05/11/2022
Ni la Master Chef di I Cook Arabs. Chef Afif al Haji. Founder bersama ICA dengan isterinya, Emma Wan Noordin.
Chef Afif ni asal dari Syria dan menetap lama di Malaysia lebih berbelas tahun. Banyak merantau jauh dengan isteri, bekerja dalam bidang professional kat banyak negara antaranya German.
Lebih 6 ke 7 tahun lepas, Chef dan Mem ni s**a share masakan arab original Syria sampai ramai yang request buat la kelas masakan arab dan cara buat kunafa. Mengajar Nasi arab mandy/khabsa/maqlubah secara one to one sudah, ada kelas berkumpulan kanafeh pun sudah. Ada pulak yang request, apa kata buat jual je, senang orang nak membeli. Lagi pulak, nak dapatkan cheese arab akkawi pun susah sangat.
Bermulalah journey mem dan Chef untuk pasarkan kanafeh inti cheese akkawi secara online. Kita ni, nak kenalkan pada umum benda yang jarang orang makan, susah tau. Kena educate tentang ilmu, kena promote tanpa henti, kena 'branding' kan diri sendiri, kena bagi awareness pada orang ramai yang manisan arab ni bukan semuanya manis leting tahap potong kaki.
Dulu-dulu orang tak tau apa itu kanafeh. Bihun dan cheese ke, peliklah!
Melainkan yang pernah jejak kaki ke tanah arab, pasti pernah cuba dan selalu rindu, kan? Namun, atas usaha tanpa henti ni lah (5 tahun ya) sampai ramai yang kenal dan tahu kanafeh atas talian.
Dah 5 tahun, I Cook ARABS dalam pasaran. Dah 5 tahun, guna resipi original Syria.
Dah 5 tahun, niaga kanafeh premium inti cheese akkawi.
Dah 5 tahun, hanya orang Arab yang diambik bekerja demi mengekalkan kualiti dan keaslian kanafeh airtangan Arab.
Walaupun sekarang ni orang niaga kunafa macam cendawan pas hujan, tapi InsyaAllah Golden Kanafeh masih menjadi pilihan kerna ICA masih mengekalkan kualiti, resipi dan hanya guna bahan premium terbaik, cheese Akkawi!
P/s: my partner in crime, team sarawak ismail bergambar bersama bunting Chef. Ramai yang tanya, ni kanafeh orang melayu ke buat?
Eh tak lah!
Ni la chefnya, besau-besau kami print.
Ni ha urang arabbbbbb nye🤣, hidung mancung! Kami bukan Pak Arab, kami hanya melayu campur cina, hidung Asia kemik sikit😅.
Thanks to ismail for the design and stokis Sarawak, is masih lagi gigih di tasik Biru bau setiap hujung minggu.
Jangan lupa, jumpa kami Golden Kanafeh _ Sarawak di Kuching dalam 2 minggu lagi untuk karnival makanan by Kamek Miak Sarawak bersiaran selama 10 hari.