Ayam Kampung Parit Pelampung

Ayam Kampung Parit Pelampung Menternak & menjual ayam kampung asli. Menternak kambing dan menanam sayuran secara fertigasi.

16/05/2026

‘Bagai aur dengan tebing’. Peribahasa yang saya lazimi sejak di sekolah rendah. Tetapi saya baru tahu yang aur itu ialah sejenis buluh - buloh aur.

Ada pelbagai jenis buluh. Buluh meriam, buloh betong, buloh lemang, buloh minyak, buloh kasap, buluh gading, buloh hitam, buloh jepun, buloh madu dan pelbagai jenis & panggilan lagi.

Buloh ialah keluarga rumput. Sebab itu ia sering di panggil ‘giant grass’. Buloh tergolong dalam keluarga yang sama dengan tebu, padi, gandum, lalang & jagung.

Buloh betong sebanyak 3000 batang yang saya minta orang asli carikan di hutan Pahang, kini tiba di Muar untuk digunakan oleh projek penanaman saya.

16/05/2026

“Nak.. mak teringin nak bela ayam kampung asli” bisik Puan Zainab di dalam hatinya.

Siapa anak-anak PuanZainab sini?! Tunaikanlah permintaan ibu anda.

Anak Puan Zainab & anak puan-puan yang lain juga, boleh hubungi kami untuk anak-anak ayam kampung asli yang segar bugar, aktif & berciap riang.

16/05/2026

Nyah kuman (disinfectant) amat-amat dititikberatkan oleh ladang kami. Ianya dimasukkan sebagai ‘SOP’ sebelum memasukkan anak ayam baru.

Selain kemasukan ayam baru, proses nyah kuman juga dibuat berkala di reban-reban sedia ada yang ada pelbagai peringkat umur ayam.

Prosess nyah kuman adalah salah satu proses selain daripada semburan ‘EM’ (effective microorganisms) & taburan dolomite yang kerap dilakukan bagi memastikan ayam sihat, reban tidak berbau dan menghindari lalat.

Adakah yang masih tak percaya yang reban ayam boleh tak berbau & tiada lalat?

1 juta menonton pembuatan kandang kambing ‘kontroversi’ yang menggunakan ‘c-channel’  dan slat plastik!Saya akui kebanya...
15/05/2026

1 juta menonton pembuatan kandang kambing ‘kontroversi’ yang menggunakan ‘c-channel’ dan slat plastik!

Saya akui kebanyakan komentar yang mengatakan ianya tak akan bertahan lama kerana faktor karat dan buasnya kambing.

Saya perlu jelaskan di sini skala ternakan saya hanyalah skala perumahan atau sebagi ‘petting zoo’ - hanya 3 anak kambing yang akan membesar & seekor ibu. Saya tidak bercadang nak tambah lagi.

Mungkin yang komentar ialah penternak senior yang punyai pengalaman dan yang punyai puluhan ekor jika tidak pun ratusan ekor kambing.

Skala penternakan & pertanian memainkan faktor dalam penyediaan kawasan & infra.

Begitu juga dengan ternakan ayam kampung asli saya. Saya telah melepasi tahap 1000 ke 1500 ekor dalam satu-satu masa ternakan. Maka saya tidaklah menberi komenter kepada mereka yang membuat ayam skala perumahan. Kerana masalahnya tidak sama. Dan saya akan belajar dari penternak yang ada bilangan ayam lebih besar dari saya.

Begitu juga tanaman. Saya ada sekitar 4000 ke 5000 polybag. Kaedah penjagaan tidak sama dengan mereka yang ada 300 ke 500 polybag. Juga tidak adil jika saya mahu komentar kepada mereka yang ada 10,000 ke 50,000 polibag. Tahap masalahnya tidak setara. Maka tidak adil untuk saya memberi pandangan saya.

Sama tapi tak serupa.

13/05/2026

3 kampung, 3 suku Orang Asli saya minta tolong nak penuhkan 2 lori nak hantar ke Muar” kemaskini dari wakil saya di pedalaman Pahang.

Dalam masyarakat Melayu, hampir seluruh kehidupan berkait dengan buluh:
rumah, pagar, seruling, rakit, lukah, lemang, penyidai, bahkan senjata seperti sumpit dan lembing buluh. Sebab itu buluh menjadi sumber metafora yang sangat hidup dalam bahasa Melayu.

Sebab itu bahasa Melayu kaya dengan simbolik buluh. Antara contoh:

💎 “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” - Didikan anak mesti bermula sejak kecil.

💎“Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” - Air dibentuk oleh salurannya, manusia p**a oleh permuafakatan dan kesepakatan.

💎 “Bagai aur dengan tebing” - Saling membantu antara satu sama lain. (Aur ialah sejenis buluh.) Siapa baru tahu?? 🙋‍♂️

💎”Buluh perindu” - Dikaitkan dengan unsur halus, kasih sayang, pemikat atau kerinduan. Dalam cerita lama Melayu, buluh perindu sering dianggap mempunyai “suara” atau kuasa mistik. Atau dalam kontek nyanyian dikatakan suara yang lunak itu seperti buluh perindu.

💎”Anak buluh betung”- Selalunya merujuk kepada sesuatu yang muda tetapi berasal daripada baka atau keturunan yang besar dan kuat. Buluh betung sendiri terkenal kerana besar, tebal dan kukuh.

Apalagi perumpaan melayu dari buloh?

13/05/2026

Barang langka! (Barang rare)

Orang asal atau orang asli memang ‘rare’. Malahan kaum wanita Orang Asli mempunyai kekuatan fizikal yang setanding dengan lelaki adalah kerana cara hidup mereka yang dekat dengan alam semula jadi.

Saya bersyukur ada ‘barang langka’ ini. Kerana mereka, dapatlah saya bekalan buluh betong dari hutan kita.

Malu kita yang lelaki ini!.

Part 2. “Innovasi memerlukan sedikit wang” - Dr. Iqmal HaqimSambungan dari Part 1 di fb Ayam Kampung Parit Pelampung.
13/05/2026

Part 2. “Innovasi memerlukan sedikit wang” - Dr. Iqmal Haqim

Sambungan dari Part 1 di fb Ayam Kampung Parit Pelampung.

126 likes, 13 comments. “Part Two pemasangan plastic slat.”

13/05/2026

Kisah projek penananam saya di Johor menemui fasa baru, jauh ke pedalaman Pahang bersempadan dengan Perak.

Penanaman saya memerlukan buloh pancang yang banyak.

Saya menghantar wakil saya yang sejak kecil bergaul dengan orang asal. Perhubungan beliau yang akrab degan Tok Batin dan anak-anak buahnya memudahkan permintaan saya untuk mendapat buloh dalam jumlah yang besar.

Satu kampung dikerahnya.😅


11/05/2026

Welcome to Muar.

Naluri seorang ‘ayah’ yang sukar melepaskan ‘anak-anak’nya pergi berjauhan. Dititipkan pesanan “duduk sana baik-baik, nanti dah besar cantik-cantik”

Insha Allah anak-anak ini akan membesar dengan sihat menjadi teruna & dara yang handsome & yang jelita didalam kandang kambing ‘kontroversi’.

Ini p**a pengalaman pertama saya menternak kambing. Bapa mereka ini ‘kalahari red’ manakala ibunya p**a ialah ‘katjang’.

11/05/2026

Sebelumnya kita telah meracun kulat & serangga pada cocopeat, kini kita ‘flushing’ cocopeat p**a sebelum memulakan tanaman.

Flushing” cocopeat ialah proses membasuh cocopeat untuk menyingkirkan garam berlebihan terutama sodium, potassium & chloride sebelum digunakan sebagai medium tanaman.

Cocopeat yang tidak dibasuh boleh menyebabkan akar rosak, pertumbuhan terbantut, daun kekuningan atau ‘electrical conductivity’ (EC) terlalu tinggi.

Apa kena mengena elektrik dengan penanaman p**ak ni?!🤔

11/05/2026

Safety first. Banyak-banyak ‘power tool’ yang saya guna, saya paling takut & berhati-hati jika menggunakan ‘angle grinder’.

Hari ini terpaksa juga menggunakan ‘angle grinder’ untuk persediaan akhir menyambut kedatangan keluarga baru. Saya memotong bahagian-bahagian tajam & mata skrew yang menjadi ‘hazard’ kepada kambing-kambing nanti.

Mereka juga makhluk tuhan yang punyai hak dan kita diamanahkan untuk menunaikan hak-hak mereka.


Address

255, KM11, Jalan Sungai Mati
Muar
84400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayam Kampung Parit Pelampung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category