27/04/2026
Alhamdulillah, pada 25 April 2026, sekolah kami berpeluang menyertai pameran dan jualan sempena Pameran Bioschool & Pertandingan Projek Tanaman Shori No Niwa peringkat negeri Johor, di SMK Bukit Baru, Kulai.
Sepanjang program berlangsung, kami turut mengadakan jualan telur masin pandan dan syukur alhamdulillah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga sold out.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyumbang tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan pameran dan jualan ini. Semoga segala usaha ini memberi manfaat dan pengalaman berharga kepada semua yang terlibat.