Pulut & Co.

Pulut & Co. Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pulut & Co., Food stall, Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit, Pahang Tua.

Salam Jumaat   Salam MusafirMoh rodong makan2 di mini cafe Masjid Satelit, Pulut & Co. Harini kena walk-in rodong, COD s...
10/11/2023

Salam Jumaat
Salam Musafir

Moh rodong makan2 di mini cafe Masjid Satelit, Pulut & Co.

Harini kena walk-in rodong, COD system down harini... Moh lepak2 masjid, macam2 ada

Pulut & Co. dan Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Satelit, Muadzam Shah terus komited dalam memastikan kebersihan dan k...
21/09/2023

Pulut & Co. dan Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Satelit, Muadzam Shah terus komited dalam memastikan kebersihan dan kualiti makanan terjamin.

Kenyang dapat, Infaq pun dapat 😊😊😊

MENU PULUT & CO Untuk Tempahan, hubungi:EN. FITRI - 01164155477MENU TAMBAHANMENU NASI LEMAK:-NASI LEMAK RENDANG AYAM    ...
06/01/2023

MENU PULUT & CO

Untuk Tempahan, hubungi:

EN. FITRI - 01164155477

MENU TAMBAHAN

MENU NASI LEMAK:-

NASI LEMAK RENDANG AYAM RM7
NASI LEMAK RENDANG DAGING RM7
NASI LEMAK SAMBAL SOTONG RM7
NASI LEMAK SAMBAL TUMIS IKAN BILIS RM6

MENU ROTI:-

ROTI KAYA + BUTTER RM4
ROTI KAYA + PEANUT BUTTER RM4
ROTI KAYA + STRAWBERRY RM4
ROTI KAYA + BLUEBERRY RM4

PULUT & CO  MULA BEROPERASI
06/01/2023

PULUT & CO MULA BEROPERASI

PULUT & CO – STRATEGI KELESTARIAN EKONOMI MAPAN MTAABSPULUT & CO adalah suatu Projek Pembangunan Ekonomi Masjid Tengku A...
06/01/2023

PULUT & CO – STRATEGI KELESTARIAN EKONOMI MAPAN MTAABS

PULUT & CO adalah suatu Projek Pembangunan Ekonomi Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit (MTAABS) dengan kerjasama beberapa pihak. Projek ini merupakan salah satu tumpuan utama dalam Perancangan Strategik MTAABS 2018-2022 iaitu antara 17 Inisiatif Strategik di bawah Kelestarian Ekonomi Mapan MTAABS jangka masa panjang.

Pulut & Co ini adalah perniagaan bercirikan Mini Kafe. Kerja-kerja dan cadangan projek di peringkat awal adalah daripada Projek Khidmat Komuniti pelajar-pelajar Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan, Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang. Manakala idea asal Jenama Pulut & Co, konsep perniagaan dan menu awal projek ini telah diilhamkan oleh Penasihat Projek Khidmat Komuniti ini iaitu Puan Suzy Aziziyana Binti Saili yang turut merupakan Ketua Unit Bahasa dan Sains Sosial, UNITEN.

Terdapat tiga matlamat utama pelaksanaan projek pembangunan ekonomi ini. Pertama adalah untuk meningkatkan sumber ekonomi Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit. Kedua adalah bersifat pembangunan ekonomi komuniti iaitu membuka ruang dan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar Muadzam Shah untuk membangunkan ekonomi bersama institusi masjid. Dalam projek ini pihak masjid telah bekerjasama dengan dua orang pemilik peniaga kecil iaitu En. Nor Qazani Fitri bin Ahmad serta isteri iaitu Puan Rusibah binti Majid dan Puan Yumni binti Che Md Jusoh@Ariffin. Manakala objektif yang ketiga adalah membuka ruang usaha-usaha projek kesukarelawanan mahupun khidmat komuniti setempat kepada Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit dan dalam projek ini adalah penglibatan pelajar Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah. In shaa Allah dalam jangka panjang projek ini juga telah dicadangkan untuk dikembangkan menjadi Projek Inkubator Keusahawanan Mini Kafe bagi pelajar-pelajar UNITEN.

Moga dengan penglibatan banyak pihak dalam pelaksanaan Projek Pembangunan Ekonomi Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit ini akan dapat memberi impak yang baik dalam memastikan kelestarian ekonomi dan memperkukuhkan kewangan institusi masjid di masa hadapan.

Pembangunan Projek PULUT & CO - Projek Pemasangan Kerusi Meja
06/01/2023

Pembangunan Projek PULUT & CO - Projek Pemasangan Kerusi Meja

Pembangunan Projek PULUT & CO - Projek Gotong Royong Cuci Gerai oleh Pelajar UNITEN
06/01/2023

Pembangunan Projek PULUT & CO - Projek Gotong Royong Cuci Gerai oleh Pelajar UNITEN

Pembangunan Projek PULUT & CO - Pemasangan Gerai.
06/01/2023

Pembangunan Projek PULUT & CO - Pemasangan Gerai.

Address

Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit
Pahang Tua
26700

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Telephone

+60193935245

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pulut & Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pulut & Co.:

Share

Category