14/11/2023
Yola merupakan wanita bekerjaya yang bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah rendah di kawasan Terengganu. Yola sentiasa bersiap awal untuk ke sekolah. Kebiasaannya Yola bersiap tepat jam 6:35pagi dan akan bertolak ke sekolah pukul 7:00 pagi memandangkan sekolah dari rumahnya hanyalah 15 minit.
Apa yang Yola buat setelah bersiap sebelum ke sekolah pastinya membuka media sosial seperti Instagram ataupun Facebook untuk melihat berita terkini, kisah kawan-kawan dan juga promosi barang-barang. Sedang ralit Yola melayan akaun Facebook tiba-tiba muncul posting tentang Kerepek Pisang yang dipost oleh salah seorang kawannya. Kata kawannya dalam posting tersebut, mesti dapatkan kerepek pisang harga marhein ni sebab sedap dan rangup.
Tanpa melengahkan masa, Yola segera memberi komen kepada kawannya. "Weh, fara! Kat mana dapatkan kerepek pisang ni? Tengok gambar pun meleleh air liur kita." Kebetulan p**a kawannya sedang aktif ketika itu. Kawannya membalas komen dengan mengetag fb rasmi *CrunchyCrunz* lalu berkata penjualnya juga ramah dan penghantarannya cepat.
Yola pun terus menghubungi nombor yang tertera di Fb Page CrunchyCrunz untuk membelinya. Yola sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Sangat mesra pelanggan. Yola memesan 4 paket. Ini kerana 3 daripadanya ingin dibawa ke pejabat pada minggu depan ketika Mesyuarat Keberkesanan Guru Darjah Enam.
Penjual menghantarkan kerepek Pisang pada petang hari yang sama di rumah Yola. Yola sangat gembira dengan penghantaran yang ekspress dan selamat. Tiba-tiba ketika pembayaran, Yola cashless. Jadi penjual memberi solusi untuk membayar secara 'Qr code' ataupun 'transfer'. Yola memilih untuk qr code memandangkan proses itu lebih cepat dan mudah. Yola sangat senang membelinya.
Pada malam itu, Yola mencuba kerepek pisang khas dari CrunchyCrunz itu bersama keluarga kecilnya. Suami dan anak-anaknya juga sangat gemar dengan kerangupan dan kesedapan kerepek ini. Yola sangat bersyukur dapat menemui kerepek pisang yang enak ini. Beliau juga tidak sabar untuk membawa ke sekolah pada minggu hadapan.
MINGGU HADAPAN TIBA.
Yola bersiap awal seperti biasa lalu membuka instagram untuk melihat update terkini. Sebelum bergegas ke sekolah, dia terus mengambil kerepek pisang yang telah dipek siap di dalam bekas untuk dijadikan kudap-kudap ketika mesyuarat nanti. Seusai sampai ke sekolah, dia terus meletakkan kerepek pisang di bilik mesyuarat.
Selesai mesyuarat, ramai yang bertanya dan memberi feedback mengenai kerepek kepada Yola. Antara pertanyaan dan feedback mereka, "Yola beli kat mana?" "Sedapnya kerepek ni." "Ya Allah, ranggup betul kerepek Yola bawa." "Nanti share tau Yola, beli dengan siapa kerepek ni" dan yang paling menarik Guru Besar disitu pun sempat berkata pada Yola supaya booking lagi 30paket untuk dijadikan kudapan ketika mesyuarat seterusnya.
Jadi, jika anda inginkan kerepek pisang untuk dijadikan kudapan ketika mesyuarat, ketika mengulangkaji pelajaran, ketika berkelah ataupun ketika mulut terasa ingin mengunyah boleh dapatkan dengan cara paling mudah yakni whatsapp dengan kadar segera
https://api.whatsapp.com/send?phone=189102324&text=KerepekPisang
https://api.whatsapp.com/send?phone=189102324&text=KerepekPisang
https://api.whatsapp.com/send?phone=189102324&text=KerepekPisang
NAMA: NUR YUMNI NABILAH BINTI ABDUL RASHID
NO MATRIK: S68362