Dmelju Bakery - Brownies&Cheese Leleh Sedap

Dmelju Bakery - Brownies&Cheese Leleh Sedap Kami menjual pelbagai jenis kek, brownies, biskut, roti, kuih muih melayu, Keistimewaan kami ialah dalam penyediaan brownies dan cheese leleh.

23/08/2025

2461 likes, 517 comments. “Nampak macam kayu kan tapi ini adalah kek marble kayu..saya kongsi cara nak teknik corak kayu..selamat mencuba”

14/12/2022
14/09/2022

Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

Bahan-bahan :-

-Ketam🦀
-1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg)
-10 keping Daun limau purut
-Daun Ketumbar
-Cili api (saya tak guna pun)
-Bawang Merah blend
-Bawang Putih blend
-Halia blend
-Asam Keping
-2 Sudu Serbuk Kari
-3 Sudu Cili Giling
-2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi)
-Gula & Garam sedikit

Cara Memasak :-
-Rebus ketam
-Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti
-Panaskan minyak
-Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau
-Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai.
-Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut s**a b*k mana
-Masukkan asam keping, gula dan garam.
-Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
-Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati
-Enjoyyy

Kredit: Mahfuzah Amin

14/09/2022

Resepi cucur udang
1/2kg Tepung gandum
Sebiji telur
1biji bawang besar (kisar)
Pewarna kuning
2 biji bawang holland hiris
Kucai
Tauge
Udang
Garam
Gula
Sedikit soda bikarbonat
Air
Cara:
-Blend bawang besar sebiji
- masukkan tepung gandum dlm bekas
-masukkan bawang yg di blend td, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat..kacau adunan. Agak2 letak air jgn pekat sgt.. Jgn cair sgt.
-masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris, dan cili besar hiris..
- cara goreng nk bg bentuk bulat.. Celup senduk besi ke dalam mnyk pns.. Letak adunan td.. Letak udang ats dia.. Masukkan dlm mnyk pns... Biar kej*p smpai bawah dia masak.. Nnti dia akan tertanggal sndiri..
Resepi kuah kacang tanpa santan
Segengam cili kering
2biji bawang besar
7ulas bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Belacan
(Semua bahan di atas dikisar halus)
Kacang tanah yg disangai dan diblend kering..
Asam jawa
Gula/ gula melaka
Cara:
1)tumis bahan yg di blend td..
2) da garing masukkan kacang tanah yg disangai n diblend halus..
3)masukkan air asam jawa
4)masukkan sedikit air.. Gula dan garam. Nk letak gula melaka pun boleh...
5) biar naik minyak.. Kalau nk lagi pekat letak bancuhan tepung jagung.. Utk pekatkan kuah.

Credit : Farah Farhana

14/09/2022

RESEPI MI SUP DAGING

Bahan-bahan :
mi kuning
bwg putih 5 ulas- belah 2
tomato 2 biji, potong 4
cili api 1- dipotong
lada hitam kasar
sawi , dibersihkan & dipotong
daging- potong kecil

Cara-cara :
1.Tumis bwg putih hingga kekuningan, masukkan air 300 mls, daging, tomato n cili api dan garam. 2.Sedikit perencah tumix ayam. Biar sehingga mendidih & daging empuk. Masukkan mi kuning, sayur sawi, lada hitam.
3.Dah siap utk dimakan.
4.Selamat menjamu selera.

Credit : Azrimah Ahmad

14/09/2022

TERUNG BERLADO CARA HADIK MANIS

-Terung digoreng
-Bawang merah
-bawang putih
-cili padi hijau (ikut hangpa nk b*k mana)
-cili merah besar (nie spe xs**a pedas letak lah lebih) semua bhn digoreng layu ye
-belacan bakar (sape xske belacan blh ganti bilis)
-sedikit air asam jawa(rahsia sambal berlado sedap)

CARA
-Tumbuk kasar bhn yg dah siap goreng td, klu spe mls tumbuk nk blend kasar pun blh
-Kemudian tumis bhn sampai garing then masuk air asam jawa sikit, masuk garam, aji, gula secubit,kemudian last sekali masuk terung gaul2 kej*p tutup api,,boleh amik nasi panas +ikan goreng garing, sah j*p lg hangpa nambah 2kali,,

FB: Mawar Merah

14/09/2022

Donut rangup diluar lembut didalam.

Bahan:
1 peket yis mauripan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air suam
3sb gula ( nak manis boleh tmbah gula ikut hampa s**a manis tahap mana,ain s**a kurang manis sat lagi gaul dgn gula juga)
3sb susu pekat
2sb marjerin
1biji telur
Gula halus atau gula aising ( untuk gaul donut nanti)

Cairkan marjerin,bila dah sejuk tambah telur pukul sikit dan ketepikan dulu.

Gula dan susu pekat disatukan didalam air suam,kacau hingga larut,masukkan yis,kacau lagi,biarkan dalam 10minit.

Selepas 10minit yis akan naik berbuih2,masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur,kacau.

Selepas tu boleh masuk kan bahan2 semua ke tepung gandum,uli sampai jadi doh. Dah jadi doh,rehatkan doh tu dalam 30minit.

Dah rehatkan doh,uli tumbuk2 bagi buang angin, selepas tu boleh buat lar bentuk bulat macam bola,susun kat talam jarang2(tabur tepung sikit)

Dah siapkan bentukkan bulat2,biarkan dalam 10-15minit macam tu,bagi kembang elok baru lar goreng.

Goreng dalam api yang serdahana
Dah siap goreng gaulkan dengan gula halus or gula aising. Sedia untuk dihidang.

Kredit : Nur Aien

14/09/2022

💕 RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan-bahannya

Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 btg serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak
Cara2:
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Kredit Resepi: Dzanariah

14/09/2022

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dmelju Bakery - Brownies&Cheese Leleh Sedap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dmelju Bakery - Brownies&Cheese Leleh Sedap:

Share