09/10/2026
Alhamdulillah, diberi peluang untuk berkongsi pandangan mengenai Belanjawan 2027, khususnya tentang kepentingan upskilling dalam membantu usahawan kekal berdaya saing dan mengembangkan perniagaan.
Bagi saya, membangunkan perniagaan bukan sekadar tentang modal dan peluang, tetapi juga tentang kesediaan kita untuk terus belajar, menyesuaikan diri dan memperbaiki cara kita dalam menjalankan bisnes.
Terima kasih kepada Is Saza Kacho kerana berkongsi suara dan pandangan usahawan.
Penghargaan juga buat pasukan RTM 1 dan Puan Norlela Mohd Nor kerana sudi membuat liputan di Majlis Pelancaran Nouva Experiential Learning & Community.
Terima kasih atas peluang untuk berkongsi perjalanan dan aspirasi Nouva dalam mewujudkan lebih banyak ruang pembelajaran berasaskan pengalaman serta komuniti yang saling menyokong.
Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada perjalanan untuk membina lebih banyak peluang pembelajaran dan membantu usahawan Malaysia terus berkembang.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. 🖤🤍