Leyna Mokhtar

Leyna Mokhtar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Leyna Mokhtar, Presint 18, Sepang.

13/01/2026

APA BUKU WAJIB BACA TAHUN 2026?
Pagi tadi (13 Januari 2026), ada segmen dalam slot Awani Pagi di Astro AWANI. Soalan dia nampak biasa,“Apa buku wajib baca tahun 2026?”
Che Na tak tipu… bila Pengarah Majlis Buku Kebangsaan sebut buku Che Na, Lukisan Cinta Dua Jiwa, Che Na rasa terharu sangat. Terima kasih banyak, Tuan Pengarah. Che Na sangat2 hargai.
Untuk yang belum kenal, Lukisan Cinta Dua Jiwa bukan cerita cinta budak-budak. Bukan kisah “crush hari ni, esok couple.” Ini cerita cinta yang matang. Ada luka yang dipulihkan perlahan-lahan, ada ego yang belajar tunduk, ada sabar yang tak perlu diumumkan… dan ada cinta yang hadir dengan cara yang lebih tenang.
Dan yang Che Na s**a, dalam buku ni pun ada sentuhan ilmu undang-undang. Simple je, tak berat. Sekadar cukup untuk buat kita nampak satu benda. Dalam hidup dan dalam hubungan, setiap pilihan ada kesan, dan setiap kesan datang dengan tanggungjawab.
Yang best, buku ni tak cliche. Manis dia ada, tapi tetap mudah faham.
Kalau ada yg nak dapatkan Lukisan Cinta Dua Jiwa, boleh beli terus dengan Che Na. Boleh request tandatangan sekali, siap tulis nama. Biar rasa macam buku tu memang khas untuk kalian.
Boleh whatsapp Che Na ye..
https://wa.me/60142198009?text=lukisancintaduajiwa

18/12/2025

Teaser lagi..

Langit di luar gelap, tetapi bukan malam, cuma awan tebal yang menyelubung. Dalam kepala, Hanan pun sama. Berat, kelam, bersimpang-siur. Dia cuba lelap, tapi entah kenapa, s**ar. Mungkin sebab banyak perkara mengganggu. Atau mungkin… kerana lelaki di sebelah!

Dari ekor mata, Hanan nampak dia. Terlalu tenang untuk penerbangan tiga belas jam. Pensel di tangan, sketchbook di riba. Gerakan jarinya seperti ada dunia lain yang sedang dia cipta di atas kertas. Sekejap dahi berkerut, sekejap bibirnya terangkat dengan senyum kecil yang Hanan sendiri tak faham.

Ada sesuatu pada lelaki itu. Tampan, ya… tetapi bukan jenis yang sedar dia tampan. Dan itu pada Hanan, agak berbahaya. Dia bukan sekadar kacak. Dia misteri. Jenis yang buat orang tertanya-tanya, tapi tak berani nak tanya. Dan sedar tak sedar… Hanan sudah lama memerhati sebelum cepat-cepat mengalihkan pandangan dan menegur dirinya sendiri dalam hati.

Relaks, Hanan. Dia cuma stranger atas flight. Bukan hero drama pukul tujuh.

“Kalau hati awak pun rasa ‘tertarik’ macam Hanan…
cerita penuh ada dalam Lukisan Cinta Dua Jiwa.”
Berminat:
https://wa.me/60142198009?text=lukisancintaduajiwa

15/12/2025

Ada cerita yang tak perlu dijelaskan pun, cukup kita rasa. Itulah rasa yang cuba dibawa dalam Lukisan Cinta Dua Jiwa. Sesuatu yang tenang, perlahan, tapi meninggalkan bekas yang s**ar diterangkan dan entah bagaimana… tetap tinggal di hati.

Kalau anda semakin letih dengan cerita yang terlalu sarat bahasa pasar, atau plot cinta yang terasa terlalu too good to be true, mungkin anda akan lebih selesa dengan naskhah ini yang banyak menggunakan Bahasa Melayu standard dan cuba berdiri di antara realiti dan harapan.

Romantik, tapi tidak berlebihan. Misteri, tapi masih berpijak pada dunia sebenar. Ada luka, tapi tetap ada ruang untuk sembuh. Kalau anda s**a cerita yang buat hati rasa, “eh… macam akulah,” dan buat kita berhenti sekejap untuk berfikir… mungkin inilah kisah yang sesuai menjadi teman bacaan anda.

💌 Bonus Eksklusif Untuk Pembeli Setiap pembelian Lukisan Cinta Dua Jiwa akan diberikan e-book bonus 8 bab tambahan (momen dan babak Hanan & Zayne yang tak ada dalam novel utama.) 📘

Kalau rasa ini dunia yang anda mahu masuk sama-sama:
Boleh terus dapatkan Lukisan Cinta Dua Jiwa di sini:
👉https://wa.me/60142198009?text=lukisancintaduajiwa
💛 dan jemput follow di fb utk update terkini. https://www.facebook.com/leynamokhtar/

10/12/2025

CINTA DUA JIWA

Cerita ini tentang...

Hanan Arisa pernah hidup bahagia tanpa drama… sehingga satu fitnah kejam memadam segalanya. Dia hilang kasih keluarga, maruah tercalar, dan nama baiknya dihancurkan tanpa pernah diberi peluang mempertahankan diri.
Sejak hari itu, dia memilih diam. Bukan kerana lemah, tetapi kerana diam adalah cara untuk terus bertahan.

Di sisi lain, Zayne Iskandar membesar dengan jiwa seni, tetapi dipaksa memilih undang-undang demi impian keluarga. Dia akhirnya belajar menjadi peguam, bukan untuk mengejar nama, tetapi untuk melindungi mereka yang pernah disakiti seperti dirinya suatu ketika dahulu.

Takdir mempertemukan mereka semula. Kali ini bukan sebagai kenalan lama, tetapi sebagai dua jiwa yang sama-sama dipaksa berjuang melawan kisah silam.

Zayne mahu berdiri di sisi Hanan, bukan sekadar sebagai lelaki yang mencintai… tetapi sebagai seseorang yang mahu membetulkan ketidakadilan yang Hanan tanggung sendirian.

Namun masa lalu tidak pernah pergi.
Keluarga menjadi penghalang, kebenaran disembunyikan, dan setiap langkah mereka diuji antara apa yang wajar dan apa yang benar di hati.

Ini bukan sekadar kisah cinta.
Ini tentang keberanian dua jiwa melawan bayang silam, demi masa depan yang ingin mereka genggam.

Lukisan Cinta Dua Jiwa mengajar sesetengah cerita tidak ditulis dengan kata-kata… tetapi dilukis dengan air mata, senyuman, dan doa yang panjang.

10/12/2025

Hari ini, Che Na buka dokumen baru. Bab 1…
Tapi sejujurnya, tangan Che Na masih rasa berat. Macam belum bersedia melepaskan dua nama yang Che Na sebut beribu kali Zayne & Hanan.

Che Na fikir dah move on. Tapi ada satu ayat yang masih melekat macam getah “Dalam semua ‘mungkin’ dalam hidup saya, awak adalah ‘pasti’ yang paling saya tunggu, paling saya doa.”
Walaupun sekarang Che Na nak mula tulis kisah baru…tapi dialog lama masih bergema dalam minda. Rupa-rupanya move on dari cinta Hanan dan Zayne ini pun perlukan proses, tau? 😌

“Dalam semua ‘mungkin’ dalam hidup, moga Allah tetap kirimkan ‘pasti’ yang terbaik untuk watak Che Na, dan untuk Che Na sendiri.

Kalau kalian rindu Zayne & Hanan, atau baru pertama kali dengar nama mereka, jemput kenal mereka melalui naskhah Lukisan Cinta Dua Jiwa.
Kalian boleh dapatkan buku direct dari WhatsApp di sini:
👉 https://wa.me/60142198009?text=lukisancintaduajiwa
Dan kalau kalian nak ikut perjalanan kisah-kisah seterusnya, jemput singgah dan follow page Che Na:
👉 Page Leyna Mokhtar: https://www.facebook.com/leynamokhtar/
Mungkin di antara semua ‘mungkin’ dalam hidup kalian…ada satu ‘pasti’ yang Allah kirimkan, tanpa sedar, melalui sebuah buku. 📖

04/12/2025

“Ramai yang tanya, ‘Che Na tulis waktu bila?’
Jawapan jujur: waktu Che Na rasa bosan dan tak tahu nak buat apa.”

Sebenarnya, ramai yang tak sangka Che Na boleh menulis buku,
sebab Che Na memang jenis yang tak s**a berkongsi hal peribadi.
Selama ni, prinsip Che Na mudah saja: siap dulu, cetak dulu, baru beritahu orang.

Tapi sekarang Che Na sedar, pembaca bukan hanya nak tengok hasil, mereka juga nak ikuti perjalanan.

Jadi kalau sekarang anda nampak Che Na makin kerap kongsi tentang penulisan dan Lukisan Cinta Dua Jiwa…
bukan sebab Che Na baru mula menulis, tapi sebab Che Na baru belajar untuk keluar dari diam.

Berminat nak dapatkan novel Bukan Jodoh Biasa klik link ni ye https://wa.me/60142198009

03/12/2025

Setiap feedback yang Che Na terima tentang Lukisan Cinta Dua Jiwa benar-benar menyentuh hati. Terima kasih kerana bukan sahaja membaca, tapi juga berkongsi rasa dengan Che Na.

Address

Presint 18
Sepang
62100

Telephone

+60142198009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Leyna Mokhtar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Leyna Mokhtar:

Share