Nour Habibi

Nour Habibi " Nour Habibi" The Original Taste Of Success! Kepakaran kami adalah menyediakan hidangan shawarma Waktu Operasi; Jam 2pm sehingga 6pm

Saya pakar dalam membantu penggemar makanan arab khususnya Shawarma, terbaik dari dapur NourHabibi...dengan tanpa rasa was-was tentang kelazatan serta kebersihan yang terjamin 100%.Di mana..kami menyediakan sendiri rempah ratus untuk perapan ayam shawarma,roti juga homemade,kentang goreng juga kami sediakan sendiri,sos yang sangat berlainan iaitu 'Garlic Sos"serta salad yang fresh...Patikan anda

jangan lepaskan peluang untuk mencuba Shawarma The Best In Town...Keluaran NourHabibi...

Lokasi kami: DI Taman Uda Murni,selepas masjid Taman Uda Murni.

27/06/2025

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

27 Jun 2025 (Jumaat)
1 Muharam 1447H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya الله di pagi Jumaat dan di tahun baharu 1447 Hijrah ini, kami amat bersyukur di atas segala kenikmatan yg telah Engkau limpah kurniakan kepada kami di sepanjang tahun 1446 Hijrah. Ya الله, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada-Mu semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya الله di sepanjang tahun baharu 1447 Hijrah ini, Engkau kurniakanlah kami kerahmatanMu, keberkatanMu dan keredhaanMu serta Engkau terimalah segala amal ibadah kami.

Ya الله, Engkau kurniakanlah kami kejayaan terbesar iaitu jauhkanlah kami daripada siksaan kubur dan siksaan api neraka dan masukkanlah kami ke dalam Syurga FirdausMu tanpa hisap. Ya الله masukkanlah kami dan keluarga kami ke dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami. Ya الله, kurniakanlah kepada kami kematian yang diberkati. Izinkanlah kami mengucapkan syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah kami syafaat Nabi Muhammad S.A.W. di Padang Mahsyar kelak.

Ya الله Engkau kurniakanlah kami termasuk ke dalam golongan yang berjaya & hidup berbahagia di dunia dan di akhirat.

Ya الله, limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah. Ya الله Engkau kurniakanlah kesembuhan yg segera kepada mereka yang sakit.

Ya الله, Engkau kurniakanlah kami dengan rezeki yg melimpah ruah lagi berkat, kesihatan & kebahagiaan yang berpanjangan, ilmu yg bermanafaat, umur yang panjang & berkat serta anak2 yang soleh & solehah yang sentiasa mentaati segala titah perintahMu & sentiasa mendoakan untuk kami.

Ya الله, Engkau rahmatilah hidup kami. Engkau kurniakanlah kami taufiq & hidayahMu agar kami sentiasa berada di landasan agama IslamMu sehingga ke akhir hayat kami.

Ya الله terimalah amalan kami & taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami di akhirat nanti yang kekal abadi, kurniakanlah kepada kami Syurga-Mu yang maha luas nikmatnya.

Ya الله, rahmatilah kami dengan Al-Quran. Jadikan Al-Quran sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya الله rezekikan kepada kami kemampuan untuk membacanya sepanjang malam dan siang. Ya الله jadikanlah Al-Quran sebagai syafaat & pembela kami di alam kubur & akhirat kelak.

Ya الله, peliharalah saudara-saudara kami di Gaza, Palestin dari segala kezaliman. Kurniakanlah mereka kesejahteraan & keselamatan serta lindungilah mereka dengan rahmat-Mu.

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran tetangga kami serta sekalian muslimin & muslimat di mana saja mereka berada sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami & juga kami tempat yang istimewa di Syurga FirdausMu Ya الله .

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji-pujian hanya untukMu Ya الله.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Address

Nourhabibi Based Di Rumah, Homemade
Kota Bharu
15100

Telephone

+60108179636

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nour Habibi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nour Habibi:

Share

Category