Nasi Ayam Kulaan

Nasi Ayam Kulaan Disclaimer: This page were created for academic purpose. All item is not for sale. I need your help

TEKA BETUL, DAPAT MAKAN PERCUMA!Hai hai hai!! N.A.K rasa macam nak buat teka teki lah.. Baru seronok sambil-sambil tengo...
09/06/2021

TEKA BETUL, DAPAT MAKAN PERCUMA!

Hai hai hai!! N.A.K rasa macam nak buat teka teki lah.. Baru seronok sambil-sambil tengok Facebook waktu sekarang ini, kita main teka-teka. Terlebih dahulu terima kasih kerana menjadi pelanggan yang sentiasa menyokong dan sentiasa mempercayai produk atau menu keluaran daripada Nasi Ayam Kulaan. InshaAllah kami akan sentiasa memperbaikki mutu masakan kami dari semasa ke semasa.

Baiklah, anda semua berpeluang untuk membawa p**ang 1 set menu daripada Nasi Ayam Kulaan jika berjaya menjawab soalan daripada kami. Pilihan menu tesebut ialah Nasi Ayam Geprek atau Nasi Ayam Panggang. Namun, hanya 5 orang terawal yang menjawab dengan betul sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang.

Bagaimana nak sertai?

Langkah 1: LIKE dan FOLLOW di Facebook
Langkah 2: Jawab soalan berikut: Apakah maksud Kulaan?
Langkah 3: Kongsikan post ini dan tag tiga sahabat anda untuk ajak makan percuma sekali!!

Pertandingan meneka ini akan tamat pada 10/6/2021, 11:59 pm. 5 orang pemenang akan diumumkan pada hari berikutnya. Semoga Berjaya!

Sebarang pertanyaan boleh dibuat di:
https://www.facebook.com/NasiAyamKulaan/

ALATAN UNTUK MEMBUAT SAMBAL GEPREK 🌶🔥Hai semua! Hari itu ada yang bertanya, bagaimana kalau tidak ada alatan untuk mengg...
09/06/2021

ALATAN UNTUK MEMBUAT SAMBAL GEPREK 🌶🔥

Hai semua! Hari itu ada yang bertanya, bagaimana kalau tidak ada alatan untuk menggeprek? Jangan risau, mari sini kami kongsi alternatif lain untuk menggeprek sambal!

1. Lesung Cobek

Lesung cobek merupakan alatan yang aslinya digunakan untuk membuat sambal geprek. Lesung cobek ialah alatan yang paling sesuai digunakan kerana ia akan memberi tektur samal yang sedikit kasar dan tidar terlalu lumat. Cara menggunakannya adalah dengan menggesek atau lenyekkan bahan yang sudah diletakkan di dalam cobek dengan menggunakan ulek. Lesung cobek ini berbentuk l***r dan terdapat pelbagai saiz. Bentuk yang l***r kan memudahkan kerja melenyek cili atau bawang.

2. Pencincang tangan (Hand chopper)

Lesung cobek jarang digunakan oleh masyarakat Malaysia. Sebagai alternatif lain untuk membuat sambal geprek, anda boleh menggunakan pencincang tangan atau “hand chopper”. Alat ini sangat senang digunakan kerana setelah meletakkan bahan-bahan di dalam bekas pengisar, kita hanya perlu menari picu “hand chopper” untuk mula mengisar sambal. Pengisar ini juga akan memberi tektur sambal yang kasar dan tidak terlalu lumat. Alatan ini sangat praktikal kerana boleh menggelakkan tangan berasa pijar akibat terkena pedas cili. Namun, anda perlu memastikan bekas “hand chopper” tahan minyak panas kerana bahan-bahan dikisar perlu digaul dengan minyak panas kalau mahu membuat sambal geprek.

3. Pengisar makanan

Anda juga boleh menggunakan pengisar atau “blender”. Namun, bahan-bahan tidak perlu dikisar terlalu lama bagi mendapatkan tektur yang sedikit kasar. Selepas itu, bahan yang dikisar perlu di dikeluarkan dan jiruskan dengan minyak panas di dalam bekas lain.

SELAMAT MENCUBA SEMUA! 🌹

Jika anda inginkan tips atau informasi berguna, sila LIKE dan FOLLOW
https://www.facebook.com/NasiAyamKulaan/

08/06/2021

RESEPI SAMBAL GEPREK PADU

Assalamualaikum semua! Kalau hari itu Nasi Ayam Kulaan kongsi kepada anda semua resepi ayam goreng rangup “HOT & SPICY”. Kali ini kami nak kongsi tentang cara membuat sambal geprek padu p**a.

Sebelum kita mula, sambal geprek berbeza dengan sambal penyet. Kalau sambal penyet, sambal yang ditumbuk kasar perlu dimasak dua kali di atas api. Namun, sambal geprek hanya perlu letak minyak panas sahaja. Seterusnya, aslinya sambal geprek perlu digaul dengan ayam. Jom kita mulakan !

Bahan-bahan:
• Cili Padi
• Cili Besar (dicincang kasar)
• Bawang Putih
• Kacang Gajus
• Minyak panas bekas ayam goreng

Cara-caranya:
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung
2. Tumbuk lumat semua bahan menggunakan lesung.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan p**a minyak bekas goreng ayam yang sedang panas.
5. Gaul rata

Dah siap! Senang bukan?

Sedikit tips untuk membuat sambal geprek iaitu gunakan minyak paling panas dari kuali supaya sambal tu masak. Jadi, cili yang ditumbuk tidak terlalu mentah. InshaAllah perut anda juga selamat. Anda boleh masukkan cili mengikut tahap kepedasan yang anda inginkan. Ingat ya, jangan lupa jaga kesihatan perut walaupun terlalu asyik makan makanan pedas. Ok? Selamat mencuba semua!!

Untuk info lebih menarik lagi sila LIKE DAN FOLLOW NASI AYAM KULAAN. 🔥🥵
https://www.facebook.com/NasiAyamKulaan

Sumber: https://dailymakan.com/resipi-sambal-ayam-geprek-original-jogjakarta/36757/

PENGHANTARAN PERCUMA SEMPENA 6.6 🥳Halo semua! Nasi Ayam Kulaan juga tidak terkecuali dengan promosi 6.6 hari ni tau! Jad...
06/06/2021

PENGHANTARAN PERCUMA SEMPENA 6.6 🥳

Halo semua! Nasi Ayam Kulaan juga tidak terkecuali dengan promosi 6.6 hari ni tau! Jadi, sesiapa yang buat pesanan dengan kami pada hari ini, anda akan dapat penghantaran secara percuma. Tiada sebarang cas tambahan untuk penghantaran untuk hari ini. Penghantaran percuma diberi kepada semua tanpa ada limit pesanan. Maksudnya, penghantaran percuma tidak mengira kuantiti pesanan anda !!

Kami ada dua menu untuk dipilih untuk makan tengahari dan makan malam. Kalau anda mencari sesuatu yang pedas dan ayam goreng rangup tiada tandingan, anda boleh cuba Nasi Ayam Geprek. Nasi Ayam Geprek kami terdiri daripada nasi putih hangat dimakan bersama dengan ayam goreng bersalut tepung serta sambal geprek yang padu! Jangan risau, inshaAllah sambal geprek kami boleh dinikmati oleh semua. Seterusnya, sajian ini akan dilengkapi dengan salad segar yang akan menjadi pengimbang rasa Nasi Ayam Geprek. Memang sedap! 🔥🌶

Menu kedua merupakan Nasi Ayam Panggang daripada N.A.K. Anda akan menikmati ayam panggang yang diperap dengan rempah ratus dan daging ayam akan dipanggang di atas bara arang. Bara arang akan menaikkan lagi aroma panggang daging ayam. Sebagai karbohidrat sajian, nasi ditanak dengan ramuan untuk memberi rasa kepada nasi. Sup, sambal merah dan sos kicap juga tersedia sebagai penambah rasa Nasi Ayam Panggang. Sajian ini juga akan dilengkapi dengan salad dan tomato segar!! Wah, mesti kenyang kalau makan!! 🍗😋

‼️ RM6 SAHAJA untuk setiap menu.

💯 HARGA BERPATUTAN
💯 SANGAT MENGENYANGKAN
💯 LAZAT DAN BERSELERA

Jadi tunggu apa lagi? Hari ini sahaja penghantaran diberikan secara percuma kepada semua. Jangan lepaskan peluang anda. 🚗💨

WHATSAPP ATAU DM KAMI SEGERA!!
👍 FB: https://www.facebook.com/NasiAyamKulaan
📲WHATSAPP: https://wa.link/rzd5c2

RESEPI AYAM GORENG RANGUP "HOT & SPICY" Hai semua! Hari ini saya akan kongsikan cara-cara untuk membuat ayam goreng rang...
05/06/2021

RESEPI AYAM GORENG RANGUP "HOT & SPICY"

Hai semua! Hari ini saya akan kongsikan cara-cara untuk membuat ayam goreng rangup “HOT & SPICY”. Jom kita mulakan !

Step 1: PERAPAN AYAM GORENG “HOT & SPICY”

Bahan-Bahan:
2kg ayam mentah (potong 8/12)
2 liter air sejuk
20gm garam halus
20gm chicken stock
20gm serbuk cili (tambah jika mahu pedas lagi)
15gm serbuk lada putih
6gm CMC

CARA- CARA:
1. Masukkan semua bahan kering
2. Masukkan air dan kacau sebati
3. Cairkan cmc dengan air suam
4. Masukkan cmc dalam air perapan
5. Masukkan ayam dan kacau
6. Perap selama 30-60 minit (nak lagi lama pun boleh dan simpan ke dalam peti sejuk)

STEP 2: MENGGORENG AYAM
Gorengkan ayam ke dalam minyak yang betul betul panas dan angkat apabila ayam sudah bertukar warna kuning keemasan. Ayam goreng rangup “HOT & SPICY” sedia untuk dihidang!
Kami berharap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua! Lepasni boleh lah buat ayam goreng yang rangup dekat rumah.

Untuk info lebih menarik lagi sila LIKE DAN FOLLOW NASI AYAM KULAAN. 🔥🥵
https://www.facebook.com/NasiAyamKulaan

“SIS KALAU BOLEH NAK AYAM LEBIH RANGUP LAGI”Selamat Pagi semua!! Pagi ni kami nak kongsi “feedback” dan “respond” daripa...
05/06/2021

“SIS KALAU BOLEH NAK AYAM LEBIH RANGUP LAGI”

Selamat Pagi semua!! Pagi ni kami nak kongsi “feedback” dan “respond” daripada pelanggan yang dah cuba menu Nasi Ayam Geprek daripada Nasi Ayam Kulaan. Terima kasih untuk semua maklum balas daripada kalian semua. Kami sangat memerlukan “feedback” daripada anda semua untuk kami tambah baik produk kami.

Seorang pelanggan kami telah memberi maklum balasnya untuk kami tambahkan kerangupan ayam goreng. Ok, kami cuba menunaikan hasrat anda!

Jadi mari cuba Nasi Ayam Geprek dengan kerangupan ayam goreng yang lebih krup krap !! LEBIH RANGUP LEBIH NIKMAT !!

Dengan hanya RM 6 ringgit anda boleh dapatkan satu set Nasi Ayam Geprek daripada N.A.K

Penghantaran terus ke lokasi anda juga tersedia tetapi hanya untuk kawasan sekitar Kluang sahaja. Pesanan dibuka untuk makan tengahari dan makan malam. Jadi, tunggu apa lagi, cepat pesan sekarang! ❤

WHATSAPP ATAU DM KAMI SEGERA!!
👍 FB: https://www.facebook.com/NasiAyamKulaan
📲WHATSAPP: https://wa.link/rzd5c2

MENU VIRAL ‼️ MENU VIRAL ‼️Dah cuba menu viral daripada Nasi Ayam Kulaan ke belum? Eh… tak kan belum lagi. Menu viral ni...
04/06/2021

MENU VIRAL ‼️ MENU VIRAL ‼️

Dah cuba menu viral daripada Nasi Ayam Kulaan ke belum? Eh… tak kan belum lagi. Menu viral ni.. rugi tak cuba. Rasakan kerangupan ayam goreng bersalut tepung. Sambal geprek yang pedas sensasi.

FUHH MANTAP 😋

🔥NASI AYAM GEPREK 🔥
🔥RM 6 SAHAJA🔥

Pesanan dibuka untuk makan tengahari dan makan malam. Nasi Ayam Geprek daripada N.A.K dijamin mampu memberi kepuasan kepada si pemakan. Jadi, tunggu apa lagi, pesan sekarang! ❤
Nasi Ayam Kulaan buka setiap hari untuk semua. COD dan penghantaran juga tersedia tetapi hanya untuk kawasan sekitar Kluang sahaja.

WHATSAPP ATAU DM KAMI SEGERA!!
👍 FB: https://www.facebook.com/NasiAyamKulaan
📲WHATSAPP: https://wa.link/rzd5c2

RAMAI MENGADU TAK SEMPAT NAK TAPAU MAKANAN SEBAB SEKARANG KEDAI TUTUP JAM 8PM !Janganlah risau kawan. Disebabkan ramai y...
04/06/2021

RAMAI MENGADU TAK SEMPAT NAK TAPAU MAKANAN SEBAB SEKARANG KEDAI TUTUP JAM 8PM !

Janganlah risau kawan. Disebabkan ramai yang minta untuk kami ambil tempahan makan malam, maka kami dari Nasi Ayam Kulaan akan menunaikan hasrat anda. Jadi, sekarang kami buka tempahan makan tengahari dan juga makan malam. Seronok bukan?!

🍗NASI AYAM PANGGANG RM6
🌶NASI AYAM GEPREK RM6

InshaAllah, kami akan terus memberikan yang terbaik buat semua pelanggan kami.

KENIKMATAN YANG TIDAK TERHINGGA💯
HARGA YANG BERBALOI💯

Buat pesanan anda sekarang! COD dan penghantaran juga tersedia tetapi hanya untuk kawasan sekitar Kluang sahaja. Penghantaran bermula pukul 6:30pm ya? Kami akan cuba menghantar pesanan anda tepat sebelum pukul 8pm.

Hubungi kami di:
👍 FB: https://www.facebook.com/NasiAyamKulaan
📲WHATSAPP: https://wa.link/rzd5c2

Address

Kluang
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Ayam Kulaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share