27/10/2025
Mohon bertindak seperti pihak ber 'authority' Singapura. Tindakan pantas dan menjamin keselamatan cyber terhadap penjahat dan penipuan 'scammer' di Malaysia.
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM
Bank Negara Malaysia
Kementerian Komunikasi
Kes ni jadi kat Singapura. Ada seorang mangsa di Singapura hilang $1.1 juta dalam masa seminggu je sebab ditipu sindiket yang menyamar jadi pegawai Monetary Authority of Singapore (MAS).
Modus operandi dia licik: mula-mula pura-pura jadi staf syarikat telco M1, lepas tu kata akaun mangsa bocor dan akan dirujuk kepada MAS.
Dari situ, mangsa digasak kononnya ada siasatan, dan disuruh pindahkan duit untuk “selamatkan aset”.
Si mangsa siap beli jongkong emas $350,000, buka akaun kripto dan pindah ratus ribu dolar lagi ke akaun YouTrip dan PayNow yang dikawal scammer.
Lepas polis siasat, 24 orang berumur 15 hingga 34 tahun ditahan, manakala 9 lagi disoal siasat termasuk dua orang yang rupanya mangsa juga.
Duit tu p**a sempat dikeluarkan dari ATM luar negara pada hari sama! Sindiket ni nampak terancang gila, siap guna QR code, akaun kripto dan akaun sewa untuk cuci duit.
Nasihat polis Singapura, jangan percaya panggilan konon dari pegawai kerajaan, dan jangan sesekali pindahkan duit untuk “tujuan siasatan”.