06/05/2026
4 May 2026 tarikh akhir kami di gerai K65, Kiosk PJS 2, Taman Dato Harun. Atas sebab beberapa isu, Kopi Lokal berundur dari meniaga di kiosk MBPJ. Tq kepada yang pernah datang support kami di sini. Mungkin setakat ni sahaja rezeki kami disini.
Kopi Lokal akan hibernasi buat sementara sehingga tarikh yang akan kami umum kn semula, atau mungkin akan labuhkan tirai terus. Terima kasih banyak kepada semua yang sokong kami, dari carbooth, event, AMG2025, Let's Anime, Kiosk dan juga Bazaar Ramadhan. Sokongan kawan-kawan semua sangat kami hargai.
Terima kasih,
Bob