Shafiq Anuar

Shafiq Anuar Just share satisfying food video to enjoy us..

15/10/2025

Hari ni pagi-pagi PKHem WhatsApp dalam group rasmi beritahu kena buat spotcheck beg murid-murid.

Katanya semua benda tajam, benda terlarang wajib rampas.

Dan ini hasil rampasan dalam keas aku, Tahun 3.

Ye, semua gunting je yang dirampas and beberapa mainan.

Tapi kelas Tahun 6 bersepah telefon bimbit kena rampas dan kandungan dalam telefon, nauzubillah.🤦‍♂️

Terkejut juga kenapa ada budak yang beria nangis phone kena rampas mcm ada sesuatu, rupanya maknya cakap dia sendiri tak penah dapat pegang phone anak apatah lagi rampas.

Dan yes konten dalam tu banyak gambar cikgu yang dibuat troll untuk whatsApp sticker, ada banyak gambar ustaz KAFA yang tengah baring (dekat surau ya, masa mengaji katanya..

Kenapa ajar mengaji sambil baring? dan ada gambar murid lelaki, tu belum lagi kami pegi ke bahagian perbualan (chat).

Baru Tahun 6 tau! Nampak kan kesan jika ibu bapa tak control phone anak.

Bila tanya mak, kenapa tak pass dekat ayah jika mak tak dapat control anak?

Katanya kalau dengan ayah teruk dia kena cikgu, ayahnya akan rotan.

Aku dalam hati: memang patut la kena rotan dah kalau simpan benda gini dalam phone.

Jadi, sebenarnya tak boleh nak salahkan anaknya 100% sebab maknya pun enabler.

Tolong bangun ibu bapa, selamatkan amanah Allah, selamatkan anak-anak sendiri.

Sampai bila cikgu je yg kena selamatkan anak-anak anda? it's TAG TEAM! 🙌

Sumber: Thread fatheenafiqah

05/10/2025
05/10/2025

Israel terus bedil kawasan padat penduduk kat Gaza walaupun Trump sendiri dah minta hentikan serangan dan Hamas dilapor sedia berbincang.

Ironinya, dalam masa dunia tengah tunggu pelan damai Trump yang kononnya nak tamatkan perang ni, lebih 70 rakyat Palestin mati kena bom. Bunyi macam filem politik, tapi realitinya darah orang awam terus tumpah.

Dalam laporan terbaru serangan terbaru ni memang brutal. Antara kawasan paling teruk kena ialah Gaza City, tempat yang dah lama kekurangan makanan dan ubat.

Bayangkan, 45 daripada 70 mangsa mati kat situ saja. Dan yang paling menyayat hati, tujuh daripada mangsa tu bayi dan budak-budak umur bawah 8 tahun. Rumah, hospital, tempat perlindungan, semua jadi sasaran.

Lagi ironik bila tengok kenyataan rasmi Israel yang kononnya semua ni untuk “membasmi ancaman Hamas”. Tapi fakta di lapangan tunjuk benda lain.

Mereka bedil kem pelarian, kawasan “selamat” al-Mawasi yang mereka sendiri arahkan rakyat Palestin pindah ke sana. Bila tempat selamat pun kena bom, rakyat dah tak tahu nak lari ke mana.

Hospital kat Gaza p**a memang dah lumpuh teruk. Doktor-doktor sendiri cakap mereka dah tak mampu rawat semua mangsa sebab kekurangan bahan api dan ubat.

Mesin oksigen banyak yang tak berfungsi. Kalau tengok video, memang macam zon apocalypse bangunan hancur, jalan dipenuhi debu dan darah.

Trump p**a dalam masa sama tengah ‘main hero’. Dia kata Hamas kena cepat setuju dengan pelan 20 point dia kalau tak, semua perjanjian terbatal.

Tapi cara dia tekan Hamas tu lebih nampak macam ugutan daripada rundingan damai. “Move fast or all bets are off”, katanya. Gaya tipikal Trump kasar, tapi nak nampak kononnya adil.

Trump juga umumkan dia nak hantar Jared Kushner dan Steve Witkoff ke Mesir untuk finalize pelan damai tu.

Tapi sejarah dah ajar kita, bila Kushner terlibat dengan isu Palestin, biasanya hasilnya berat sebelah.

Dia orang Yahudi, menantu Trump, dan antara arkitek utama “Deal of the Century” dulu yang ditolak ramai sebab pro-Israel gila.

Benjamin Netanyahu p**a main politik licik. Dia kata Israel dah “setuju dengan garisan pengunduran awal” tapi dalam masa sama, tentera dia masih “deep inside Gaza”.

Maksudnya, Israel tak akan berhenti sampai objektif mereka tercapai iaitu lumpuhkan Hamas sepenuhnya, tak kira berapa ramai orang awam mati.

Dan bila Trump tekankan pelan tu termasuk “demilitarisasi Hamas”, maknanya mereka nak Hamas letak senjata sepenuhnya sedangkan Gaza masih diserang.

Macam suruh orang menyerah diri tengah perang, kononnya atas nama keamanan. Dalam diplomasi, tu bukan damai, tu tunduk paksa.

Hamas p**a jawab keras. Mereka kata tindakan Israel bukti jelas “penipuan Netanyahu”, sebab walaupun Trump dah call untuk berhenti, bom tetap jatuh.

Dalam kenyataan mereka, Hamas panggil tentera Israel “tentera pendudukan Zionis” yang terus lakukan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Palestin.

Bagi Hamas, pelan Trump ni cuma satu lagi versi “perang psikologi” nak nampak macam damai, tapi sebenarnya perang propaganda.

Sebab sementara rundingan berjalan, Israel guna masa tu untuk tekan lagi Gaza dan ubah persepsi antarabangsa kononnya mereka sedang “menentang keganasan”.

Yang sedihnya, dunia Islam masih sekadar keluarkan kenyataan keras. Rakyat biasa je yang turun ke jalan macam di Rome, Itali, minta kerajaan mereka hentikan eksport senjata ke Israel.

Tapi negara Arab kaya minyak? Sunyi. Sebab ramai yang dah normalize hubungan diplomatik dengan Tel Aviv.

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shafiq Anuar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share