03/01/2026
Bayangkan bertahun hidup bahagia dan setia dengan suami, tapi semuanya musnah sekelip mata bila suami balik rumah bawa isteri baru. Hancur luluh hati seorang isteri bila pengorbanan dia selama ini dibalas dengan lafaz talak tiga tanpa belas kasihan.
Bukan setakat dicerai, bekas suami yang kononnya orang dihormati tu siap nak lepas tangan tak nak bagi nafkah langsung. Memang sakit hati tengok nasib Shazia yang terpaksa menanggung perit dikhianati dan dipijak maruahnya macam tu saja.
Tapi jangan ingat wanita lemah akan terus diam dan mengalah bila ditindas. Shazia bangkit lawan balik dan heret bekas suami dia naik turun mahkamah demi menuntut keadilan untuk dirinya dan anak anak.
Perjalanan kes ini memang penuh dengan emosi sebab ia diinspirasikan dari kisah benar yang pernah gemparkan satu negara dulu. Lakonan Yami Gautam dengan Emraan Hashmi dalam cerita ni memang menjadi sampai kita yang tengok pun rasa nak marah dan geram sekali.
Kalau korang nak tahu macam mana kesudahan perbicaraan yang penuh drama ni, korang kena tonton sendiri filem Haq. Filem yang sarat dengan pengajaran ni korang dah boleh layan sekarang dekat Netflix.