Nasi lemak lajak

Nasi lemak lajak Saya peniaga jalanan penjual nasi lemak

24/12/2024

Selamat pagi... | Check out Baderinajjah LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Baderinajjah.

PAK CIK MANIS NASI TAMBAHBersilat dengan anak  dah jadi normal bila dah berniaga. Dengan kalut nak buat persiapan untuk ...
07/12/2024

PAK CIK MANIS NASI TAMBAH

Bersilat dengan anak dah jadi normal bila dah berniaga. Dengan kalut nak buat persiapan untuk anak anak dan juga 'setting' barang niaga.. Memang mencabar minda. Singa jadian, harimau, gorilla.. Beritahu saja makhluk makhluk ganas, semua kalah dengan kami.

Anak kami p**a tiga orang. Kesian p**a nak kejut bangun tiap tiap awal pagi. Tapi kami kejut juga, bawa sama sama berniaga. Biar mereka rasa juga pengalaman susah senang.

Anak yang pertama 7 tahun, susah sangat nak bangun. Kadang kadang tu sampai nak patah pinggang dukung pergi tandas. Kalau tak dukung lambat p**ak kami nak berniaga.

Dah siapkan dia, anak kedua p**a dan seterusnya.

7.30 pagi baru siap semua dan bertolak untuk berniaga. Fuhh. Lega bila semua dah selesai.. Nikmat yang paling syukur bila semua dah 'setel'.. Dan boleh berniaga..

Alhamdulillah..buka ja kedai nasi lemak, pelanggan tetap pak cik manis nasi tambah dah pon datang. Hari hari dia beli nasi di kedai kami.

Terima kasih pak cik sentiasa 'support' Nasi lemak daun pisang lajak.

Kerana pak cik 'and de gang' la..kami semangat bangun pagi hari hari masak tanpa jemu..

Ada juga hari yang 'bateri low'

Nak bangun pon berat, mata pon tak larat nak celik.

Cuti la harini.. Esok cerita lain p**ak.

Resepi nasi lemak yang berderai dan wangiBuat nasi lemak insyaallah semua boleh orang boleh buat. Tapi kan selalu dok ma...
04/12/2024

Resepi nasi lemak yang berderai dan wangi

Buat nasi lemak insyaallah semua boleh orang boleh buat. Tapi kan selalu dok makan nasi lemak yang berderai dan wangi tu, macam susah jugaklah nak buat.

Apa kata uols cuba buat resepi ni.. Mana tau boleh meniaga nasi lemak lepas ni

Bahan bahan

Beras 3 cawan (bergantung pada saiz cawan yang ada)
Minyak
Halia
Bawang
Halba
Gula
Garam
Santan
Air (1:1.5)termasuk minyak masak

Cara caranya ialah

1.Sukat beras 3 cawan.. Basuh 3 kali. Kemudian toskan
2.Sukat air 4 cawan 1/2, minyak dah termasuk dalam 4 cawan 1/2 tu ye
3.Masukkan beras yang ditos, bahan bahan hirisan bawang, halia, halba, gula, garam,daun pandan.
4.Tunggu sampai periuk nasi tendang.. Selesai.
5.Boleh hidang

Tips untuk nasi berderai
Sukat beras bagi lebih sikit untuk setiap cawan beras..macam saya..bagi menimbun sikit..

Address

Depan TCE Tackles, Taman Sang Kancil
Lunas
09600

Opening Hours

Monday 07:00 - 10:30
Tuesday 07:00 - 10:30
Friday 07:00 - 10:30
Saturday 07:00 - 10:30
Sunday 07:00 - 10:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi lemak lajak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category