Hari3Aku

Hari3Aku Tentang apa sahaja, daripada makanan, gadget, permainan dan hal negara kepada pendapat-pendapat penulis.

Di Malaysia, daging bakar kebiasaannya akan diperap sebelum dimasak. Berbeza dengan stik di barat yang selalunya diperas...
30/08/2024

Di Malaysia, daging bakar kebiasaannya akan diperap sebelum dimasak. Berbeza dengan stik di barat yang selalunya diperasakan hanya dengan garam dan lada, dan mungkin juga mentega dan minyak zaitun untuk mengekalkan sebanyak mungkin rasa asli daging yang digunakan.

Jadi jangan pelik kalau rasa dan tekstur stik sangat berbeza dengan lamb chop atau kambing bakar yang kita s**a dan biasa makan. Waktu pesan kambing bakar, penulis tak kisah ia dimasak 'medium well' atau 'well done', asalkan tak liat dan perapannya sedap.

Tapi kalau makan stik, penulis akan pesan 'medium'. Kalau 'well done', macam tak ada beza dengan daging yang penulis makan bersama nasi kerabu atau nasi daging.

Stik yang bagus tak perlukan sos untuk menjadikan rasanya sedap. Di Alwi's Food, penulis boleh makan stik sirloin tanpa dan bersama sos.

🍽️ Alwi's Food Sungai Buloh
📌 Jalan Nautika B U20/B, Pusat Komersial Tsb, 40160 Shah Alam, Selangor.
⏰ Selasa - Ahad (11:30am - 10:30pm)

https://www.hari3aku.com/2024/08/stik-sirloin-400-gram-di-alwis-food.html

Orang lain pergi Tanjung Malim, Perak makan pau, penulis p**a ke Tanjung Malim makan nasi putih dengan ayam lemon.Ada ya...
26/06/2024

Orang lain pergi Tanjung Malim, Perak makan pau, penulis p**a ke Tanjung Malim makan nasi putih dengan ayam lemon.

Ada yang belum pernah cuba makan nasi dengan ayam lemon? Kalau nak cuba nasi dengan ayam lemon, kebetulan p**a ada di Tanjung Malim, boleh ke restoran Garden Seafood. Nak lagi best, gandingkan sekali dengan air plum masam.

🍽️ Garden Seafood Tanjung Malim
📌 Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa, 35900 Tanjong Malim, Perak
⏰ Isnin- Ahad (11:30am - 10:30pm)

https://www.hari3aku.com/2024/06/nasi-putih-ayam-lemon-garden-seafood-tanjung-malim.html

Notis gangguan bekalan air berjadual bagi kawasan-kawasan terjejas seperti yang dikeluarkan oleh Air Selangor.5 Jun 2024...
13/05/2024

Notis gangguan bekalan air berjadual bagi kawasan-kawasan terjejas seperti yang dikeluarkan oleh Air Selangor.

5 Jun 2024 (9:00am) - Kerja pembaikan bermula.
5 Jun 2024 (7:00pm) - Kerja pembaikan dijangka siap.
6 Jun 2024 (3:00am) - Air disalurkan secara berperingkat.
6 Jun 2024 (3:00pm) - Bekalan air dijangka pulih 20%.
7 Jun 2024 (3:00am) - Bekalan air dijangka pulih 90%.
7 Jun 2024 (12:00pm) - Bekalan air dijangka pulih 100%.

Antara kawasan yang terlibat:
1️⃣ Petaling
2️⃣ Kuala Lumpur
3️⃣ Klang
4️⃣ Shah Alam
5️⃣ Gombak
6️⃣ Kuala Selangor
7️⃣ Hulu Selangor

Takkanlah datang ke Pulau Pinang nak makan nasi kandar setiap hari kan? Sekali sekala nak juga rasa makanan lain. Apa ka...
13/05/2024

Takkanlah datang ke Pulau Pinang nak makan nasi kandar setiap hari kan? Sekali sekala nak juga rasa makanan lain. Apa kata korang cuba makan di Abang Bawal Lejen Bagan Jermal.

Ada empat jenis set bawal, boleh pilih antara bawal goreng, kari, sambal atau kicap. Setiap set datang dengan gulai kari, sambal belacan dan sambal kicap. Gulai tak ceroi, ikan bawal p**a banyak isi.

🐟 Abang Bawal Lejen Bagan Jermal
📌 Jln Tanjong Tokong, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang
⏰ Selasa - Ahad (4:30pm - 12:00am)

Kalau tak s**a ikan bawal, boleh cuba set lain. Ada juga set ayam, siakap, sotong, udang dan belitung.

https://www.hari3aku.com/2024/05/set-bawal-goreng-dan-sambal-abang-bawal-lejen-bagan-jermal-p**au-pinang.html

Mencari restoran stimbot dan gril yang sedap di Sungai Petani? Sebelum ni penulis ke restoran stimbot gril bersebalahan ...
10/05/2024

Mencari restoran stimbot dan gril yang sedap di Sungai Petani? Sebelum ni penulis ke restoran stimbot gril bersebalahan bendang, kali ni ke restoran bersebalahan simpan jalan utama p**a.

Bukan sahaja pilihan makanan dan perapannya banyak, pilihan sos dan minuman yang ada pun banyak juga. Untuk ayam sahaja ada tiga jenis perapan, udang p**a ada tiga jenis — udang lipan, rotan dan galah.

🍢 Santai by The Garden
📌 Jalan Kampung Baru, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani
⏰ Isnin - Ahad (5:30pm - 12:00am)

Sosnya pun bukan biasa-biasa, ada sos namjin, sos danok, dan banyak lagi selain daripada sos cili dan mayonis.

https://www.hari3aku.com/2024/05/stimbot-gril-santai-by-the-garden-sungai-petani.html

Dah bosan dengan pizza Dominos dan Pizza Hut? Nak cuba p**a pizza kayu api di Pulau Pinang? Ada satu warung menjual pizz...
05/05/2024

Dah bosan dengan pizza Dominos dan Pizza Hut? Nak cuba p**a pizza kayu api di Pulau Pinang? Ada satu warung menjual pizza neapolitan di Bukit Mertajam, bersebelahan dengan Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah.

Baru ni berkesempatan cuba pizza margherita dan pepperoni di Pizza Bara Bukit Mertajam, rotinya lembut dan pepperoninya banyak. Dengar cerita keju mozzarellanya diperbuat sendiri menggunakan susu kerbau.

🍕 Pizza Bara Bukit Mertajam
📌 373A, Jln Abdul Kadir, Tanah Liat, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
⏰ Isnin - Ahad (6pm - 10:30pm)

Kalau datang ke sini, penulis syorkan untuk cuba pizza shabu-shabu dengan trufel putih.

https://www.hari3aku.com/2024/04/pizza-kayu-api-neapolitan-pizza-bara-bukit-mertajam-p**au-pinang.html

Salah satu restoran nasi kandar 'beratur' yang korang kena cuba di  Pulau Pinang — Nasi Kandar Pokok Ketapang atau Jamal...
20/04/2024

Salah satu restoran nasi kandar 'beratur' yang korang kena cuba di Pulau Pinang — Nasi Kandar Pokok Ketapang atau Jamal Mohamed di Butterworth.

Selain daripada pilihan lauk yang banyak, ruang makan pun banyak. Boleh makan di warung lama bawah pokok ketapang ataupun di restoran yang terletak dalam 40 meter dari warung — restoran dibuka 24 jam tapi warung cuma dibuka dari petang sehingga lewat malam.

🍽️ Nasi Kandar Pokok Ketapang / Jamal Mohamed
📌 4846, Jalan Kampung Benggali, Kampung Benggali, 12000 Butterworth, Pulau Pinang.
⏰ Isnin - Ahad (24 Jam)

Dari segi harga, lebih mahal berbanding nasi kandar yang penulis biasa makan. Mujur kuahnya likat dan surr, tetap berpuas hati.

https://www.hari3aku.com/2024/04/nasi-kandar-beratur-pokok-ketapang-jamal-mohamed.html

Pukul 9 malam ni, Khairul Aming akan restock Dendeng Nyet Berapi di Shopee - bukan di TikTok macam sebelum ni. Jadi kepa...
16/02/2024

Pukul 9 malam ni, Khairul Aming akan restock Dendeng Nyet Berapi di Shopee - bukan di TikTok macam sebelum ni. Jadi kepada puluhan ribu orang yang gagal dapatkan Dendeng Nyet Berapi sebelum ni, boleh dapatkan di Shopee malam nanti.

Penulis dah cuba, tak menyesal beli. Rasanya bercampur antara masin, manis dan masam - cukup rasa. Tak terlalu pedas, sedap walaupun cuma dimakan dengan nasi putih.

Dapatkan Dendeng Nyet Berapi di Shopee Khairulaming Brand:
https://invl.io/clkqk7c

Jom Baca Review Dendeng Nyet Berapi:
https://www.hari3aku.com/2024/02/review-dendeng-nyet-berapi-khairul-aming.html

02/02/2024

80,000 paket Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming sold out dalam masa 3 minit 39 saat 😲😲😲

Kalau korang peminat sate, wajib ke pasar minggu Changkat Jering - 1km dari Plaza Tol Changkat Jering. Setiap hari sabtu...
02/02/2024

Kalau korang peminat sate, wajib ke pasar minggu Changkat Jering - 1km dari Plaza Tol Changkat Jering. Setiap hari sabtu, korang boleh datang cuba sate ayam, daging, perut, limpa dan paru.

🍽️ Pasar Minggu Changkat Jering.
📌 Jalan Changkat Utama, 34850 Changkat Jering, Perak.
⏰ Sabtu

Nampak ringkas dan saiznya pun tak terlalu besar, tapi rasanya sedap. Lebih sedap apabila dimakan dengan nasi impit, bawang dan kuah kacang.

Selain sate, ada juga makanan lain seperti laksa, mi kuah dan bihun sup. Di sebelah petang p**a ada pasar malam.

https://www.hari3aku.com/2023/12/sate-dan-laksa-pasar-minggu-changkat-jering.html

Address

Kuantan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hari3Aku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share