20/11/2020
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, nak cari makanan Negeri Sembilan punya lah susah.
Kalau dulu nak makan daging salai masak lemak cili padi, shoot Negeri Sembilan terus dari KL. Senang.
Sekarang, nak rentas negeri pun tak boleh. Nak order online pulak takut bukan original Negeri Sembilan..
Sebab tu kami terdetik nak buat Warisan Bukit Kerdas ni. Resipi masakan original dari Batu Kikir, Negeri Sembilan. Orang kata kalau dari Batu Kikir, memang "piau" Negeri Sembilan. Betul ke?
Yang itu kami nak anda tentukan selepas rasa lauk-pauk kami.
Yakin sedap ke? Cuba contact kami untuk kami bagi tester. Inshallah kita boleh bincang.
Kenapa anda perlu try produk masakan Warisan Bukit Kerdas ni?
Tukang masak ialah mak kami. Bila cakap pasal mak kita, pasti dia nak kasi kita makan yang baik-baik. Yang sedap-sedap. Orang kata kena jiwa. Mat Salleh kata “Soulfood”.
Berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, semua masakan mak kami ini adalah resipi warisan turun-temurun. Orang Negeri Sembilan memang terkenal dengan aktiviti gotong-royong untuk kenduri.. Biasanya pakai kawah dan kayu api je.. Tapi rasa dia memang amat sedap.
Kalau kat kampung, dia antara otai-otai yang handle bab sukatan bahan. Seni campak-campak & agak-agak dia tu lah yang mahal.
Kami target untuk deliver masakan “signature” Negeri Sembilan ni kepada penggemar-penggemar tegar. Yang “tekak kampung”, confirm repeat. Inshallah.
Whatsapp untuk order/delivery sekitar Lembah Klang.
https://wa.link/9571wo
Follow kami
Instagram: Warisan Bukit Kerdas
Facebook: Warisan Bukit Kerdas