Kahwa & Chai - Kopi, Teh Masala & Snek

Kahwa & Chai - Kopi, Teh Masala & Snek Selling fresh brew coffee and masala tea. Served with light snacking

Anda Kategori yang mana??
16/12/2025

Anda Kategori yang mana??

HARGA: ISU ATAU TIDAK?

Bila letak harga tinggi, pelanggan komplen.

Bila letak harga murah, kita rugi.

Tapi...

Kadang-kadang, letak harga murah pun pelanggan tidak datang.

Ada restoran yang mahal-mahal harga makanan/minumannya, tapi pelanggan tetap pergi. Penuh juga.

Dilema, bukan?

Sesebuah restoran itu hanya boleh menarik pelanggan yang disasarkan. Menyasarkan mana-mana pelanggan atau kumpulan pelanggan mestilah dilakukan secara 'sedar' oleh pengusaha restoran tersebut. Maka setiap perancangan, strategi dan pemasaran akan fokus tepat kepada sasaran.

Jika restoran tidak tahu siapa pelanggan sasarannya, atau tersalah sasar, maka akan berlakulah tragedi 'lain yang dipanah, lain yang terpanah!'.

Bagaimana nak tahu betul atau tidak siapa yang kita sasarkan?

Cuba tanya soalan ringkas ini...

Pelanggan kita yang bagaimana?
Pelanggan bagaimana yang kita mahu?

Adakah...

Jenis Pelanggan A: "Mahu portion banyak, tidak sedap tidak mengapa, asal murah."

Jenis Pelanggan B: "Banyak atau tidak, bukan isu. Asalkan sedap. Tapi murah. Panas (atau kotor, atau tidak selesa, dsb...) sikit tidak mengapa."

Jenis Pelanggan C: "Banyak atau tidak, tidak penting. Yang penting sedap. Mahal tidak mengapa."

Jenis Pelanggan D: "Tidak mahu portion banyak. Rasa bukan faktor. Harga mahal tidak mengapa, asalkan selesa (atau bersih, cantik, istimewa, dsb...)."

Jika tuan/puan boleh menjawab soalan ini, tuan/puan sudah dapat jawapan samaada harga adalah satu isu atau tidak kepada pelanggan tuan/puan.

Ni simple punya breakdown calculation untuk cafe.Kalau kurang dimana-mana makna perlu tambah juga untuk tampung kekurang...
19/11/2025

Ni simple punya breakdown calculation untuk cafe.
Kalau kurang dimana-mana makna perlu tambah juga untuk tampung kekurangan hasil.

Belajar sesuatu???

Kredit kepada tuan post asal melalui Thread

Assalamualaikum Sahabat Mukabuku sekalian,Jemput datang semua. Buat permulaan waktu operasi kami adalah seperti berikutI...
27/10/2025

Assalamualaikum Sahabat Mukabuku sekalian,

Jemput datang semua. Buat permulaan waktu operasi kami adalah seperti berikut

Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat
6pm - 11pm

Waktu operasi akan disemak semula mengikut keperluan perniagaan.

Terima kasih atas sokongan semua.

Address

2, Medan Selera Jalan Lautan Samudera, Jalan Samudera 9/1,
Kuala
42300

Opening Hours

Monday 18:00 - 23:00
Tuesday 18:00 - 23:00
Wednesday 18:00 - 23:00
Thursday 18:00 - 23:00
Friday 18:00 - 23:00

Telephone

+60133051383

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kahwa & Chai - Kopi, Teh Masala & Snek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share