07/01/2022
Kami sering tertanya, apa yang membuatkan mereka datang kembali dan sentiasa memberi sokongan pada kami sehinggakan kami terasa seolah seperti tidak layak untuk menerimanya. Seperti yang kita semua tahu, sekarang ini negara kita dan seluruh dunia sedang di menghadapi wabak Covid-19.
Selepas 2 tahun kami tidak beroperasi sepenuhnya, hanya bergantung harap kepada online dan penghantaran ke rumah sahaja. Semalam bertarikh 7 Januari 2022 ada detik tarikh bersejarah yang membuatkan kami terasa terharu dan waktu ini serta saat ini semasa admin sedang menaip, air mata lelaki terjatuh jua. Terlalu banyak liku perit jerih yang kami tidak tahu bagaimana kami boleh ungkapkan.
Semalam juga buatkan kami terasa sedih apabila pelanggan dan peminat setia That Little Truck akan berpindah ke tempat kerja yang barunya di Johor nanti. Apa yang membuatkan kami terasa sedih ialah apabila mereka sedang menunggu Bulgogi Block dan Crazy Chic di masak? Di situlah segalanya bermula, walaupun baru berkenalan? Tetapi seolah seperti berkawan selama 10 tahun. Kami bersembang tentang hobi, minat, basikal, pengembaraan, lifestyle, lagu, berkongsi tips dalam segala hal, dan yang paling penting ialah seronoknya bersembang tentang "PASSION" dalam hidup ni.
"TERIMA KASIH HADIR SERI KAN SUASANA BALIK KERJA, LEPAS NI PERCAYA LAH KAMI MESTI RINDU 👋🏻" -Areei
Sepatutnya bukan kau dan kamu yang ucapkan Terima Kasih kepada kami. *menahan air mata.
Sesungguhnya aku dan seluruh team That Little Truck ni yang inginkan ucap TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK dekat korang! Terima kasih sebab hadir dalam hidup dan pengembaraan kami, yang mengajarkan kami tentang betapa pentingnya untuk enjoy dan menikmati hidup yang indah di anugerahkan Tuhan.
Daripada Admin : Aku masih ingat lagi detik saat moment perbualan yang masih segar dalam ingat aku. "Abang, video yang kau buat banyak mengajar kitorng tentang kehidupan, video yang kau buat best. Buatkan kitorang rasa, kadang ada masa kita rasa down. Bila tengok video kau. Orang lain pun ada struggle yang lain."
Bermula dari situ kita menjadi KAWAN. Aku tidak akan ucapkan Selamat Tinggal. Tetapi tolong jangan lupa aku. Nanti KITA JUMPA LAGI!