05/01/2024
🌶 MANFAAT MAKANAN PEDAS YANG TAK RAMAI TAHU 🌶
Anda semua mesti selalu dengar yang makan makanan pedas secara berlebihan ada banyak keburukan. Namun begitui, ramai juga yang tak tahu ada kebaikannya bila makan makanan pedas secara bersederhana. Jom kita tengok 😄 Sebelum tu, anda semua tahu tak apa yang kebiasaannya memberikan rasa pedas dalam makanan kita? 🤔 Jawapannya ialah capsaicin yang terdapat dalam cili! 🌶🌶
✅ Menggembirakan hati 😄
Molekul capsaicin terbukti dapat meningkatkan penghasilan hormon endorfin dalam badan manusia. Hormon ini mampu mengurangkan stres, meningkatkan mood serta mengurangkan rasa sakit.
✅ Mengurangkan risiko penyakit jantung ❤️🩹
Capsaicin serta capsaicinoids yang terdapat dalam cili, lada jalapeno serta lada habanero mampu merendahkan tekanan darah bagi individu yang mempunyai penyakit jantung selain mengurangkan risiko strok atau darah beku.
✅ Meningkatan metabolisme manusia 🔥
Capsaicin mampu meningkatan suhu badan manusia kerana sifatnya yang termogenik dan mampu mempengaruhi metabolisme badan. Seseorang itu akan berasa lebih cepat kenyang dan hasilnya, kadar pengambilan kalorinya akan turut berkurang.
✅ Membekalkan nutrien penting ⭐️
Cili mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai beta-karotena, yang berfungsi melawan bahan radikal bebas daripada menyerang tubuh badan. Beta-karotena ini juga baik untuk kulit, rambut serta kuku.
Ha, banyak juga faedah makanan pedas kan? 🤩 Apapun, makanan pedas mestilah dinikmati secara bersederhana. Hal ini kerana apa-apa makanan jika diambil secara berlebihan pastinya boleh memberikan kesan negatif kepada tubuh kita 😉
S**a apa yang anda baca? Jangan lupa untuk Like, Follow dan Share page Facebook serta Instagram kami!
📍 Facebook: Mix N' Fun Sdn Bhd
📍 Instagram: mix_nfun