Argrow Farm

Website

Argrow Farm Afdal Rezeki Sdn Bhd 202301020617 (1514539-T)
We develops modern livestock, halal food products, and sustainable agro-solutions.

We combine technology, animal health, and community impact to build a secure food ecosystem for Malaysia.

Selamat Pagi! Sebelum kerja lain bermula, biasanya ada satu benda yang perlu diperiksa dulu, apakah ia?Betul! Ternakan. ...
24/09/2026

Selamat Pagi! Sebelum kerja lain bermula, biasanya ada satu benda yang perlu diperiksa dulu, apakah ia?

Betul! Ternakan. πŸ‘

Kita check adakah semuanya aktif? Ada yang nampak berbeza? Makanan cukup? Air tersedia? Kawasan p**a okay?

Bagi penternak, perkara-perkara kecil yang diperhatikan setiap pagi boleh membantu mereka memahami keadaan ternakan dengan lebih baik.

Siapa pernah nampak penternak potong kuku biri-biri? πŸ‘βœ‚οΈAda sebabnya kenapa kita potong kuku biri-biri tau, bukan sebab ...
18/09/2026

Siapa pernah nampak penternak potong kuku biri-biri? πŸ‘βœ‚οΈ

Ada sebabnya kenapa kita potong kuku biri-biri tau, bukan sebab nak bagi nampak cantik tapi sebab kuku biri-biri perlu dipantau dan dijaga supaya tidak terlalu panjang hingga mengganggu pergerakan.

Nampak macam perkara kecil kan? Tapi penjagaan seperti inilah yang menjadi sebahagian daripada rutin di ladang.

Malaysia bukan sekadar sebuah negara. Ia adalah tanah yang kita usahakan, hasil yang kita nikmati dan masa depan yang ki...
15/09/2026

Malaysia bukan sekadar sebuah negara. Ia adalah tanah yang kita usahakan, hasil yang kita nikmati dan masa depan yang kita bina bersama. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Daripada ladang hingga ke meja makan, setiap daripada kita mempunyai peranan dalam memastikan makanan negara terus terjamin.

Selamat Hari Malaysia.
Makanan Kita, Tanggungjawab Kita.

Bila makanan dah habis, bukan bermaksud kerja penternak pun habis. πŸ‘€Waktu makan sebenarnya antara masa yang penting untu...
14/09/2026

Bila makanan dah habis, bukan bermaksud kerja penternak pun habis. πŸ‘€

Waktu makan sebenarnya antara masa yang penting untuk memerhati ternakan. Penternak akan lihat bagaimana mereka makan, keadaan badan dan sama ada semua biri-biri mendapat bahagian masing-masing.

Daripada perkara kecil macam ni lah, penternak boleh lebih memahami keperluan ternakan dari hari ke hari. ☺️

MAHA mungkin dah melabuhkan tirai, tapi kerja di ladang tak pernah berhenti. πŸ‘Selepas bertemu ramai orang dan berkongsi ...
10/09/2026

MAHA mungkin dah melabuhkan tirai, tapi kerja di ladang tak pernah berhenti. πŸ‘

Selepas bertemu ramai orang dan berkongsi tentang dunia penternakan di MAHA, kini kami kembali kepada rutin yang paling utama iaitu menghadap ternakan setiap hari.

Sebab bagi penternak, tanggungjawab itu bukan hanya bila ada yang melihat. Ia bermula dan berterusan di ladang.

Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang!

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka Dengan Tanggungjawab.Sebagai sebuah negara, masa depan makanan kita juga berada dalam tangan kita.Menghargai ...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka Dengan Tanggungjawab.

Sebagai sebuah negara, masa depan makanan kita juga berada dalam tangan kita.

Menghargai hasil tempatan.
Menyokong pengusaha agro.
Memahami dari mana makanan kita datang.

Dan bersama-sama membina ekosistem makanan yang lebih kukuh.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 dari Team Argrofarm β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

MAHA 2026 semakin dekat! πŸš€Kalau anda datang, jangan sekadar lalu. Singgah ke Berek Birri by Argrow Farm dan lihat sendir...
27/08/2026

MAHA 2026 semakin dekat! πŸš€

Kalau anda datang, jangan sekadar lalu. Singgah ke Berek Birri by Argrow Farm dan lihat sendiri bagaimana penternakan, teknologi dan produk hiliran boleh digabungkan dalam satu pengalaman.

πŸ‘ Ternakan
πŸ’» Teknologi
🍽️ Produk
🎯 Aktiviti
🎁 Giveaway
πŸ‘ Kadet Sopi

πŸ“ Laman Veterinar dan Pavilion Negeri Sembilan
πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026

Jumpa anda di sana!

Selamat menyambut Maulidur Rasul ο·Ί 1448H daripada seluruh warga Argrow Farm.Semoga kita terus meneladani akhlak mulia Ra...
25/08/2026

Selamat menyambut Maulidur Rasul ο·Ί 1448H daripada seluruh warga Argrow Farm.

Semoga kita terus meneladani akhlak mulia Rasulullah ο·Ί dengan mengamalkan nilai amanah, ihsan, kasih sayang dan tanggungjawab dalam setiap usaha yang dilakukan.

Semoga nilai-nilai ini terus menjadi panduan dalam kehidupan kita. 🀍

Sebelum booth siap dan mula menerima pengunjung, ada banyak cerita yang berlaku di belakang tabir.Pagi bermula di ladang...
24/08/2026

Sebelum booth siap dan mula menerima pengunjung, ada banyak cerita yang berlaku di belakang tabir.

Pagi bermula di ladang. Ternakan perlu dijaga, produk perlu disiapkan, pasukan perlu disusun dan segala keperluan perlu dimuatkan sebelum bergerak ke MAHA.

Ada yang dirancang. Ada yang perlu diselesaikan last minute.

Inilah sedikit daripada apa yang berlaku di sebalik Berek Birri.

28 Ogos nanti, kita jumpa di MAHA 2026. πŸš€

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha πŸŒ™Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keikhlasan dan kebahagi...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha πŸŒ™

Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keikhlasan dan kebahagiaan buat semua.

Ikhlas daripada kami di Argrow Farm 🀍

Address

Kampung Kabong Inas
Kuala Pilah
73100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Argrow Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category