Nisa's Homemade Cookies and Dessert

  • Home
  • Nisa's Homemade Cookies and Dessert

Nisa's Homemade Cookies and Dessert Kami menjual kuih-muih tradisonal Melayu; jajanan tradisional Melayu; Biskut Raya; Kek.

Curry Tadpole Noodle / Curry Loh See Fun Tadpole Noodle / Olchaengi GuksuKebiasaanya dibuat dari kisaran jagung kering y...
09/11/2025

Curry Tadpole Noodle / Curry Loh See Fun

Tadpole Noodle / Olchaengi Guksu
Kebiasaanya dibuat dari kisaran jagung kering yang dimasak kemudian ditekan menggunakan bekas berlubang (teknik yang sama dalam pembuatan cendol). Di bahagian bawah bekas berlubang tadi, diletakkan air. Tadpole Noodles kemudiannya ditapis dan dihidangkan bersama campuran kicap cair, serbuk cili, kisaran bijan, minyak bijan.

Rasanya kenyal dan seperti jeli. Pop**ar di sekitar Ganwon-do, Korea.

Loh See Fun / Lai Shu Fen / Silver Pin Noodles / Rat's Tail Noodles
Merujuk kepada sejenis mi pendek yang dihasilkan dengan memasak campuran tepung beras dan kanji seperti tepung ubi kayu atau tepung jagung. Tepung tadi kemudiannya diuli dengan air panas. Setelah diuli, ambil sedikit doh tadi; antara dua tapak tangan dibentuk. Kemudian, direbus dalam air mendidih.

Rasanya seperti laksa beras, kenyal dan licin. Dihidangkan bersama sos daging. Daging dimasak bersama bawang, halia, bawang putih, sos tiram dan bahan lain. Kemudiannya dicurahkan ke atas mi tadi.

Untuk Curry Tadpole Noodles ni, cara pembuatan mi nya lebih mirip Spätzle / Spaetzle. Inspirasi dari Jerman, mi ni gunakan tepung gandum, telur, garam dan air atau susu. Tapi hari ni, kita just guna tepung, garam dan air sahaja.

Curry Tadpole Noodles
6 sudu besar tepung gandum
¼ sudu teh garam
Air

Cara: Uli tepung bersama garam dan sedikit air hingga menjadi doh lembut. Bentukkan mi dengan cubit sedijit doh kemudian digosok pada kedua tapak tangan. Buat sampai habis.

Kuah
2 ulas bawang merah @
1 labu kecil bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kari dahing
2 sudu teh serbuk cili kasar
½ kiub pati ayam
Air
Minyak masak
Garam

Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Masukkan serbuk kari daging, tumis sebentar. Masukkan p**a serbuk cili kasar. Masukkan air. Reneh seketika. Masukkan kiub pati ayam dan mi tadi. Reneh hingga mi masak. Perasakan jika perlu. Tambahkan sayur kes**aan. Jika s**a pecahkan sebiji telur. Siap!!!

Mudah kan???

Menarikkan!!! Dalam pelbagai budaya, ada macam² jenis mi yang kita boleh belajar. Paling penting, tiada yang betul atau yang salah dalam memasak. Masakan adalah 'melting pot' budaya paling penting dalam masyarakat. Kita juga boleh belajar untuk menghargai budaya dan makanan masyarakat seluruh dunia.

Along Fatin
09 November 2025
1825H

Oh, nak order Kuih-muih Melayu,
contact sini, ya.
https://wa.me/601135217739?text=Nak%20Order%20Kuih.
atau
https://wa.me/601110681543?text=Nak%20Order%20Kuih.

Kenal tak kuih ni??? Nama kuih ni adalah... Cer teka. Jawapan di komen... 😉😉
17/10/2025

Kenal tak kuih ni??? Nama kuih ni adalah...

Cer teka. Jawapan di komen... 😉😉

Assalamualaikum wbt. Kek Buah Kukus in the house. Kek Buah yang lemak manis, dengan rasa buah-buahan campuran dan harum ...
17/10/2025

Assalamualaikum wbt.

Kek Buah Kukus in the house.

Kek Buah yang lemak manis, dengan rasa buah-buahan campuran dan harum gula hangus. Dikukus selama 4jam. Sedap sangat.

Assalamualaikum wbt, Selamat Datang ke Nisa's Homemade Cookies and Dessert. Kami menjual pelbagai jenis kuih-muih Melayu...
12/10/2025

Assalamualaikum wbt, Selamat Datang ke Nisa's Homemade Cookies and Dessert.

Kami menjual pelbagai jenis kuih-muih Melayu;
- Donut
- Karipap Inti Kentang
- Kuih Limas
- Kuih Lopes
- Onde-onde
- Roti Sosej

Kami juga menjual makanan Melayu;
- Bihun/Kuetiau/Mi Sup
- Kuetiau/Mi Kari
- Laksa Asam
- Lontong
- Soto

Kami turut menjual pelbagai jenis kek dan biskut;
- Kek Buah Kukus
- Kek Coklat
- Kek Lobak Merah
- Biskut Makmur
- Tart Nanas

Address

Lorong Siakap 6, Taman Samudera, Seri Manjung

32040

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nisa's Homemade Cookies and Dessert posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service?

Share