12/11/2023
Akhir zaman ni, ada isu ramai yang sakit mental.
Depression dan anxiety.
Antara sebab kita sakit bila kita rasa keseorangan, tiada teman. Tiada yang nak bantu. Kita rasa hopeless.
Sebenarnya kita ada satu penawar mujarab nak kurangkan atau bebas daripada kesakitan jiwa.
Ubat tenang itu ada.
Ada satu kisah seorang lelaki dipenjara dimana kejadian ini berlaku di Indonesia.
Namun Hj Abdul Malek, dipenjara tubuhnya tetapi tidak pada akalnya.
Ada perpustakaan. Waktu senggang dia ke perpustakaan membaca, kemudian pinjam dan bawa balik beberapa buah buku ke selnya.
Balik ke sel pun dia membaca, membaca dan terus membaca sehinggakan kawan-kawannya menyapa.
Dia dikenali sebagai Pak Hamka seorang ulama melayu terkenal di nusantara.
"Pak Hamka, Pak Hamka nampak tenang sekali sedangkan kita di penjara."
Pak Hamka menjawab,
"Kita di penjara, belum di neraka."
Apa Petua Pak Hamka untuk jadi tenang?
Jawab Pak Hamka.
"Solatnya dipelihara maka jiwanya tenang sentiasa."
Kemudian, Pak Hamka minta kebenaran pihak penjara untuk menulis di dalam selnya.
Akhirnya dia boleh menyiapkan terjemahan tafsir Al Quran Al Azhar.
Bila dia keluar, dia mencetaknya dan tersebarlah tafsir Al Quran yang ditulis oleh Pak Hamka.
Ingatlah itu contoh pertama.
Tetapi bukankah wahyu pertama Al Quran yang turun, Iqra' Bismirabbikallazi Kholak.
Baca, baca dengan nama Tuhanmu Yang Menciptkan.
Al Quran dah beritahu bacalah.
Tengah-tengah susah, stress kenapa?
Sebab MALAS MEMBACA.
Pak Hamka, apa perasaan Pak Hamka dipenjara?
Biarpun saya pada awalnya tidak boleh menerima tetapi saya dapat jumpa hikmahnya. Kalau tidak dipenjara mungkin saya tidak dapat menyiapkan terjemahan tafsir Al Azhar."
Disebabkan terjemahan tafsir ini menyebababkan ia mudah dipelajari di seluruh nusantara. Baik di Indonesia, Tanah Melayu dan seluruh dunia juga menjadikan Tafsir Al Azhar sebagai rujukan.
Al-Quran kata baca.
The best book in the world is Quran.
Betul, Quran bila dibaca menyebabkan ruh kita sihat.
Al Quran juga adalah mukjizat.
Mukjizat Nabi Musa tongkatnya. Hanya itu dirinya, tidak pernah dipinjamkan untuk umatnya.
Mukjizat Nabi Isa hanya untuk dirinya bukan untuk umatnya.
Mukjizat ni maksudnya "melemahkan".
Melemahkan musuh.
Namun, mukjizat Nabi Muhammad s.a.w dikurniakan kepada kita iaitu Al Quran.
Mukjizat, bila kita baca Al Quran kita dapat syafaat.
Kita dapat manfaat mukjizat.
Ingat, sebaik-baik peneman adalah Al Quran.
Ada satu kisah Hj Sodikin dia terkena Covid.
Kemudian dia dikuarantin seorang diri.
Dia bertemankan Al Quran.
Dia cerita,
"Ustaz saya kena Covid. Saya hanya tengok Quran. Saya baca Quran dan akhirnya saya sedar bahawa sebaik-baik peneman adalah Al Quran."
Bila kita baca Quran, kita rasa Allah sedang berbicara dengan kita.
Betul!
إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ ١
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)."
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ ٢
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلْأَبْتَرُ ٣
"Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)."
Memang ayat tu Allah turunkan kepada Nabi Muhammad, sebenarnya Allah sedang berbicara kepada kita.
"Hanafi, Allah dah bagi banyak nikmat kepada kamu."
Solat Alhamdulillah.
Berkorbanlah.
Ustaz boleh je tidur sekarang, baring.
Ustaz boleh je tak keluar dakwah.
Ustaz boleh je tak buat live.
Tapi kerana Allah, ustaz cuba korbankan sedikit masa untuk sampaikan dakwah mudah-mudahan menghidupkan hati.
Geng, pujuklah hati kita bacalah Al Quran
Cuba kita berkorban 5 minit, 10 minit, 30 minit bacalah pegang Quran.
Pegang HP baca Quran tak dapat pahala pegang mushaf.
Pegang the real Quran dapat feel lain geng.
Bukan muka surat pertama, baca. Tengok huruf dan kalimah Allah.
Ada seorang makcik tua, Nek Yam duduk seorang diri selepas kematian suaminya. Tidak ada teman. Nek Yam duduk rumah setinggan tak jauh dari rumah ustaz. Masa tu ustaz 10 tahun. Setiap kali datang rumah dia buatkan Nescafe.
"Nek Yam, tak sunyi ke duduk seorang diri." Saya tanya.
"Sunyi. Sunyi. Nek Yam kan ada kawan. Al Quran kawan Nek Yam."
Setiap kali saya datang rumah dia, dia baca Quran. Tiap kali waktu pagi, petang atau malam memang jumpa dia dengan Quran.
Saya menjaja Nasi lemak, lalu kat rumah dia
dengar baca Quran.
"Selain daripada Quran siapa kawan Nek Yam?" Tanya saya.
"Itu, itu kat sana tu." Sambil dia tunjuk ke satu arah.
Seram saya, ya lah siapa agaknya kawan dia tu.
Maklumlah rumah setinggan dalam hutan tak ramai orang.
Saya cari mana. Ingatkan orang bunian.
"Tu, takkan kau tak nampak?
Rupanya kucing. Teringat kenangan dengan Nek Yam.
Dia dah meninggal dunia di Flat Taman Melati.
Meninggal pun ketika baca Quran.
Jadi untuk kesihatan mental, bacalah Quran.
Lupakanlah dunia haruk pikuk.
Dunia tiktok.
Fikiran kita jadi serabut tengok apa yang ada di media sosial.
Bila tengok orang lain kaya, gembira, sihat dan senang otak kita mula fikir diri kita teruk, miskin, sakit dan macam lagi. Kita sibuk membandingkan diri dengan orang lain.
Terlupa bersyukur dan dari situlah antara sebab kita risau, takut, sedih, anxiety dan stress.
Tukarlah rutin hidup kita.
Unfollow orang yang tak bermanfaat.
Dengar yang baik-baik.
Dengar ilmu bukan gosip.
Pasang Quran.
Dengar benda yang elok-elok.
Jiwa jadi tenang.
Kita cuba sembuh dengan mukjizat Quran.
Allah dah janji dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang.
Mungkin kita belum buat secara konsisten jadi tak nampak hasilnya.
Jom, geng pujuk hati kita cabar diri kita untuk baca Quran dan terjemahannya satu muka surat sehari. Istiqamah jadikan rutin.
Kemudian tambah lagi masa atau muka surat jadi lebih banyak.
Nanti rasakan sendiri perubahan dalam fikiran.
Perubahan dalam hati dan pastinya perubahan dalam hidup insyaAllah.