21/02/2022
KEK 4 BENUA & PENGUMUMAN
Sejak kami memulakan operasi pada 2016 (dahulu dikenali sebagai The Chocolate Engineer), sudah beberapa kali kita berdepan dengan krisis kenaikan harga barang. Kami masih mengekalkan harga kami sejak 2016.
Namun begitu, dukacita dimaklumkan kami tidak lagi dapat menampung kenaikan harga kos dan bahan. Oleh itu, kami terpaksa menaikkan harga produk kami; dengan kadar yang paling minimum untuk menjamin kualiti bahan yang digunakan serta dalam masa yang sama agar pelanggan- pelanggan kami tidak rasa terlalu terbeban dengan kenaikan harga.
Harga baru akan diperkenalkan berkuat kuasa pada bulan Mac (3) 2022. Jadi sepanjang bulan Februari ini, kami masih mengekalkan harga kami.
Minggu ini ada 2 set KEK 4 BENUA
Set A- Chocolate Indulgance, Fatty Cheese, Chocolate Cappuchino, Tiramisu
Set B- Chocolate Indulgance, Fatty Cheese, Tiramisu, Pandan Lover.
Penghantaran sekitar Tok Jembal dan Gong Badak.
Kami mengalu- alukan ‘self pick-up’ di Studio Chenta Kopi di Kampung Tok Jembal 😁 (google Chenta Kopi untuk lokasi atau whatsapp nombor di profile)
Terima kasih diucapkan atas kesetiaan para pelanggan kami. Selamat datang dan selamat berkenalan pada pelanggan baru ☺️