21/03/2026
“Lepas kedua arwah mak bapa pergi, rumah pusaka ditinggalkan. Tiada lagi kemeriahan raya.”
Bila orang tua sudah tiada, yang sunyi itu bukan rumah semata-mata. Kadang-kadang yang makin sepi ialah hubungan sesama adik-beradik.
Masing-masing ada hidup sendiri, ada komitmen sendiri, sampai akhirnya ziarah makin jarang, mesej makin pendek, dan raya pun jadi sekadar singgah sekejap.
Sebab itu, cabaran sebenar selepas pemergian mak ayah bukan hanya belajar menerima kehilangan. Cabaran yang lebih sukar adalah memastikan kasih itu tidak turut dikambus bersama mereka.
Kalau dulu mak ayah yang satukan semua orang, hari ini mungkin giliran kita p**a jadi sebab keluarga itu masih bertahan.
Masih bertanya khabar. Masih menjemput datang. Masih memastikan anak-anak kenal siapa darah daging mereka.
Kadang-kadang, mempertahankan ukhwah keluarga itulah hadiah paling besar yang masih boleh kita berikan buat arwah mak dan ayah.