Peniaga Dan Penjaja Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor

Peniaga Dan Penjaja Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor Tapak Penjaja Taman Air Biru, adalah 1 kwsn yang diwujudkan berniaga segala makanan & minuman!

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ο·Ί πŸŒ™Assalamualaikum w.b.t.Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperingati ...
24/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ο·Ί πŸŒ™

Assalamualaikum w.b.t.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mencontohi akhlak, sunnah dan perjuangan Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kasih dan selawat kita kepada Rasulullah SAW sentiasa subur di hati, serta mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. 🀲🏻

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ο·Ί

🌹 Allahumma Solli β€˜Ala Muhammad 🌹

Ikhlas daripada,
Persatuan Peniaga & Penjaja Taman Air Biru

Assalamualaikum & Salam SejahteraKami Persatuan Peniaga & Penjaja Taman Air Biru mengucapkan ribuan terima kasih kepada ...
15/06/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kami Persatuan Peniaga & Penjaja Taman Air Biru mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor atas bantuan BKJ yang disalurkan kepada peniaga & penjaja kecil. Bantuan ini amat bermakna dan meringankan beban kami. Semoga Allah membalas jasa baik YAB.

Terima kasih πŸ™

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H πŸŒ™PPPTAB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semoga segala ibadah k...
27/05/2026

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H πŸŒ™

PPPTAB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga segala ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT serta membawa keberkatan, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah buat kita semua. 🀲✨

Semoga ukhuwah terus erat, hati sentiasa ikhlas dan kehidupan sentiasa dirahmati.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin πŸ„πŸ

Ikhlas daripada,
Persatuan Peniaga & Penjaja Taman Air Biru

πŸŒ™βœ¨ KEMERIAHAN HARI PERTAMA BAZAR RAMADHAN TAMAN AIR BIRU 2026 βœ¨πŸŒ™Alhamdulillah, hari pertama Bazar Ramadhan Taman Air Bir...
19/02/2026

πŸŒ™βœ¨ KEMERIAHAN HARI PERTAMA BAZAR RAMADHAN TAMAN AIR BIRU 2026 βœ¨πŸŒ™

Alhamdulillah, hari pertama Bazar Ramadhan Taman Air Biru berlangsung dengan penuh kemeriahan!
Seawal jam 4 petang lagi pengunjung sudah mula memenuhi tapak bazar untuk mendapatkan juadah berbuka puasa. Pelbagai pilihan makanan dan minuman yang menarik menjadi tumpuan – dari menu tradisional hinggalah ke menu viral terkini 😍

Terima kasih kepada semua peniaga yang memberi kerjasama terbaik serta pengunjung yang hadir memeriahkan suasana.
Semoga Bazar Ramadhan Taman Air Biru tahun ini terus meriah, dipermudahkan segala urusan dan diberkati sepanjang bulan yang mulia ini 🀲

πŸ“ Jumpa lagi esok! Datang awal supaya tak terlepas juadah kegemaran anda!




18/02/2026

πŸŒ™ Salam Ramadan Al-Mubarak πŸŒ™

Persatuan Peniaga & Penjaja Taman Air Biru ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam.
Semoga Ramadan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan kesejahteraan buat kita semua. Didoakan agar setiap amal ibadah yang dilaksanakan diterima serta dikurniakan kekuatan dan kesihatan sepanjang menjalani ibadah puasa.
Semoga bulan yang mulia ini juga mempereratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti kita.

Ramadan Kareem. ✨

Sekitar suasana Hari Pengundian Tapak Bazar Ramadhan 2026 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Perjiranan 9.πŸŽ‰ Tahniah d...
04/02/2026

Sekitar suasana Hari Pengundian Tapak Bazar Ramadhan 2026 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Perjiranan 9.

πŸŽ‰ Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat tapak!

Semoga Bazar Ramadhan tahun ini berjalan lancar dan dimurahkan rezeki buat semua peniaga.
Jumpa nanti di Bazar Ramadhan Taman Air Biru 2026! πŸŒ™βœ¨

πŸ“’ PEMBERITAHUAN PENTINGAssalamualaikum dan salam sejahtera.Untuk makluman semua, bonggol jalan di kawasan tapak penjaja ...
02/02/2026

πŸ“’ PEMBERITAHUAN PENTING

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk makluman semua, bonggol jalan di kawasan tapak penjaja telah siap dibuat dan kini hanya menunggu proses mengecat sahaja dalam masa terdekat.

Oleh itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya :
βœ… Berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut
βœ… Memperlahankan kenderaan demi keselamatan bersama

Terima kasih atas kerjasama semua. πŸ™

πŸ“’ PENGUMUMAN RASMI – HARI UNDIAN TAPAK BAZAR RAMADHAN TAMAN AIR BIRU 2026 πŸ“’Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumk...
30/01/2026

πŸ“’ PENGUMUMAN RASMI – HARI UNDIAN TAPAK BAZAR RAMADHAN TAMAN AIR BIRU 2026 πŸ“’

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan kepada semua peniaga yang ingin berniaga di Bazar Ramadhan Taman Air Biru 2026, sesi undian tapak akan diadakan seperti berikut :

Hari : Rabu
Tarikh: 4 Februari 2026
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Gelanggang Futsal, Perjiranan 9, Taman Air Biru

Sila hadir tepat pada masanya bagi memastikan proses undian berjalan lancar.

πŸŽ’πŸ“š SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!Selamat Kembali Ke Sekolah kepada semua adik-adik pelajar. Semoga terus bersemangat, rajin...
12/01/2026

πŸŽ’πŸ“š SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

Selamat Kembali Ke Sekolah kepada semua adik-adik pelajar. Semoga terus bersemangat, rajin belajar dan capai impian masing-masing.

Jangan lupa jaga disiplin, hormat guru dan sentiasa buat yang terbaik πŸ’ͺ✨

πŸ“– Belajar rajin-rajin
🎯 Kejar cita-cita
😊 Jadi anak yang membanggakan

Selamat maju jaya semua!

Ikhlas daripada :
Persatuan Peniaga & Penjaja Taman Air Biru

Address

Taman Air Biru
Johor Bahru
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peniaga Dan Penjaja Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share