03/07/2022
Hi semua! Hari ini kami ingin berkongsi resipi kuih onde-onde. Kuih ini memang antara kegemaran rakyat Malaysia kerana kuihnya sedikit kenyal, tak terlalu keras, gula di tengahnya pecah cair bila kita gigit, dan juga rasa sedap dari lemak masin salutan kelapa parut. Resipi yang kami nak kongsikan daripada Che Nom.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk jus pandan:
5-6 helai daun pandan
1 1/2 cawan air
Bahan-bahan lain:
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras/ tepung gandum
1/4 sudu kecil pewarna hijau
gula nisan/ gula melaka secukupnya
air rebusan secukupnya
1/2 biji kelapa parut
garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
Gunting kasar daun pandan, bland dengan air dan tapis dan ambil airnya.
Masukkan tepung pulut dan tepung beras,
Tuang air daun pandan sedikit demi sedikit.
Masukkan pewarna hijau (optional).
Uli sehingga menjadi doh dan ketepikan.
Potong kepada kiub kecil gula nisan @ gula melaka.
Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (boleh kukus dulu kelapa parut untuk tahan lebih lama).
Kemudian ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan.
Letak gula ditengah, tutup rapat dan bulatkan sekata.
Panaskan air, air perlulah dalam jumlah yang banyak supaya x padat sangat dan ada ruang untuk buah melaka timbul bila masak nanti.
Api sederhana, tak perlu kuat sangat takut inti gula keras lagi dah terapung kat atas.
Bila dah terapung, bolehla angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih lagi panas.
Selamat mencuba semua!!!
Kredit: https://resepichenom.com/resepi/buah-melaka-onde-onde/show
Klik https://wa.link/7jo4r9 untuk pembelian!