Crepe and Creme

Crepe and Creme Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Crepe and Creme, Dessert Shop, Kota Bharu.

6 langkah bijak ketika menyediakan makanan untuk kanak-kanak sekolahApabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, mere...
21/06/2023

6 langkah bijak ketika menyediakan makanan untuk kanak-kanak sekolah

Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, mereka akan menempuh pelbagai cabaran baru. Pastikan mereka sentiasa mendapat makanan yang berkhasiat bagi membantu menghadapi cabaran alam persekolahan dengan lebih baik.

Ikutilah panduan berikut:

1. Cuba sediakan makanan di rumah sekerap yang boleh dan makan bersama-sama sekeluarga.

2. Rancang hidangan harian yang terdiri daripada 3 hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dan 2 snek iaitu minum pagi dan minum petang, untuk memastikan anak mendapat nutrien yang mencukupi setiap hari.

3. Pastikan anak anda mengambil sarapan pada setiap hari agar mereka bertenaga sebelum memulakan pembelajaran.

4. Hidang hidangan utama dan snek yang merangkumi makanan daripada 5 kump**an makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.

5. Sediakan hidangan utama yang mengandungi sumber bijirin, ikan/ayam/daging/telur, buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Sediakan snek yang berkhasiat untuk anak anda, seperti sandwich, roti bijirin penuh, jagung atau kacang rebus, buah-buahan, susu dan dadih.

Ingin dapatkan info lebih menarik? Ikuti Facebook kami!
https://www.facebook.com/crepeandcream

5 tips membeli secara sihat!Amalan makan secara sihat boleh bermula di pasar raya. Makanan yang dibeli di pasar raya dan...
21/06/2023

5 tips membeli secara sihat!

Amalan makan secara sihat boleh bermula di pasar raya. Makanan yang dibeli di pasar raya dan seterusnya dimasak dan dimakan di rumah merupakan asas kepada amalan makan secara sihat untuk anda dan keluarga. Pelbagai jenis makanan boleh didapati di pasar raya. Bilangan jenis makanan begitu banyak sekali sehingga ia boleh menyukarkan anda bagi menentukan makanan mana yang lebih baik untuk kesihatan anda dan keluarga.

1. Sebelum anda membeli belah periksa bekalan atau simpanan makanan yang sedia ada untuk memastikan bekalan makanan anda masih ada dan mencukupi berkeadaan baik dan selamat.

2. Apabila membuat pilihan untuk kump**an bijirin pilihlah beras perang atau beras Parboiled berbanding dengan beras biasa.

3. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran p**a pilihlah yang tidak layu dan tidak berubah warna. Pilih sayur dan buah yang masih segar dan berkeadaan baik.

4. Ikan merupakan sumber protein dan kebanyakannya rendah kandungan lemak. Ikan perlu di ambil setiap hari. Ketika membeli ikan p**a pilihlah ikan yang kulitnya berkilat dan cerah ,mata jernih bercahaya, insang berwarna merah cerah, tidak berbau busuk serta mempunyai isi yang pejal dan anjal.

5. Susu dan hasil tenusu merupakan sumber protein dan kalsium ,apabila membeli susu pastikan bungkusannya masih sempurna dan tidak bocor atau kemek, bagi susu jenis cecair pastikan juga bungkusannya tidak menggelembung pilihlah susu dan hasil tenusu yang rendah lemak.

Ingin dapatkan lagi info yang menarik? Ikuti laman Facebook kami!
https://www.facebook.com/crepeandcream

7 langkah bijak untuk mengurangkan penggunaan gula dalam pemakanan seharian!Pengambilan gula yang berlebihan boleh menga...
21/06/2023

7 langkah bijak untuk mengurangkan penggunaan gula dalam pemakanan seharian!

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan yang seterusnya bolehmeningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Obesiti meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser. Gula juga boleh dikaitkan dengan karies gigi.
Oleh itu, amalkan 7 langkah bijak mengurangkan gula:

1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elakkan menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.

6. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.

7. Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.

Ikuti laman Facebook kami untuk mendapatkan info-info menarik:
https://www.facebook.com/crepeandcream

Awas❗❗ Garam tersembunyi dalam makanan anda❗😲Garam (natrium klorida)merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mi...
20/06/2023

Awas❗❗ Garam tersembunyi dalam makanan anda❗😲

Garam (natrium klorida)merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam jumlah yang kecil.

Walaupun garam adalah penting untuk metabolisma tubuh, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular serta menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang.

Jom kenali makanan tinggi garam:

🍟Makanan diproses/segera:
Sosej
Sup cendawan
Pizza

🧂Bahan perasa:
Kicap
Sos tomato/cili/tiram
Salad dressing

🥫Makanan diawet:
Ikan bilis
Udang kering
Cencaluk

🍘Makanan ringan:
Keropok
Kerepek
Mi segera

❗ Hadkan pengambilan garam kurang daripada 1 sudu teh (5g) sehari kerana ia mengandungi kira-kira 2000 mg natrium❗

Pilihlah makanan yang segar & elakkan makanan yang diproses & bersodium tinggi. Your kidney will thank you! ❤️

Jangan ketinggalan info menarik! Hanya di👇
https://www.facebook.com/crepeandcream

Apa yang best tentang crepe Afeeqa yang kami jual ni?🤔✔️ Menggunakan krim fresh yang gebu dan creamy✔️ Menggunakan krim ...
19/06/2023

Apa yang best tentang crepe Afeeqa yang kami jual ni?🤔

✔️ Menggunakan krim fresh yang gebu dan creamy
✔️ Menggunakan krim keju yang sebenar
✔️ Rasa buah yang sebenar
✔️ Kulit crepe yang nipis dan lembut
✔️ 100% durian asli
✔️ Bau wangi dan tidak hanyir
✔️ Harga berpatutan

Ingin rasa kesedapan crepe kami? Ingin kongsi nikmat sedapnya crepe kami bersama orang yang tersayang? Dengan hanya Rm10/pax sahaja untuk anda dapatkan!

Jom dapatkan sekarang dengan hanya klik link yang tertera di bawah.

https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder

" KENAPA BILA MAKAN TAK BOLEH STOP"😭Ramai yang complain kenapa bila makan tak boleh stop ni hancur laa diet sy asyik ter...
19/06/2023

" KENAPA BILA MAKAN TAK BOLEH STOP"😭

Ramai yang complain kenapa bila makan tak boleh stop ni hancur laa diet sy asyik terliur je crepe Afeega ni semua perisa sedap sangat 😫!

Haa tudia kami banyak terima feedback dari cust macamni. Tengok la setiap lapisan yang kami letakkan oreo sangat banyak yaa semua😜 ! sebab itu la cust kami asyik complain susah nak diet kan 🤭! korang yang belum cuba nak tunggu apaa lagi? Jum cubaa sekarang.

🔥JOM DAPATKAN SEGERA CREAMY CREPE ANDA DI SINi‼️

Order here now:
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder

"Gebuu gebass mak nah combo letups"😋🤤Itu dia crepe kita ni baru je siap but fresh dari oven lagi ni haa. Geboo gebas tu ...
19/06/2023

"Gebuu gebass mak nah combo letups"😋🤤

Itu dia crepe kita ni baru je siap but fresh dari oven lagi ni haa. Geboo gebas tu sbb krim yang kami gunakan pun tak berat & tak muak bila makan tau.Untuk set combo letups ni memang laku keras berdesup wasap masuk serang min nak order set ni 🤩yelah bagi mereka yang berkeluarga memang untung order yang ni.Boleh kongsi makan sama😍

Terima kash yang dah order tu. Yang belum order korang tunggu apa lagi cepat order sebelum kehabisan . Nanti menangis la korang teringin nak makan tapi stock dah licin😝

JOM ORDER SEKARANG‼️

Tekan link di bawah
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder

"Crepe Afeeqa ni ada berapa jenis dan berapa jenis perisa?"Okay jom kita perkenalkan kepada anda, jenis dan perisa crepe...
19/06/2023

"Crepe Afeeqa ni ada berapa jenis dan berapa jenis perisa?"

Okay jom kita perkenalkan kepada anda, jenis dan perisa crepe Afeeqa ni

Kita ada 3 jenis style crepe iaitu :
✔️ Crepe biasa
✔️ Mille crepe
✔️ Crepe cheese (hanya perisa durian sahaja)

Perisa p**a terdapat pelbagai jenis iaitu:
✔️ Banana chocolate
✔️ Blueberry
✔️ Durian
✔️ Kiwi
✔️ Mangga
✔️ Strawberry
✔️ Chocolate
✔️ Oreo

Cuba sekali pasti nak lagi!
Jom dapatkan sekarang di
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder

Anda sedang mencari dessert? Perlukan dessert untuk event? Dessert untuk sambutan hari lahir? Dessert untuk jamuan makan...
17/06/2023

Anda sedang mencari dessert? Perlukan dessert untuk event? Dessert untuk sambutan hari lahir? Dessert untuk jamuan makan?

Anda boleh dapatkan dessert dengan kami iaitu crepe dengan hanya berharga RM10/bekas! Kami ada pelbagai jenis perisa untuk anda nikmati!

Ciri-ciri crepe kami?
- Cream gebu yang creamy dan pluffy
- Kulit nipis iaitu lapisan crepe yang fresh
- Menggunakan durian asli, puri durian premium
- Rasa buah yang sebenar

Klik link di bawah untuk dapatkan crepe kami :
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder

“Betul ke kanak kanak pun s**a tengok warna warni ni🤔”Iya betul korang, lagi kanak kanak s**a bila makan yang sejuk beku...
16/06/2023

“Betul ke kanak kanak pun s**a tengok warna warni ni🤔”

Iya betul korang, lagi kanak kanak s**a bila makan yang sejuk beku tu sebab rasa macam makan aiskrim.🤤Krim yang kilang kami buat 100% dari resepi g kita custom made. Memang tak kan buatkan muak bila makan crepe Afeeqa ni🥰

Dengan variasi bermacam2 perisa, korang semua dapat rasa semua ienis perisa yang berbeza beza😋

✨JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK MENCUBANYA✨

Shop at:
https://wa.me/601117995686?text=ClickHereToOrder

Berapa lama makanan mengambil masa untuk dihadam dalam perut ❓❓🤔Kesan pencernaan dalam proses menurunkan berat badan san...
14/06/2023

Berapa lama makanan mengambil masa untuk dihadam dalam perut ❓❓🤔

Kesan pencernaan dalam proses menurunkan berat badan sangat penting. Seperti yang diketahui bahawa kita adalah apa yang kita makan. Sudah tentu, masa pencernaan tepat bergantung pada kesihatan fizikal, metabolisma, umur, dan juga jenis jantina seseorang.

Mungkin anda hanya menghabiskan masa sekitar 10-30 minit makan makanan anda setiap hari. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu berapa lama makanan dicerna dan di dalam perut anda?

Ya, makanan yang anda makan pastinya akan melalui proses pencernaan sehingga anda dapat memperoleh semua nutrisi di dalamnya. Kemudian berapa lama makanan dicerna di dalam badan?

Air 🥛
0 minit

Ayam 🍗
120 minit

Buah-buahan 🍉🍎🥭🍌
15-30 minit

Kacang 🥜
180 minit

Daging 🍖
180 minit

Sayur-sayuran 🥦🥕🍆
30-40 minit

Dah tahu kan? Jadi, sebelum makan pilihlah makanan dan masa yang betul supaya makanan dapat dicerna dengan baik.😊👍

Jangan lupa langgan FB page rasmi kami! Lebih banyak perkongsian yang best2 untuk anda!👍👍
https://www.facebook.com/crepeandcream

❗❗Waktu terbaik untuk makan ❗❗Waktu anda makan sebenarnya boleh mempengaruhi aspek seperti metabolisme, kitaran tidur da...
14/06/2023

❗❗Waktu terbaik untuk makan ❗❗

Waktu anda makan sebenarnya boleh mempengaruhi aspek seperti metabolisme, kitaran tidur dan penyakit obesiti.😲

Makan pada waktu yang sesuai sebenarnya boleh memberikan banyak manfaat. Ia boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat, mengekalkan tenaga dan mungkin juga melawan penyakit. Tetapi bagaimana anda menentukan masa yang sesuai?🤔🤔

Berikut adalah beberapa garis panduan asas waktu makan yang boleh diikuti:

Sarapan⛅
Sarapan pada waktu pagi adalah sajian yang paling penting dan detik paling ideal untuk anda mengambilnya adalah dalam lingkungan jam 6 ke 10 pagi.

Snek pagi🌤️
Tidak salah untuk anda ambil snek pagi walaupun ia bukanlah satu keperluan atau kepentingan.Disarankan ambil 2 ke 4 jam selepas sarapan pagi.

Makan tengah hari☀️
Waktu yang dipercayai paling ideal untuk anda makan tengah hari adalah sebelum jam 3 petang.

Snek petang🕓
Waktu yang disyorkan adalah sekitar 2 ke 4 jam selepas makan tengah hari dan sangat disarankan untuk mengambil kuantiti yang sedikit sahaja.

Makan malam🌙
Meskipun namanya makan malam, namun waktu yang disyorkan bukanlah malam, tetapi senja dan jam yang dikatakan paling ideal adalah sebelum 7 malam.

Haaa! Lepas ni kena makan ikut waktu tau!😉

Jom ikuti kami di FB!
https://www.facebook.com/crepeandcream

Address

Kota Bharu
16100

Telephone

+601117995686

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Crepe and Creme posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Crepe and Creme:

Share