chenab nasik keghabu

chenab nasik keghabu nasi kerabu original kelantan

nasi kerabu lauk ayam percik????jangan lupa 1 jun ini..chenab nasik keghabu bakal menyedikan lauk baharu..meh pakat rasa...
08/05/2024

nasi kerabu lauk ayam percik????
jangan lupa 1 jun ini..
chenab nasik keghabu bakal menyedikan lauk baharu..
meh pakat rasa di chenab nasik keghabu

AKAN DATANG JUN INI!!sebuah resepi baharu dari chenabyang bakal meriahkan lagi pinggan anda.. chenab nasik keghabu
08/05/2024

AKAN DATANG JUN INI!!
sebuah resepi baharu dari chenab
yang bakal meriahkan lagi pinggan anda..


chenab nasik keghabu

INGIN MAKAN NASI KERABU ASLI !! TAPI TAK TAHU NAK BELI MANA???mai dapatkan nasi kerabu ayam bakar denga harga (RM 5 shaj...
24/04/2024

INGIN MAKAN NASI KERABU ASLI !!
TAPI TAK TAHU NAK BELI MANA???

mai dapatkan nasi kerabu ayam bakar
denga harga (RM 5 shaja) di chenab nasik keghabu..
perhidmatan penghantaran percuma di area berdekatan..

sila tekan link wasap yang disediakan..
kalau berminat wasap.my/601425567789

NASIK KEGHABU ORIGINAL KELANTAN..MEH CUBA BARU TAHU ..KALAU BERMINAT SILA HUBUNGI : 0121616060NASI KERABU DAGING (RM 8) ...
24/04/2024

NASIK KEGHABU ORIGINAL KELANTAN..
MEH CUBA BARU TAHU ..
KALAU BERMINAT SILA HUBUNGI : 0121616060

NASI KERABU DAGING (RM 8)
NASI KERABU IKAN (RM5)
NASI KERABU AYAM (RM 5)
NASI KERABU BIASA (RM 4)
+SOLOK (RM 2)
+TELUR MASING (RM 2)
+NASI LEBIH (RM 2)

TUGASAN SAHAJA..

17/04/2024

Assalamualaikum...
minggu ini akak masak nasi kerabu... dengan tunjuk ajar kakak ipar orang kelantan.

SET MENU NASI KERABU

NASI BIRU
KUAH TUMIS/SAMBAL SANTAN
ULAM-ULAMAN
SAMBAL CILI
DAGING BAKAR KELANTAN
IKAN GORENG CELUP TEPUNG
SOLOK LADA
JERUK BAWANG PUTIH
AYAM PERCIK KELANTAN
BUDU..hihi (kena belajar makan budu nie)

LIKE kalau s**a MOHON IZIN SHARE.
SEMOGA DIBERKATI DAN BERMANFAAT. TQ drp
SEHARUM DAPUR BONDA KC

Menu 1
NASI BIRU

Bahan-bahan untuk nasi:

1 genggam penuh bunga telang - rendam dalam air secukupnya (kalau tak dapat cari bunga telahng – gunakan beberapa titik pewarna biru)
2 1/2 cawan beras (basmati) atau beras biasa
3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (s**atan ikut jenis beras yang digunakan)
4 helai daunlimau purut - bersihkan dan carik-carikkan
1 batang serai - titik

Cara-caranya:

1.Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2.Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
3.Tanak hingga nasi masak.

Menu 2

KUAH TUMIS/SAMBAL SANTAN
Sambal boleh tuang atas ayam goreng ketika menghidang.

Bahan-bahannya:

7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 labu bawang besar
15 tangkai cili kering
1 cm halia
Kisar bahan-bahan di atas.

2 cawan santan pekat
1 batang serai – dititik
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu -
Garam (agak-agak la jangan masin ye)

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis serai sehingga harum. Masukkan bahan tumbuk. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.

Menu 3
SAMBAL KELAPA/SAMBAL KERISIK IKAN

1 ekor ikan kembung - direbus dan asingkan isi
1/2 biji kelapa - goreng tanpa minyak(sangai)
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 batang serai
Garam
Gula

Cara:
1.Panaskan kuali. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2.Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.

Menu 4

Ulam-ulaman:
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Cara:

Hiris halus kesemua ulaman

Menu 5

SAMBAL CILI

1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya. Boleh masukkan dalam botol kedap udara dan simpan dalam peti ais.

Menu 6
Daging Bakar Kelantan

Bahan bahan:
1 kg daging
2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
5 biji cili kering
3 biji bawang besar
2 sb jintan putih
1 sb jintan manis
6 batang serai
2 1/2 sb gula pasir (lagi sedap guna gula Melaka)
11/2 sb garam

Cara cara:
Basuh daging dan tos dalam 2 jam supaya air benar benar kering.

Kisar semua dengan menggunakan sedikit sahaja air untuk menggerakkan blender.

Perap selama 2-3 jam sebelum daging dibakar di atas dapur arang. Semasa dibakar, renjiskan sedikit minyak. Selepas masak, hiriskan daging nipis nipis dan dihidangkan dengan nasi kerabu.

Menu 7

IKAN GORENG CELUP TEPUNG

Bahan-bahannya:
5 ekor ikan kembung-bersihkan
1 helai daun kunyit- dihiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
1butir telur
½ cawan air
Garam secukupnya
Sedikit minyak untuk mengoreng

Cara-cara membuat:
1. Satukan tepung gandum, serbuk kunyit, telur,daun kunyit,garam dan air di dalam mangkuk. Kacau rata hingga sebati
2. Sekiranya adunan pekat, tambahkan sedikit air.
3. Celupkan ikan dan goreng hingga garing

Menu 8

SOLOK LADA

Bahan-bahannya:

4 ekor ikan kembung- direbus dan diambil isinya
3 ulas bawang merah- dihiris
Garam & gula secukupnya
Cili hijau secukupnya

Cara-cara membuat:
1. Rebus ikan hingga masak, asingkan tulang kemudian ambil isi dan ditumbuk halus.
2. Kemudian, gaulkan bersama kelapa parut, sedikit garam dan bawang merah.
3. Ambil cili hijau, kemudian belah ditengah-tengahnya. Sumbatkan isi ikan ke dalamnya.
4. Susun dalam periuk kukus. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.

Menu 9
JERUK BAWANG PUTIH

Bahan-bahannya:
20 labu bawang putih.-cuci bersih tapi jangan kopek kulitnya.Kukus hingga masak.
1 cawan cuka
2 cawan air
1/2 cawan gula
4 tbsp garam

Menu 10

AYAM PERCIK KELANTAN

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4

Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis baru sedap pada akak la
1/4 keping asam keping

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Boleh juga dikukus ayam terlebih dahulu supaya cepat masak. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Jirus atas ayam semasa menghidang.

Ok . Boleh pilih nak lauk yang mana ketika menikmati nasi kerabu kita tu.
ayam percik dan daging bakar paling laku.

Lauk Pauk:(pilihan sendiri
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
daging goreng @ ayam goreng
Keropok @ keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa2 aja yang dis**ai

Cara menghidang:
1.letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
4.Jika s**a letakkan p**a sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.

Asal-usul Nasi Kerabu :Nasi Kerabu, juga dikenali sebagai khao yam di Thailand, adalah makanan yang berasal dari kawasan...
20/03/2024

Asal-usul Nasi Kerabu :

Nasi Kerabu, juga dikenali sebagai khao yam di Thailand, adalah makanan yang berasal dari kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga wilayah-wilayah di Selatan Thailand. Ia merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau Ayam Percik, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kes**aran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba dalam menjadikan warna nasi menjadi hitam.

Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.

Nasi kerabu amat pop**ar di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.

Nasi kerabu juga enak dimakan bersama keropok goreng.

SILA LIKE,KOMEN DAN SHERE untuk matlumat lanjut tentang
nasi kerabu....selamat beramal...

Address

Kampung Jeli

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when chenab nasik keghabu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to chenab nasik keghabu:

Share

Category