10/09/2026
☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiulawal 1448H☆
تَبَّتۡ یَدَاۤ أَبِی لَهَبࣲ وَتَبَّ * مَاۤ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ * سَیَصۡلَىٰ نَارࣰا ذَاتَ لَهَبࣲ * وَٱمۡرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ * فِی جِیدِهَا حَبۡلࣱ مِّن مَّسَدِۭ
"Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal" [Surah al-Masad 1-5]
saw sentiasa berdakwah menyeru agar beriman kepada Allah swt dalam setiap keadaan baginda; siang dan malam, secara sembunyi dan terang-terangan. Tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang, menolak, atau menghalangi baginda daripada berdakwah.
saw hadir di tengah manusia di tempat-tempat pertemuan mereka, di majlis-majlis mereka, di pasar-pasar, pada musim-musim perayaan, dan di tempat-tempat haji; baginda menyeru sesiapa sahaja yang ditemuinya sama ada orang merdeka atau hamba, orang lemah atau kuat, orang kaya atau miskin.
musyrikin Quraisy p**a berusaha menghalang dakwah baginda dengan menindas baginda dan para pengikut. Antara yang paling keras memusuhi baginda ialah bapa saudaranya sendiri, Abu Lahab (أبو لَهَبٍ), bersama isterinya Umm Jamil Hamālat al-Ḥaṭab (Arwa binti Ḥarb bin Umayyah), saudara perempuan Abu Sufyan.
bapa saudara baginda yang lain, Abu Ṭalib bin ‘Abdul Muṭṭalib, sangat menyayangi baginda, berbuat baik, melindungi, dan mempertahankan Baginda saw, serta menentang kaumnya dalam hal penentangan mereka itu, walaupun dia masih berada di atas agama mereka yang kafir.
Abu Ṭalib di atas agama kaumnya adalah sebahagian daripada hikmah Allah swt dan bentuk penjagaanNya terhadap RasulNya saw. Hal ini kerana sekiranya Abu Ṭalib memeluk Islam, nescaya dia tidak lagi memiliki kedudukan dan pengaruh di sisi kaum musyrikin Quraisy, dan mereka pun tidak akan segan serta menghormatinya lagi.
sirah meriwayatkan bahawa Quraisy pernah datang menemui Abu Ṭalib lalu berkata:
إنَّ ابنَ أخيك هذا قد آذانا في نادينا ومَسجِدِنا فانْهَهُ عنَّا". فقال: "يا عَقيلُ، انطلِقْ فأْتِني بمُحمَّدٍ
"Sesungguhnya anak saudaramu ini telah menyakiti kami di majlis kami dan di masjid kami. Laranglah dia daripada (melakukannya)"
Maka Abu Ṭalib berkata:
يا عَقيلُ، انطلِقْ فأْتِني بمُحمَّدٍ
"Wahai ‘Aqil, pergilah dan bawakan kepadaku Muhammad"
Lalu ‘Aqil mendatangkan Rasulullah saw pada waktu tengah hari, ketika panas terik. Setelah baginda sampai, Abu Ṭalib berkata:
إنَّ بني عمِّك هؤلاء زعموا أنَّك تُؤذيهم في ناديهم ومَسجدِهم؛ فانتَهِ عن أذاهم
"Sesungguhnya sepupu-sepupumu ini mendakwa bahawa engkau menyakiti mereka di majlis mereka dan di masjid mereka. Maka hentikanlah perbuatan itu"
Rasulullah saw pun mengangkat pandangannya ke langit, lalu bersabda:
تَرَونَ هذه الشَّمسَ؟
"Apakah kamu semua melihat matahari ini?" Mereka menjawab: "Ya"
Baginda berkata:
فما أنا بأقدَرَ أن أدَعَ ذلك منكم على أن تَشتَعِلوا منها بشُعلةٍ
"Aku sama sekali tidak lebih mampu meninggalkan dakwah ini berbanding kamu menyalakan api yang diambil dari matahari ini dengan satu nyalaan"
Maka Abu Ṭalib pun berkata:
واللهِ ما كَذَب ابنُ أخي قطُّ فارجِعوا
"Demi Allah, anak saudaraku ini tidak pernah berdusta walau sekali pun, maka p**anglah kamu"
♡Dakwah Nabi saw sentiasa mendapat tentangan dan sentiasa dihalangi daripada orang terdekat atau orang luar, namun dakwah tetap diteruskan dengan kental dan istiqamah. Contohilah Rasulullah saw dalam menyebarkan dakwah walaupun dihalang!!♡