28/03/2026
Kadang kita fikir umrah selesai bila tawaf & saie selesai…
Tapi sebenarnya, tahallul tu penutup yang melengkapkan segalanya.
Bukan sekadar potong rambut,
tapi tanda kita keluar dari ihram…
dan kembali kepada fitrah 🤍
Di situlah simbol kita dah selesai
menyempurnakan ibadah kerana Allah.
Ramai pandang ia kecil,
sedangkan di situlah titik akhir yang menentukan kesempurnaan.
Jangan lepaskan yang kecil…
kerana dalam ibadah,
yang kecil itulah yang menyempurnakan yang besar.
Mudah-mudahan setiap langkah kita di Tanah Suci
diterima sebagai ibadah yang sempurna.