Dapoq Sempoi

Dapoq Sempoi

Tengah musim durian ni, apa lagi...Kalau ada lebihan durian, nak buat apa?Serawa/bubur durian ✅️Tempoyak ✅️Sambal durian...
09/07/2026

Tengah musim durian ni, apa lagi...

Kalau ada lebihan durian, nak buat apa?

Serawa/bubur durian ✅️
Tempoyak ✅️
Sambal durian ✅️
Jemput-jemput durian ✅️
Kek durian ✅️

Bekukan, tahan lebih lama.

Asingkan biji, isi durian simpan sebagai puri. Kalau peram, jadi tempoyak.

Ada permintaan roti jala pandan nak cecah serawa durian, maka terhasillah ini.

Biarpun roti jala macam-macam bentuk, layan je lah penjala amatur ini. Hihi

Hangpa s**a menu durian apa?

08/07/2026

Minum petang... surrrr

Send a message to learn more

Benda yang maklang akan improve kalau nak ulang menu Ayam Tumis Tomyam ni next time:1. Kurangkan bawang besar hiris Sebi...
06/07/2026

Benda yang maklang akan improve kalau nak ulang menu Ayam Tumis Tomyam ni next time:

1. Kurangkan bawang besar hiris
Sebiji bawang besar tak padan dgn ½ ekor ayam. Patut ¼ biji pun dah cukup buat ghaso ghaso

2. Letak pes tomyam lebih
Baru berpalut elok dgn ayam dan lebih terasa tomyamnya. Tapi kalau macam ni, elok untuk budak² makan juga

3. Boh cili padi
Maklang s**a letak cili padi tak potong. Jadi masa nak makan baru pepak cili padi tu. Lauknya tak pedas utk anak² makan sekali

4. Guna bawang holland
Yang ni guna bawang besar merah, kurang 'manis' banding bawang holland

5. Tambah serai ketuk
Untuk tambah aroma, tambah selera

Tip: Kalau untuk 1 ekor ayam (saiz biasa), rasanya sedang elok dah kalau guna 1 botol pes perencah tomyam Adabi tu. Ni maklang guna 2-3 sudu ja untuk ½ ekor, kurang kick tomyam 😅

  ayam tumis tomyamMenu terkejut sebab nak buat lain, jadi lain.Asalnya nak buat ayam sambal, tapi tak sempat sebab keja...
06/07/2026

ayam tumis tomyam

Menu terkejut sebab nak buat lain, jadi lain.

Asalnya nak buat ayam sambal, tapi tak sempat sebab kejar masa nak ambik anak balik sekolah.

Start masak pun dah lambat sebab dok buat kerja kat komputer.

Ayam dah goreng separuh masak. Ada baki pes tomyam.

Maklang tumis bawang hiris, letak serbuk halia sikit. Masukkan pes tomyam dengan air sikit.

Lepas tu masuk ayam tadi. Gaul rata sampai kuah pekat sikit. Boh tomato, daun limau purut.

Kan dah siap 😁

Ok jugak la standby pes tomyam ni. Selain buat tomyam berkuah, boleh buat:

Nasi goreng tomyam ✅️
Bihun goreng tomyam ✅️
Oden ✅️

Yang pes Adabi ni sedap dia tak pedas atau masam sangat. Budak² pun boleh makan.

Nama ja sos char kuetiau (ckt) tapi nak guna untuk goreng apa pun boleh...Yang bestnya sos ni dia dah ada cili siap dah ...
30/06/2026

Nama ja sos char kuetiau (ckt) tapi nak guna untuk goreng apa pun boleh...

Yang bestnya sos ni dia dah ada cili siap dah dalam sos dia, jadi tak payah dah nak boh cili blend atau cili giling.

Dalam sos ni jugak dah ada perasa siap, kalau nak tambah lagi apa-apa perasa lain, hangpa rasa dulu dan sesuaikan ikut citarasa masing-masing.

Sos ckt ni keluaran Bumiputera, kilangnya di Seberang Perai Utara, P. Pinang.

Sos dia kurang masin, tak berbau kuat dan cili dia pun taklah pedas sangat.

Ada sesetengah sos ckt dia macam ada bau kuat macam hanyir sikit mungkin sebab udang (guna rebusan udang atau kepala udang) atau belacan (maklang pernah tengok ada sos ckt boh belacan rasanya). Jadi bau dia lebih kuat.

Yang ni, bau dia ok je, tak menusuk hidung ☺️

Sekali masak untuk 1 peket mi, boleh guna dalam 7-8 sudu besar sos ni. Nak lebih, adjust la ye.

Cara maklang masak mi goreng ni ada kat komen ya.

28/06/2026

Ikan merah bakar

Maklang s**a ikan bakar tapi tak rajin nak bakar atas dapur sebab pan yang ada ni agak ketara melekatnya jadi turn off nak buat. Huhu

Solusinya, maklang bungkus ikan dalam foil, bakar dalam oven, 200 C, 30 min.

Pes ni nampak macam hopeless dan suram je warna tapi rasa dia tidak begitu ye.

Indah rasa dari rupa, gitu.

Rasa berempah tapi tak pedas, budak² pun boleh makan dengan gembira.

Ikan jadi fluffy dan elok masak sebab stim kat dalam foil tu. So takde la efek² hitam/bakar.

Resipi pes ikan bakar ada kat komen.

S**a boh bunga kantan lebih dalam kuah laksa. Rasa lagi sedap dan beraroma 🌹
28/06/2026

S**a boh bunga kantan lebih dalam kuah laksa. Rasa lagi sedap dan beraroma 🌹

Bunga Kantan: Khazanah Herba Tropika Bernilai Tinggi
Bunga kantan atau Etlingera elatior merupakan herba tropika berumpun daripada keluarga halia yang sangat sinonim dengan masakan tradisional Malaysia.
Tumbuhan ini tumbuh daripada rizom beraroma di bawah tanah dan mampu mencapai ketinggian sehingga lima hingga enam meter apabila matang.
Keunikan bunga yang berwarna merah jambu hingga merah terang menjadikannya bukan sahaja menarik sebagai tanaman landskap, malah mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.
Dalam bidang kulinari, bunga kantan terkenal sebagai bahan perasa semula jadi yang memberikan aroma dan rasa istimewa kepada pelbagai hidangan seperti laksa asam, nasi kerabu, nasi ulam, gulai dan sambal.
Kehadirannya dalam masakan bukan sahaja meningkatkan cita rasa, malah mencerminkan kekayaan warisan gastronomi tempatan.
Selain digunakan dalam masakan, bunga kantan turut dimanfaatkan dalam amalan perubatan tradisional.
Ia dipercayai membantu melegakan masalah seperti batuk, demam, sakit perut dan gout, selain digunakan dalam penjagaan wanita selepas bersalin.
Kajian saintifik juga mendapati bunga kantan mengandungi sebatian bioaktif seperti fenol, flavonoid dan tanin yang berpotensi memberikan aktiviti antioksidan, antibakteria, antikulat, antihiperglisemia dan hepatoprotektif.
Dari aspek penanaman, bunga kantan sesuai ditanam di kawasan tropika yang lembap, mempunyai bekalan air mencukupi serta tanah yang subur.
Tumbuhan ini juga boleh diintegrasikan dalam sistem agroforestri kerana mampu tumbuh dengan baik di kawasan yang sedikit teduh.
Kitaran perkembangannya melibatkan fasa vegetatif dan reproduktif, dengan tempoh sekitar 155 hari dari pucuk hingga jambak bunga layu serta kira-kira 60 hari dari kemunculan jambak sehingga bunga mekar sepenuhnya.
Dengan pelbagai kegunaan dalam masakan, kesihatan dan potensi pembangunan produk makanan berfungsi, bunga kantan merupakan antara tanaman herba tempatan yang wajar dipelihara dan diperkembangkan sebagai sumber makanan serta nilai tambah kepada industri pertanian negara.



Sumber : Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 06:00
Tuesday 08:00 - 06:00
Wednesday 08:00 - 06:00
Thursday 08:00 - 06:00
Friday 08:00 - 06:00
Saturday 08:00 - 06:00
Sunday 08:00 - 06:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapoq Sempoi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share