Chef Tako Chentamanis Muadzam

Chef Tako Chentamanis Muadzam KEPAKARAN kami adalah menghidangkan KEGEMBIRAAN kepada seisi keluarga dengan mengembalikan KASIH SAYANG melalui makan bersama hidangan TAKOYAKI BY CHEF TAKO

23/06/2024

Chef Tako
Chentamanis Muadzam
'berehat sebentar'

20/04/2023
Tahniah! Murah rezeki awakSelamat hari raya bang
20/04/2023

Tahniah! Murah rezeki awak

Selamat hari raya bang

TAHNIAH! Kepada semua pemenang cabutan bertuahTerima kasih kepada semua perserta yang join. InsaAllah masa akan datang k...
20/04/2023

TAHNIAH! Kepada semua pemenang cabutan bertuah

Terima kasih kepada semua perserta yang join. InsaAllah masa akan datang kita buat lagi.

Terima kasih juga kepada semua pelanggan Cheftako Chentamanis yang support kami.

[INFO] Hari ini kami akan buat CABUTAN BERTUAH, MAKAN TAKOYAKI & MENANG DUIT RAYA RM1000.Tarikh: 19/4/2023Masa : jam 9.3...
19/04/2023

[INFO] Hari ini kami akan buat CABUTAN BERTUAH, MAKAN TAKOYAKI & MENANG DUIT RAYA RM1000.

Tarikh: 19/4/2023
Masa : jam 9.30 mlm
Lokasi : FB Page Chef Tako Chentamanis Muadzam (FB LIVE)
>> fb.com/ChefTakoChentamanisMuadzam

Salam dariChef Tako Chentamanis Muadzam (CTCM)Terima kasih atas penyertaan anda dalam CABUTAN BERTUAH, MAKAN TAKOYAKI & ...
19/04/2023

Salam dariChef Tako Chentamanis Muadzam (CTCM)

Terima kasih atas penyertaan anda dalam CABUTAN BERTUAH, MAKAN TAKOYAKI & MENANG DUIT RAYA RM1000.

Cabutan bertuah akan dibuat pada Hari RABU, 19/4/2023 bersamaan 28 Ramadhan.

Mohon JOIN Telegram CTCM untuk info lanjut berkaitan Cabutan Bertuah ini.
>> t.me/cheftakochentamanis

17/04/2023

Semoga Pagi Ini, Yang Sakit Disembuhkan, Yg Susah Disenangkan, Yg Sempit Dilapangkan, Yg Sedih Dibahagiakan. Aamiin...❤🤲

17/04/2023

Pertanyaan apa yang paling kamu tak s**a orang tanya waktu berkumpul di Hari Raya?
😀😀😀

17/04/2023

Buat suami yang sedang susah hati memikirkan hal kewangan untuk isteri & anak utk raya tahun ini, moga Allah bukakan rezeki seluas-luasnya.

DOA AKHIR RAMADHANYa ALLAH janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kamiYa A...
17/04/2023

DOA AKHIR RAMADHAN

Ya ALLAH janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami

Ya ALLAH janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami

Ya ALLAH janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami

Ya ALLAH janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami

Ya ALLAH janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami

Ya ALLAH janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi sebelum KAU tutup rapat pintu azab dan neraka MU daripada tergelinciran kaki kami

Ya ALLAH lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan

Ya ALLAH sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, KAU ampunilah kami dan KAU terimalah taubat kami

Ya ALLAH
▪️Utuhkanlah Silaturahim Keluarga kami dari Pangkal ke Penghujung Jalan
▪️Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia
▪️Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa
▪️Jadikanlah kami calon Syurga Firdaus MU tanpa hisab
▪️Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu

Ya MUJIBBASAILIN
▪️Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji
▪️Tenang & Sucikanlah Hati kami
▪️Jadikanlah kehidupan kami di Dunia ini sejahtera dan penuh rahmah dan mawaddah

Ya ALLAH
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang

Ya ALLAH
Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami
▪️Jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang KAU rahmati
▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang MU
▪️Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus segala dosa-dosa kami

Ya ALLAH
Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan KAU pilihlah kami dikalangan hamba MU yang dapat beramal di malam Al-Qadr

Ya ALLAH
▪️Terimalah amalan kami
▪️Terimalah taubat kami
▪️Ampunkanlah dosa kami
▪️Murahkanlah Rezeki Dunia & Akhirat kami
▪️Permudahkanlah Segala Urusan Dunia & Akhirat kami
▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi
▪️Kurniakanlah kepada kami Syurga Firdaus MU yang maha luas nikmatnya
▪️Ya ALLAH masukkan kami semua dalam golongan orang-orang yang KAU merdekakan dari azab api neraka

ALLAH humma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni (dibaca 3 kali)

Aamiin ALLAH humma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin

Tips Beraya Rumah Mertua Buat Pertama Kali Untuk Menantu Perempuan1. JANGAN LUPA BUAH TANGANBila balik ke rumah mertua, ...
17/04/2023

Tips Beraya Rumah Mertua Buat Pertama Kali Untuk Menantu Perempuan

1. JANGAN LUPA BUAH TANGAN
Bila balik ke rumah mertua, jangan lupa untuk membeli buah tangan buat mereka. Antara buah tangan yang anda boleh bawa adalah tudung, pakaian atau makanan. Kalau beli untuk ibu sendiri tu, jangan lupa untuk beli kepada ibu mertua juga ya.

2. HANYA MEMBANTU DI DAPUR
Pilih satu tempat di dapur, misalnya tugas memotong dan menyiang bahan masakan. Tidak kiralah sehandal mana pun anda memasak, elakkan memasak menu utama hari raya. Ingatlah, itu rumah mertua anda. Sudah puluhan tahun dia memasak untuk hari raya., lebih baik jika air tangannya tidak diganggu.

3. SABAR DALAM APA JUA SITUASI TERUTAMANYA PANAS
Terutamanya bagi yang bertudung, pulang ke kampung mungkin mencabar dengan cuaca panas, kipas usang, dan tidur di ruang tamu yang menyebabkan rambut berbau. Jangan terlampau merungut dan membiarkan keluarga mertua dengar rungutan anda. Bawa bersabar ya wahai wanita sekalian.

4. ILMU FESYEN KENA ADA
Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan busana. Hal ini berguna apabila anda berbual dengan ipar duai dan anak saudara remaja. Waktu inilah untuk anda mengambil hati keluarga ipar untuk berbincang mengenai fesyen baju raya.

5. CARI TUGAS MUDAH
Pasti ada tugas mudah yang sentiasa diperlukan semasa hari raya. Misalnya membancuh air dan mengisi semula bekas kuih. Anda akan dilihat konsisten membantu sepanjang hari raya walaupun tugas mudah. Barulah ibu mertua sayang kerana menantu rajin dalam hal kerja.

6. BANGUN AWAL
Bangun awal dan jengahlah dapur untuk bersama ibu mertua. Anda tidak perlu bergegas menyediakan sarapan. Cukup dengan menyediakan minuman panas dan panggil suami ke dapur untuk bersarapan. Ingat, anda bukan bujang lagi untuk bangun lewat pada pagi hari.

7. MENANGKAN IBU MERTUA
Anda dan ibu mertua mahu ke rumah berlainan pada hari raya? Apa yang anda perlu lakukan? Beralah sahaja. Hari raya mungkin satu-satu masa yang ibu mertua anda ada dengan anak lelakinya. Janganlah bermasam muka kerana ini akan menjadikan suami anda serba salah dan mewujudkan suasana keruh dengan mertua.

8. ELAKKAN MERUNGUT
Andai ada menantu lain yang malas atau bersikap buruk, tidak perlulah anda merungut. Biarlah biras lain mahu merungut namun anda tidak perlu berpihak kepada sesiapa. Yang penting anda jaga tepi kain sendiri sahaja.

9. BERBUAL DAN BERI PERHATIAN
Jika anda lihat ibu mertua keseorangan mengerjakan sesuatu, temanlah dia. Kadangkala dia tidak perlukan pertolongan pun, hanya mahu teman berbual yang memberikan perhatian. Sekali-sekala, anda perlu juga untuk ambil hati beliau kan?

Address

Medan Selera Bidara
Muadzam Shah
26700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chef Tako Chentamanis Muadzam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Chef Tako Chentamanis Muadzam:

Share

Category