20/07/2026
Apa langkah pertama nak kena buat kalau nak anak kita masuk asrama penuh?
Kena ambil exam PKSK (Peperiksaan Kemasukan Sekolah Khusus) atau bagi anak2 yg tak bersekolah di fasiliti kerajaan, kena ambil UKKM (Ujian Kecenderungan Ke MRSM) dulu la jawabnya...
Sejak tahun 2021, iaitu apabila peperiksaan UPSR dimansuhkan pada tahun 2020 dan PT3 p**a dimansuhkan beberapa tahun kemudian, kemasukan ke sekolah khusus (Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) sepenuhnya berteraskan merit yang diperoleh dalam kedua-dua jenis ujian ini.
Markah PAJSK, PBD, Sosioekonomi keluarga (B40, M40, T20) pun ada memainkan peranan.
Tapi yang tiga-tiga ni (PAJSK, PBD, Sosioekonomi keluarga) memang ada disediakan dan dah direkodkan oleh pihak sekolah anak-anak kita kan... data dah ada siap-siap dalam sistem KPM.
Hanya exam PKSK (atau UKKM bagi kategori seperti yg disebut di atas) ni sahaja yang membezakan layak atau tidak anak-anak kita nak memohon ke sekolah berasrama penuh atau MRSM ni. Sebab apa kami kata yang membezakan?
Sebab, kalau anak-anak kalian tak ambik exam PKSK atau UKKM, secara istilahnya, anak kalian memang totally tak layaklah nak apply masuk asrama penuh. Tak kiralah anak kalian best student tahap macam mana pun kat sekolah rendah atau lower form tu, tapi kalau tak ambik exam PKSK atau UKKM, memang bak kata orang Nismilan, "takdapeklah den nak nolong do..."
Jadi, soalan seterusnya, BILA p**a exam PKSK atau UKKM ni biasanya dijalankan?
Berdasarkan info sedia ada:
∆ permohonan untuk menduduki exam PKSK pada tahun 2026 ini bakal bermula pada 10 Julai hingga 14 Ogos
∆ kemudian semakan pusat exam bermula September nanti
∆ dan seterusnya sesi exam akan bermula sekitar hujung September bagi murid yg memohon ke tingkatan 4, manakala bagi murid yg memohon ke tingkatan 1, sesi exam akan bermula pada bulan Oktober nanti.
Jadi, untuk pastikan anak kalian berpeluang dinilai samada layak atau tak untuk masuk ke dalam sistem sekolah berasrama penuh, pastikan kawan-kawan alert dengan tarikh mohon, tarikh semakan pusat exam dan yg penting sekali tarikh exam tu sendiri.
Pastikan kalian tak terlepas tarikh exam ya, lagi-lagi jika anak kalian memang boarding school material dan dilihat berpotensi untuk berada dalam sistem SBP atau MRSM.
InsyaAllah, semoga dipermudah urusan semuanya.
Good luck!
Dah, jom, minum air mineral sejuk dulu bagi hilang nervous isi borang :)
*** Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka ia berada di jalan Allah hingga ia p**ang," - HR Tirmidzi