Galeri Sejuta Resepi

Galeri Sejuta Resepi Roslina Kamarudin
(1)

Thanks for being a top engager and making it on to my weekly engagement list! πŸŽ‰ Azirah Badryih, Nonie Nonie, Sharizah Sh...
17/12/2024

Thanks for being a top engager and making it on to my weekly engagement list! πŸŽ‰ Azirah Badryih, Nonie Nonie, Sharizah Shafie, Mastura Malek Masnezam, Nasir Awang Hamat

Aneka resepi daging πŸ˜‹Save sini. Selamat mencuba .
16/12/2024

Aneka resepi daging πŸ˜‹

Save sini. Selamat mencuba .

Resepi agar2 yang mudah dan semestinya sedap 🀩.Selamat mencuba πŸ’•
16/12/2024

Resepi agar2 yang mudah dan semestinya sedap 🀩.

Selamat mencuba πŸ’•

Kek Coklat Moist Cheese πŸ₯°Telur - 2biji gred A @ BKalau gred C guna 3biji.Β½ cawan gula1sudu kecil esen vanilaPukul bahan ...
16/12/2024

Kek Coklat Moist Cheese πŸ₯°
Telur - 2biji gred A @ B
Kalau gred C guna 3biji.
Β½ cawan gula
1sudu kecil esen vanila
Pukul bahan ni sampai kembang.
Bila dah kembang, letak;
Β½ cawan susu cair
Β½ cawan susu pekat
Β½ cawan minyak
2 sudu besar air panas
Kaup rata je bahan ni sampai sebati.
Bila dah sebati letak;
Tepung 1cawan
Β½ cawan serbuk koko
1sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil bakingpowder
( ayak dulu )
Kaup semua ni bagi sebati je.
dah sebati letak dalam loyang.
Bahan cheese ;
Cheese tu sebenarnya sikit je. lebih buat kek aritu. xtau bape gram. so boleh je letak angaran dalam 50gram cheese. tepung 2sudu besar.. susu cair 1sudu.. susu pekat 1sudu.. pukul sampai cheese jadi warna putih ( kembang )
+ kalau nak banyak cheese, buat je adunan cheese ni 2x ganda.. step tetap sama.

Bila dah siap, letak je atas adunan coklat tadi. Cheese tu memang akan tenggelam masa letak. Tapi jangan risau. Nanti masa masak, dia akan naik ke atas sendiri. Takda buat corak pon. Letak cheese tu then kacau² je guna garfu.. biar buruk janji sedap.. kann 🀭

Kukus 45minit @ sehingga masak.. siap πŸ˜πŸ‘ŒπŸ»
Sumber: Eiza Musa

RESEPI AYAM PANGGANG MADU BBQBahan:Ayam seekor ikut s**a nk potongTak nk potong pun okBahan kisar:3 biji bwg merah/ sebi...
16/12/2024

RESEPI AYAM PANGGANG MADU BBQ

Bahan:

Ayam seekor ikut s**a nk potong
Tak nk potong pun ok

Bahan kisar:

3 biji bwg merah/ sebiji bwg besar
5 ulas bwg putih
Seinci halia
3 btg srai ambik umbut jer
Satu sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
Satu sudu ketumbar
Lada hitam satu sudu
10 biji cili kering rebus buang biji..
Kalau untuk kambing. Letak sikit lengkuas
Sikit minyak.untuk bg hancur semua bhn..

Bahan sos:

2 sudu sos bbq
1 sudu sos tiram
2 sudu sos lada hitam
2 sudu kicap manis
Satu sudu sos cili
2 sudu madu/ gula merah
Garam ikut keperluan..
1 sudu pati ayam

Cara masak:

Perap semua bhn dgn ayam..rasakan dulu..jgn bubuh garam kalau rasa sikit masin sbb kita berap nanti tkt terlalu masin plk.

Perap sekurang2 sejam.lg lama lg sdp.

Bakar pakai arang pun blh..kalau nk pakai oven masukkan ayam dhn kuah2 sekali
-
*** kalau bakar bakai kuali l***r... letak sikit minyak panas..mas**an ayam.api slow ye... sentiasa balik2 kan ayam. Curah kuah sikit2...bila dah masak..curah lg lebihan perap tu sekejap bg berkilat angkat.baru nampak ayam macam ni.

kredit empunya resepi

Kek buah legend.BAHAN-BAHAN :300gm tepung gandum300gm buah kering campur (gunakan buah-buahan campur yang berkualiti )25...
16/12/2024

Kek buah legend.

BAHAN-BAHAN :

300gm tepung gandum

300gm buah kering campur (gunakan buah-buahan campur yang berkualiti )
250gm mentega asli (kalau guna marjerin rasanya akan lain)
3 biji telur grade A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh cream of tartar
Secubit serbuk kulit kayu manis (optional)
BAHAN B (untuk gula hangus):

280gm gula (kalau s**a lebih manis gunalah 300grams)
1/4 cawan air

CARA MEMASAK :

1. Buat gula hangus terlebih dulu. Masukkan gula dalam kuali lalu kacau hingga perang. Tuang air dan kacau sebati. Masukkan mentega lalu masak hingga cair. Masukkan campuran buah kering lalu kacau rata. Sejukkan sebentar.

2. Tepung gandum, soda bikarbonat, cream of tartar dan serbuk kulit kayu manis diayak sebati dan masukkan ke dalam kuali berisi campuran buah, mentega & gula hangus yang dah sedikit sejuk. Gaul rata guna spatula kayu saja (jangan kacau berlebihan, nanti buah mendap).

3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla (guna whisk) hingga agak kembang (tak perlu terlalu kembang). Kemudian tuang ke dalam kuali adunan tadi. Kaup balik kan sebati.

4. Tuang adunan ke dalam loyang acuan yang telah dialas dengan parchment paper. Tutup loyang dengan aluminum foil (supaya wap air tak kena permukaan kek).

5. Kukus kek selama 4 jam. 3 jam pertama kukus guna api sederhana, 1 jam terakhir guna api sederhana kecil. Selepas 4jam dikukus, keluarkan kek dari periuk pengukus dan sejukkan betul-betul baru dipotonkr

Kredit resepi by: sue.M.arukin

Bila boring sgt. Jadila kek butter. πŸ˜‚250 gm butter1 cawan gula halus2 cawan tepung naik sendiri4 biji telur1 sudu besar ...
16/12/2024

Bila boring sgt. Jadila kek butter. πŸ˜‚

250 gm butter
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu besar ovellet
1 penutup esen vanila

Pukul butter dan gula sampai agak putih

Pastu masukkan telur pukul sampai gebu (part ni penting kena mixer bg gebu)

Masukkan esen vanilla dan ovellet mix lagi.

Kemudian masukkan tepung sikit2 mix lg.

Tuang dalam loyang saiz 8 inci bakar suhu 180 (1 jam)

Kredit Resepi : nana syazana

Spicy korean chicken πŸ”Bahan-bahan:🐣 Drummet/chicken wings🐣 Tepung goreng bistari (i guna yg spicy baru rasa lagi kick pe...
16/12/2024

Spicy korean chicken πŸ”

Bahan-bahan:

🐣 Drummet/chicken wings
🐣 Tepung goreng bistari (i guna yg spicy baru rasa lagi kick pedas tu)
🐣 Blackpepper
🐣 Serbuk cili
🐣 Bawang putih (blender)
🐣 Cili kisar
🐣 Lemon
🐣 Madu
🐣 Sos tomato

Cara-cara:

πŸ— Perap ayam dalam tepung goreng bistari. Caranya letak tepung dalam 2-3 sudu, sedikit blackpepper, sedikit bawang putih yg dikisar, masukkan sedikit air lepas tu gaul sebati. Perap dalam 10-15 minit macam tu
πŸ— Salutkan ayam yg diperap tadi dalam tepung goreng bistari yg kering. Hangatkan minyak lepas tu terus letak ayam di dalam minyak goreng hangat tadi seperti hangatnya kasih abang terhadap adik ketika adik masih kurus dulu

πŸ— Sangai bijan dalam kuali. Agak2 dh perang ketepikan bijan tu
πŸ— Untuk sos pulak, tumis bawang putih yg dikisar tadi bersama cili kisar. Agak2 cili kisar dh garing letak serbuk cili 2-3 sudu. Nak pedas letak lagi banyak pon tadehal. Masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon agak2 la ye kalau letak banyak sangat masam plak nanti jadi sour korean chicken plak bukan spicy 🀣

πŸ— Agak2 sos dh gaul sebati sos tadi boleh la masukkan bijan yg disangai tadi bersama ayam yg dh siap digoreng tadi. Gaul2 sampai melekat betol2 sos dekat ayam tu. Nak tabur daun bawang lagi cantik nampak kombinasi kaler merah campur hijau gitu. I x letak sebab xde daun bawang kt rumah. Makan macam tu pon dh best dh 🀀

Kredit: Rozlyn Farah Diana

Resepi Rasam Sedap SangatBahan-Bahan:1 sk jintan putih1 sk jintan manis1 sk lada hitam(semua bahan di atas ditumbuk halu...
16/12/2024

Resepi Rasam Sedap Sangat

Bahan-Bahan:
1 sk jintan putih
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
(semua bahan di atas ditumbuk halus)
3-4 ulas bawang putih – diketuk
2 ulas bawang merah – dihiris kasar
3-4 tangkai cili kering
2 tangkai daun kari
Air asam jawa secukupnya
2 biji buah tomato – potong 4
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara Menyediakan :
Masukkan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili kering dan daun kari hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau sebentar.
Masukkan air asam jawa dan air putih secukupnya.
Seterusnya, masukkan serbuk kunyit sedikit dan kacau.
Masukkan biji tomato dan biarkn sebentar.
Akhir sekali masukkan garam. Rasa dulu kalau ada yang kurang. Bole tambah air asam jawa atau garam.
Bila sudah mendidih tutup api terus. Rasam tak boleh bagi mendidih lama nanti rasa dia pahit sedikit.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri Sejuta Resepi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category