren yang baru disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 11.5 sen kepada 39.5 sen, Genetec Technology naik 26 sen kepada 95 sen, Top Glove meningkat 8.0 sen kepada RM1.16, MY EG Services naik 4.0 sen kepada 88.5 sen dan Cape EMS meningkat setengah sen kepada 36.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 153.58 mata kepada 12,380.82, Indeks FBMT 100 menokok 141.95 mata kepada 12,080.77, Indeks FBM Emas Syariah menambah 171.40 mata kepada 12,356.21, Indeks FBM 70 naik 368.73 mata kepada 18,105.49, dan Indeks FBM ACE menokok116.67 mata kepada 5,185.75.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 159.35 mata kepada 19,326.88, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 3.17 mata kepada 175.48.

Bagaimanapun, Indeks Tenaga susut 1.16 mata kepada 836.19 dan Indeks Perladangan rendah 0.49 mata kepada 7,611.94.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.85 bilion unit bernilai RM2.53 bilion daripada 1.34 bilion unit bernilai RM2.16 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran naik kepada 796.39 juta unit bernilai RM117.51 juta berbanding 783.54 juta unit bernilai RM134.61 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 743.69 juta unit bernilai RM272.67 juta berbanding 463.49 juta unit bernilai RM171.97 juta semalam

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 246.84 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (391.74 juta), pembinaan (100.95 juta), teknologi (416.08 juta), S**C (sifar), perkhidmatan kewangan (71.92 juta), hartanah (167.53 juta), perladangan (71.72 juta), REIT (17.28 juta), dana tertutup (17,600), tenaga (87.11 juta), penjagaan kesihatan (145.55 juta), telekomunikasi dan media (37.68 juta), pengangkutan dan logistik (41.22 juta), utiliti (59.06 juta) dan amanah perniagaan (3,100).

Anak syarikat milik penuh Haily Group Bhd, Haily Construction Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja RM89.9 juta daripada Veni...
09/11/2024

Anak syarikat milik penuh Haily Group Bhd, Haily Construction Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja RM89.9 juta daripada Venice View Development Sdn Bhd untuk membina rumah di Johor Bharu, Johor.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata projek itu terdiri daripada Parcel 2A yang membabitkan 252 unit rumah teres dua tingkat, sebuah kebuk dua pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan sebuah pencawang kompak TNB, manakala Parcel 2B terdiri daripada 114 unit rumah teres dua tingkat, dua unit pameran, rumah pengawal dan pintu masuk.

"Rumah di Parcel A dan B dijangka siap dalam tempoh 15 bulan dari tarikh permulaan setiap petak.

"Pencawang TNB (kebuk berkembar) dan satu unit pencawang kompak TNB di Parcel 2A dijangka siap dalam tempoh enam bulan manakala unit pameran, rumah pengawal dan pintu masuk dalam tempoh empat bulan dari tarikh permulaan," katanya.

Syarikat mobiliti terkemuka Eropah, Bolt melancarkan perkhidmatan e-hailing di Lembah Klang.Pengurus Besar Malaysia di B...
09/11/2024

Syarikat mobiliti terkemuka Eropah, Bolt melancarkan perkhidmatan e-hailing di Lembah Klang.

Pengurus Besar Malaysia di Bolt, Afzan Lufti, berkata misi Bolt untuk membina bandar yang berpusatkan manusia, bukan kereta, adalah asas kepada segala yang dilakukannya.

Beliau berkata, di Malaysia, pihaknya komited untuk membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mentransformasikan ruang awam dengan menggalakkan peralihan daripada pemilikan kereta persendirian kepada mobiliti bersama.

Katanya, pendekatan pihaknya adalah menyediakan penyelesaian mobiliti yang mengurangkan pencemaran, mampu milik dan mudah diakses yang memenuhi keperluan yang semakin berkembang bagi pemandu serta penumpang di Lembah Klang dan seterusnya.

"Dengan memimpin perubahan ini, kami bukan saja menyokong matlamat negara dalam mobiliti bandar tetapi juga meningkatkan kualiti hidup dengan mengutamakan manusia berbanding kereta," katanya dalam satu kenyataan.

Dengan jumlah pengguna dalam pasaran e-hailing di Malaysia dijangka mencapai 11.47 juta menjelang 2029, Bolt berhasrat untuk memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang itu dengan menyediakan penyelesaian mobiliti yang mengurangkan pencemaran, mampu milik dan mudah diakses untuk pemandu serta penumpang di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

Kehadiran Bolt menawarkan alternatif yang boleh dipercayai untuk kesalinghubungan terakhir, membantu mengurangkan tekanan ke atas sistem pengangkutan awam dan membentuk masa depan yang lebih sesuai didiami bagi bandar-bandar di Malaysia.

Syarikat itu menawarkan ekosistem dalam aplikasi yang selamat dan boleh dipercayai, yang membantu penumpang dan pemandu membina kepercayaan bersama.

Ia dicapai melalui penggunaan pelbagai ciri keselamatan serta sokongan khidmat pelanggan Bolt.

Dengan memperkenalkan lebih banyak persaingan ke dalam pasaran, Bolt menawarkan alternatif yang menarik kepada penumpang dan pemandu berbanding perkhidmatan sedia ada, sekali gus menyediakan lebih banyak pilihan serta pengalaman yang lebih baik untuk semua.

Bolt juga mengendalikan aplikasi multimodal yang menawarkan kenderaan berkongsi bagi sebarang keperluan mobiliti, daripada e-hailing kepada skuter dan juga perkhidmatan perkongsian kereta.

IHH Healthcare Bhd (IHH) melalui anak syarikatnya, Pantai Holdings Sdn Bhd melancarkan penerbitan sukuk pertama sebanyak...
09/11/2024

IHH Healthcare Bhd (IHH) melalui anak syarikatnya, Pantai Holdings Sdn Bhd melancarkan penerbitan sukuk pertama sebanyak RM4 bilion di bawah Program Sukuk Wakalah yang baru ditubuhkan dengan had sehingga RM15 bilion.

Menurut IHH dalam kenyataan hari ini, penubuhan program sukuk ini menawarkan peluang yang tepat pada masanya untuk kump**an mempelbagaikan sumber pembiayaan bagi mencapai matlamat pertumbuhan di Malaysia.

Ia berkata, program sukuk ini telah distrukturkan dengan fleksibiliti untuk mengeluarkan sukuk yang berkaitan dengan kelestarian, melengkapkan amalan pengurusan modal kump**an dan memperkukuhkan komitmen kump**an untuk mencipta masa depan yang lebih sihat dan lestari.

"Hasil daripada penerbitan sukuk awal ini akan digunakan untuk membiayai pembelian Island Hospital yang berkapasiti 600 katil, diumumkan pada awal September tahun ini.

"Penerbitan sukuk ini telah menerima sokongan ketara dengan kadar langganan melebihi empat kali ganda daripada saiz penerbitan," katanya.

OCBC Al-Amin Bank Bhd (OCBC) bertindak sebagai penasihat utama, pengatur utama, penasihat struktur kelestarian, penasihat Syariah, ejen kemudahan, dan pengurus utama bagi program sukuk ini.

Pengurus bersama utama bagi penerbitan sukuk ini ialah CIMB Investment Bank Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd, Maybank Investment Bank Bhd, OCBC, RHB Investment Bank Bhd dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

IHH Healthcare adalah penyedia penjagaan kesihatan bersepadu terkemuka di dunia dengan sejarah lebih daripada lima dekad dan kehadiran di 10 negara, termasuk Singapura, Malaysia, Turkiye, India, dan China Besar (termasuk Hong Kong).

Operasi kump**an di Malaysia memiliki rangkaian 17 hospital dengan jenama terkenal seperti Gleneagles, Pantai, Prince Court, dan Timberland yang mempunyai kapasiti keseluruhan melebihi 3,000 katil berlesen, menjadikannya salah satu rangkaian penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an IHH, Dr Prem Kumar Nair, berkata Island Hospital adalah aset yang sangat menarik dengan operasi yang kuat di Pulau Pinang, sebuah pasaran yang berkembang pesat, dan disokong oleh kump**an pakar yang besar serta penawaran klinikal dengan metrik operasi yang kuat.

"Pemerolehan ini mencipta kuasa besar pelancongan perubatan untuk menyokong aspirasi negara kerana Island Hospital adalah hospital pelancongan perubatan terkemuka di Malaysia.

"Pemerolehan ini juga menunjukkan pelaburan berterusan di pasaran utama IHH Healthcare dengan pertumbuhan yang kuat, memanfaatkan rekod prestasi operasi Pantai yang terbukti dan penggabungan & pengambilalihan (M&A) yang berjaya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kump**an IHH, Dilip Kadambi, berkata pemerolehan Island Hospital membolehkan IHH memperkukuhkan kedudukannya di Pulau Pinang serta menyediakan platform untuk pertumbuhan masa depan dengan pengembangan kapasiti dan peluang baharu di samping memberikan keuntungan kewangan dan meningkatkan p**angan ke atas ekuiti (ROE).

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) menjangkakan kelewatan antara enam hingga 12 bulan pengeluaran susu dari ladang tenusu...
09/11/2024

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) menjangkakan kelewatan antara enam hingga 12 bulan pengeluaran susu dari ladang tenusu syarikat itu di Gemas yang sepatutnya dijadualkan bermula Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Lim Yew Hoe, berkata hal ini kerana penghantaran kump**an pertama lembu betina dari Amerika Syarikat (AS) yang pada mulanya dirancang untuk berlepas dari pelabuhan Washington pada 29 Oktober lalu telah dibatalkan.

Katanya, ia berikutan penerimaan surat penggantungan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia pada 24 Oktober lalu susulan kebimbangan mengenai wabak HPAI H5N1 (selesema burung).

"Kump**an kecewa dengan perkembangan terbaharu ini walaupun mengambil setiap langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan lembu terbabit bebas daripada penyakit selaras dengan protokol yang ditetapkan antara pihak berkuasa Malaysia menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan AS melalui Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan untuk pengimportan lembu berkenaan.

"Adalah malang kerana rancangan kami untuk memainkan peranan dalam meningkatkan keselamatan makanan negara selaras dengan rangka kerja Malaysia Madani tidak berjalan seperti yang dirancang.

"F&N kini sedang meneroka pilihan lain untuk mengimport baka lembu dari negara lain yang boleh menawarkan kualiti setanding dengan yang kami mahukan seperti di AS. Kami menjangka akan mengambil masa antara enam hingga 12 bulan untuk mendapatkan pengganti lembu baharu," katanya pada taklimat prestasi tahun kewangan penuh 2024 di sini, hari ini.

F&N melaporkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Perolehan syarikat p**a meningkat kepada RM5.25 bilion daripada RM5 bilion sebelumnya, didorong oleh jualan domestik yang lebih tinggi daripada operasi makanan dan minuman (F&B) di Malaysia serta Thailand selain eksport ke Kemboja.

Mengulas lanjut, Yew Hoe berkata, F&N tidak menjangka isu kelewatan itu akan menjejaskan prestasi keuntungan kump**an kerana mempunyai keupayaan untuk menyerapnya.

"Namun dari segi aliran tunai akan terjejas kerana kump**an tidak menerima sebarang hasil sepanjang tempoh itu," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kesan kenaikan cukai gula sebanyak 90 sen daripada 50 sen ketika ini pada tahun depan, Yew Hoe berkata, kenaikan tambahan 40 sen itu hanya memberi kesan minimum iaitu kurang daripada satu peratus membabitkan produk minuman keluarannya.

"Cukai ini akan menyebabkan kos tambahan sebanyak RM1.2 juta yang perlu dibayar pada tahun depan. Kebiasaannya, kami akan menyerap kos ini kerana itulah cara kami menguruskannya," katanya.

Pengenaan duti eksais terhadap minuman bergula telah diperkenalkan melalui Belanjawan 2019 pada kadar 40 sen dan dinaikkan sebanyak 10 sen kepada 50 sen melalui Belanjawan 2024.

Kenaikan 40 sen diumumkan melalui Belanjawan 2025 menjadikan keseluruhan duti eksais adalah sebanyak 90 sen seliter dan hanya dikenakan terhadap tiga kategori minuman bergula sedia diminum yang dikilangkan dalam negara atau diimport dari luar negara.

Pulau Pinang hari ini mengalu-alukan penerbangan terus sulung AirAsia dari Shenzhen, China yang menandakan satu kejayaan...
31/10/2024

Pulau Pinang hari ini mengalu-alukan penerbangan terus sulung AirAsia dari Shenzhen, China yang menandakan satu kejayaan dalam pembangunan pelancongan negeri itu.

Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao'an pada 3.40 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 8.53 pagi.

Manakala, penerbangan p**ang dari Pulau Pinang akan berlepas pada 10.45 malam dan tiba di Shenzhen pada 2.35 pagi keesokan harinya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai, berkata pengembangan laluan ini bukan sahaja mengukuhkan rangkaian penerbangan antarabangsa Pulau Pinang tetapi juga mewujudkan jambatan baharu pertukaran perdagangan dan budaya di antara Pulau Pinang, Shenzhen dan wilayah Greater Bay Area (Guangdong, Hong Kong, Macao, Guangzhou, Shenzhen dan Zhuhai).

"Penduduk yang padat dan kuasa beli yang kukuh di Shenzhen memberikan peluang berharga untuk sektor pelancongan dan peruncitan di Pulau Pinang.

"Sumber pelancongan yang kaya dan persekitaran pelaburan yang menggalakkan di Pulau Pinang akan melengkapkan lagi kekuatan ekonomi Shenzhen yang teguh, menjadikan penerbangan terus baharu ini sebagai pemangkin peningkatan kerjasama di antara kedua-dua wilayah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada waktu ketibaan penerbangan sulung Shenzhen di sini, hari ini.

Laluan terus baharu itu akan beroperasi empat kali seminggu dari Shenzhen pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu manakala penerbangan dari Pulau Pinang ke Shenzhen p**a pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad.

Hon Wai berkata, menurut data dari Guangdong Provincial People's Government Office (Mei 2024), wilayah Greater Bay Area yang merangkumi bandar seperti Hong Kong, Macau, Guangzhou, Shenzhen dan Zhuhai mempunyai pop**asi seramai 86 juta orang dan menyumbang lebih 14 trilion yuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China, kira-kira 11 peratus daripada jumlah keseluruhan KDNK negara itu.

Beliau juga menekankan, Shenzhen dan Pulau Pinang adalah pusat ekonomi yang berkembang maju dengan potensi perniagaan dan pelaburan yang luas.

Shenzhen yang dikenali sebagai Lembah Silikon China, menempatkan beberapa syarikat gergasi teknologi Fortune 500 selain merupakan hab utama bagi industri emas dan barang kemas di China.

Sementara itu, Pulau Pinang diiktiraf sebagai pengeksport elektronik dan semikonduktor terbesar keenam di dunia yang memberikannya gelaran sebagai 'Lembah Silikon Timur'.

Negeri itu juga menyumbang 80 peratus daripada eksport emas dan barang kemas Malaysia yang memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan barang kemas global.

"Ketika lebih banyak penerbangan langsung dibuka di antara Shenzhen dan Pulau Pinang, pertukaran antara komuniti perniagaan, pelabur dan usahawan dari kedua-dua kawasan akan menjadi lebih kerap.

"Ini bukan sahaja akan merangsang kemakmuran ekonomi bersama tetapi juga mengeratkan persahabatan dan kerjasama di antara kedua-dua bandar," katanya.

Menurut Hon Wai, laluan baharu ini akan meningkatkan kebolehcapaian, membolehkan pelancong dari seluruh dunia meneroka pelbagai landskap, masakan dan budaya kedua-dua kawasan.

Menerusi 208 penerbangan mingguan, beliau menggambarkan AirAsia sebagai tiang utama rangkaian penerbangan Pulau Pinang selain memainkan peranan penting dalam menjadikan negeri itu sebagai hab pelancongan dan perniagaan antarabangsa.

Beliau berkata, laluan AirAsia menyumbang hampir satu pertiga daripada 640 penerbangan mingguan di Pulau Pinang yang memberi sumbangan signifikan kepada pertumbuhan rangkaian penerbangan.

Pada waktu ini, Pulau Pinang mempunyai penerbangan terus ke 16 bandar antarabangsa iaitu Guangzhou, Xiamen, Hong Kong, Dubai, Singapura, Bangkok, Phuket, Medan, Jakarta, Surabaya, Banda Aceh, Taipei, Ho Chi Minh City, Shanghai, Haikou (penerbangan sewa) dan Shenzhen.

Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, b...
31/10/2024

Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.61 mata atau 0.29 peratus kepada 1,615.08 daripada 1,610.47 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka mengukuh 1.90 mata kepada 1,612.37 dan bergerak antara 1,609.70 dan 1,619.05 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen dalam pasaran meluas tidak terlalu memberangsangkan dengan kaunter rugi hanya sedikit melebihi kaunter untung iaitu 497 berbanding 490 manakala 511 kaunter tidak berubah, 982 tidak diniagakan dan 123 digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.48 bilion unit bernilai RM2.26 bilion berbanding 2.45 bilion unit bernilai RM2.21 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, berkata walaupun prestasi pasaran hari ini adalah positif, sentimen kekal berhati-hati berikutan tempoh pelaporan pendapatan suku ketiga yang semakin hampir untuk saham tempatan dan aliran keluar bersih asing yang berterusan.

"Pelabur juga sedang menunggu keputusan suku tahunan daripada firma teknologi utama termasuk Apple, Microsoft, Google, Amazon, dan platform Meta. Sekiranya keputusan ini memenuhi jangkaan pasaran, ia boleh memberikan rangsangan tepat pada masanya kepada sentimen, berpotensi memberikan kestabilan selanjutnya kepada pasaran tempatan," katanya kepada Bernama.

Dari segi petunjuk ekonomi, Mohd Sedek berkata pelabur akan memantau dengan teliti Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras Amerika Syarikat (AS), data pekerjaan AS dan Indeks Pengurus Pembelian pembuatan China minggu ini.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI meningkat semula hari ini dalam belian semasa harga rendah, terutama dalam saham tenaga, telekomunikasi, perladangan dan perbankan.

"Indeks serantau utama turut bergerak lebih tinggi, dengan pembelian terutama dalam saham teknologi berikutan petunjuk positif dalam tempoh semalaman daripada Wall Street. Selain itu, terdapat harapan bahawa ketegangan geopolitik di Timur Tengah tidak bertambah buruk," katanya.

Pak Leng berkata, walaupun ekuiti Malaysia mengalami tekanan menurun dalam jangka pendek, asas ekonomi yang kukuh, pelaburan langsung asing yang berterusan, petunjuk ekonomi yang bertambah baik dan penilaian yang menarik dijangka menarik minat dalam belian semasa harga rendah pada masa akan datang.

"Walaupun sentimen pasaran telah memperlihatkan sedikit peningkatan, kami berhati-hati dan mengakui jangkaan pelabur yang berbeza-beza. Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran kekal dalam konsolidasi dan bergerak antara 1,610 dan 1,630 untuk tempoh berbaki minggu ini," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maxis menambah 18 sen kepada RM3.80, CIMB dan YTL Power masing-masing menokok tujuh sen kepada RM8.09 dan RM3.13 manakala Maybank, Sime Darby dan Tenaga Nasional masing-masing meningkat enam sen kepada RM10.46, RM2.45 dan RM14.06.

OB Holdings yang baru disenaraikan meningkat satu sen kepada 25 sen, Capital A naik setengah sen kepada 99 sen, Talam Transform susut setengah sen kepada dua sen dan MyEG berkurangan 1.5 sen kepada 86.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.11 mata kepada 12,179.95, Indeks FBMT 100 naik 21.86 mata kepada 11,889.33 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 13.19 mata kepada 12,148.37.

Bagaimanapun, Indeks FBM 70 rendah 12.21 mata kepada 17,633.50 dan Indeks FBM ACE menyusut 8.11 mata kepada 5,032.28.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 33.53 mata kepada 19,158.95, Indeks Perladangan meningkat 25.05 kepada 7,335.34 manakala Indeks Tenaga rendah 1.61 mata kepada 835.96 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.60 mata kepada 174.95.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.34 bilion unit bernilai RM2.0 bilion daripada 1.27 bilion unit bernilai RM1.94 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran susut kepada 668.37 juta unit bernilai RM107.01 juta daripada 683.45 juta unit bernilai RM94.25 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menguncup kepada 447.69 juta unit bernilai RM151.19 juta berbanding 500.44 juta unit bernilai RM183.05 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 232.47 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (222.78 juta), pembinaan (77.03 juta), teknologi (181.69 juta), S**C (sifar), perkhidmatan kewangan (88.49 juta), hartanah (250.1 juta), perladangan (33.01 juta), REIT (15.09 juta), dana tertutup (46,100), tenaga (104.51 juta), penjagaan kesihatan (28.1 juta), telekomunikasi dan media (23.64 juta), pengangkutan dan logistik (18.66 juta), utiliti (68.40 juta), dan amanah perniagaan (53,800).

Address

NO 94 LALUAN JATI 2 TAMAN SRI MERU
Ipoh
30020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diann Goetz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category