11/05/2024
Diari seorang guru #1.0
Alhamdulillah3x.
Bulan yang paling mencabar sepanjang perkhidmatan menjadi seorang guru.
3 & 6 Mei Siapkan fail panitia dan segala dokumen yang Jemaah Nazir minta dari tahun 2021-2023- dari 1 fail terus siap 8 fail, pengetua lama guna 1 fail, pengetua baru minta 8 fail
7 Mei Jemaah Nazir turun dari Putrajaya untuk memantau Pengurusan Panitia Matematik dan Pengurusan sekolah
8 Mei Di interview selama 2 jam 25 minit oleh Jemaah Nazir, segala evidens panitia kena diserahkan
10 Mei Bertugas merentas desa bahagian check point dan BSMM (nama di dua tempat mksudnya badan kena bahagi dua😅), balik rumah, siapkan headcount SPM ikut tapak JPN sedia ada, daftar murid BSMM dalam sistem mrcs, buat sijil pembantu murid untuk merentas desa, kertas kerja mohon first aid kit & laporan PLC panitia matematik. 9.30 malam baru setel semuanya.
11 Mei Bertugas ketua pencatat minit mesyuarat agung PIBG kali ke-28 - rakam & take note isi penting
12 Mei Siapkan soalan peperiksaan pertengahan tahun Ting 4 Kertas 2
Penuh jadual yang bernama seorang guru. Walaupun tugas sampingan begitu banyak, tugas hakiki (mengajar) yang paling utama.
Semoga Allah memberkati pekerjaan dan usaha kami sebagai seorang guru. Aminn🤲🏻
Pagi tadi kawan tegur nampak kurus🤣
Balik dari sekolah tu terus makan Nasi Kandar Hameediyah🤤
Okay bye!